Monday 8 July 2013

TEF2013-17 :: Trekking di Himalaya

Trekking di Everest Region, Himalaya salah satu pakej aktiviti di Sagamartha National Park. Antara pakej trekking di Sagarmatha National Park yang popular adalah trekking ke EBC dan trekking ke Gokyo Ri. Kedua-duanya bermula dari Lukla. 

Trekking ke EBC adakalanya diselit sekali trekking ke Kalapattar. Kalapattar & Gokyo Ri adalah dua tempat yang menjadi tarikan view point G. Everest. Ada juga pelancong yang trekking sekadar sampai di Namche Bazar. 
Qobin mengetuai trekking

Jadual trekking pasukan Everest Felda 2013 di sini ada beberapa perubahan dari jadual asal atas beberapa faktor, namun faktor acclamatize tidak dipandang enteng.
Hari Pertama: Katmandhu - Lukla - Phakding
Hari ke-2: Phakding - Namche Bazar
Hari ke-3: Namche Bazar (acclamatize)
Hari ke-4: Namche Bazar - Pangboche
Hari ke-5: Pangboche - Dingboche
Hari ke -6: Dingboche (acclamatize)
Hari ke-7: Dingboche - Chukung
Hari ke-8: Chukung - Island Peak Basecamp
Hari ke-9: Island Peak Basecamp (acclamatize/restday)
Hari ke-10: Island Peak - Island Peak Highcamp - Summit - Island Peak Basecamp
Hari ke-11: Restday
Hari ke-12: Island Peak Basecamp - Chukung
Hari ke-13: Chukung - Dingboche
Hari ke 14: Dingboche (restday)
Hari ke 15: Dingboche - Lobuche
Hari ke 16: Lobuche - Gorakshep
Hari ke 17: Gorakshep - EBC

Peta Trekking Route di Everest Region
Lukla ke Monjo sebenarnya bukan dalam kawasan Sagarmatha National Park tapi elemen-elemen yang ada di Sherpa Land baik dalam kawasan National Park atau pun tidak tetap sama dari segi penempatan, budaya serta trail.
Pintu masuk ke Sagarmatha National Park
Macamana trekking ke Everest Base Camp? Kasut apa yang sesuai? Pakaian macamana kena ada? Pemandangan? Route, banyak yang mendatar atau mendaki lebih 45 darjah? Semua persoalan ini, jawapannya bergantung pada keadaan. Sedikit perkongsian pengalaman apip yang trekking semasa awal musim panas (4 - 23 April). 

Trekking di ke EBC, termasuk ke Island Peak Basecamp tidak memerlukan pakaian teknikal seperti mendaki puncak Everest. Cukup memakai t-shirt trekking & seluar trekking sama seperti di Malaysia. Kebanyakan kami mengenakan jaket / fleece cukup sekadar single layer jacket. Kasut trekking atau  multi trail elok dipakai disini. Golongan porter ramai yang mengenakan kasut sport. Rujuk posting kasut trekking dan Kasut Trekking II.

Trekking dari Lukla ke EBC / Island Peak Basecamp adakala mendatar, adakala mendaki sedikit, ada pula turun bukit dan beberapa tempat yang betul-betul mendaki (kecerunan lebih 45 darjah). Secara keseluruhan, banyak yang trail yang 25 darjah.
Pendakian yang menyeksakan boleh dikatakan antara Monjo ke Namche Bazar, Phunki Tanga ke Tengboche dan awal trail Thukla ke Lobuche. Siapa yang memilih laluan Periche ke Labuche perlu mandaki untuk ke Thukla. Trail di tempat-tempat ini ada yang berzig-zag bagi mengurangkan kecerunan. 
Qobin melihat anak buah mendaki
Lepas lintas jambatan kena mendaki bukit tu ke Namche Bazar
Sebahagian laluan mendatar tapi cukup panjang
Jambatan-jambatan dibina bagi kemudahan perjalanan di sini. Tiada sungai yang perlu diredah. Semua ada jambatan. Ada beberapa tempat yang menggunakan jambatan gantung. # AWAS bila yak melalui jambatan ini. Pastikan anda tidak berada diatas jambatan semasa ada yak.
Jangan gayat
Buddha skaf diikat di jambatan. Kuat angin disini.
Selain cerita Buddha item yang boleh dilihat disepanjang trail. Pemandangan di Sherpa Land ini memang menakjubkan walau di musim panas. Ada masa kami terpegun melihat sungai-sungai hijau kebiruan umpama satu lukisan alam. Pemandangan gunung-ganang di sekitar tak kurang hebat. 
Terpegun dengan lukisan alam
Pemandangan gunung bersalji
Ada laluan di hutan gunung
Trekking di awal bulan April, masa bunga-bunga baru mekar. Ada yang merimbun bunga seperti bunga sakura, berterbangan ditiup angin. Masing-masing tak lepas peluang bergambar sakan. Pemandangan penempatan-penempatan serta kebun-kebun dari jauh nampak indah.
Berfoto dengan bunga sakura
Ada beberapa kali kami merasai snow shower. Di Dingboche, Island Peak Basecamp, Gorakshep. Kesemua snow shower yang kami alami berlaku di lewat petang dan waktu malam. Jadi terpaksa trekking atas salji. Pakailah pakaian yang lebih tebal seperti down jacket, fleece & outer layer jacketthermal pants / thermal shirt atau gore-tek pants. Ikut badan masing-masing. Kasut masih seperti biasa, kasut trekking dan porter tetap guna kasut sukan.



Ada masa trail diselaputi salji
Ada juga sekali kami berdepan dengan keadaan windy semasa dari Island Peak Basecamp ke Chukung. Semua mengenakan mountain jacket. Yang mana ada windstopper jacket pakai windstopper termasuk glove.
Pakaian berubah mengikut cuaca
Selepas salji cair, ada trail yang jadi berlumpur. Pengalaman apip kali ke-2 melalui trail Gorakshep ke EBC selepas salji cair. Trail asal berselut dan hanya dilalui oleh yak. Pendaki / trekker / porter akan berjalan atas batu-batu dan adakalanya perlu melompat dari satu batu ke satu batu.

#Kesihatan yang baik mendatangkan mood yang seronok untuk menikmati panorama sepanjang trekking di sini.

Lagi Foto Trekking di Himalaya

2 comments:

  1. NEPAL PLANET TREKS - YOUR TRIP PLANNER

    Holiday in Nepal, Tibet & Bhutan

    Nepal Planet Treks and Expeditions focuses on exceptional customer support and service at value-for-money costs.

    We offer personally customized itineraries and activities tailored to the requirements of the client.

    Specializing in organizing tours, trekking, mountain expeditions, peak climbing, rafting, paragliding, bungee jumping, cycling and sightseeing in Nepal, we are your best choice for your trip to this wonderful country

    The friendly team members of Nepal Planet Treks and Expeditions consist of highly experienced adventure travel and mountain experts with high levels of practical knowledge about all that Nepal has to offer the visitor.

    Contact us with your requirements and we will have pleasure in sending you an ideal itinerary with costing.

    We make sure that you will get the most wonderful time of your life when you travel with Nepal Planet Treks…we promise you.
    http://www.nepalguideinfo.com
    http://www.nepalplanettreks.com
    Email:sanjibtrekguide@gmail.com

    ReplyDelete
  2. NEPAL PLANET Treks - PLANNER TRIP ANDA

    Bercuti di Nepal, Tibet & Bhutan

    Nepal Planet Treks dan Expeditions memberi tumpuan kepada sokongan pelanggan yang luar biasa dan perkhidmatan pada nilai-untuk-wang kos.

    Kami menawarkan jadual perjalanan dan aktiviti yang disesuaikan dengan keperluan pelanggan secara peribadi disesuaikan.

    Dengan mengkhusus dalam menganjurkan lawatan, trekking, ekspedisi gunung, mendaki puncak, berakit, paragliding, terjun bungee, berbasikal dan berjalan-jalan di Nepal, kami adalah pilihan terbaik anda untuk perjalanan anda ke negara ini yang indah

    Ahli-ahli pasukan mesra Nepal Planet Treks dan Expeditions terdiri daripada perjalanan pengembaraan dan gunung pakar-pakar yang sangat berpengalaman dengan tahap pengetahuan praktikal tentang semua yang Nepal ini boleh tawarkan pelawat.

    Hubungi kami dengan keperluan anda dan kami akan dengan sukacitanya menghantar anda jadual perjalanan ideal dengan kos.

    Kami memastikan bahawa anda akan mendapat masa yang paling indah dalam hidup anda apabila anda melancong dengan Nepal Planet Treks ... kami berjanji kepada anda.
    http://www.nepalguideinfo.com
    http://www.nepalplanettreks.com
    E-mel: sanjibtrekguide@gmail.com

    ReplyDelete