Thursday 13 December 2012

Kasut Trekking II


Kasut Trekking II

Nike ACG - foto hiasan
Bicara awal bab Kasut Trekking rupanya masih tak lengkap dan habis. Perlu lagi beberapa penjelasan. Terima kasih buat yang membaca Kasut Trekking, respon dan mengutarakan lagi soalan-soalan berkenaan kasut trekking serta tak kurang juga yang jadikan rujukan untuk hal kasut. 

Mungkin ada lagi cebisan ilmu yang tak dicurahkan. Harapan serba sebanyak dapat jadi panduan buat kalian tanpa Apip prejudis / bias pada mana-mana jenama.

Soalan: 
1.Ada ke bukti kasut getah tak elok? 
Buat mereka yang kena arthritis Kebiasaannya Doktor akan menasihatkan anda memakai kasut yang berkusyen. Lihat difarmasi hospital, selipar Croc adalah item barangan kesihatan. Sebab apa? Sandal ini ada kusyen berbanding selipar kebanyakan selipar lain.
Artikel ini telah membincang berkenaan Lutut Dan Kasut.
2. Ada beza ke kasut trekking lelaki dengan kasut trekking perempuan?
Soalan berkaitan lain, Saya perempuan bolehkah beli kasut lelaki sebab kaki saya agak besar dan tiada saiz dalam model perempuan. Saya lelaki tapi suka warna kasut tertentu (pink misalnya) dan hanya ada pada model kasut perempuan. 

Beza utama kasut trekking perempuan berbanding kasut trekking lelaki adalah warna. Warna-warna untuk perempuan lebih feminine seperti pink, light blue, light purple dan sebagainya. Ciri kedua perbezaan adalah saiz kasut wanita biasa dari saiz UK4 - UK7 manakala lelaki dari saiz UK6.5 -UK12. Di Malaysia kasut wanita saiz UK7 dan kasut lelaki saiz UK11 dan UK12 agak terbatas dan kurang diimport saiz ini. Betulkah kasut wanita lebih tirus dihujung? Kasut sukan mungkin ia tapi rata-rata kasut trekking tidak mengutamakan ciri ini (tirus untuk nampak gaya feminin), ciri performance dan boleh pakai lebih lama yang diutamakan. Istilah lain, keselesaan keutamaan. 

3. Saya beli kasut jenama outdoor tapi agak mengecewakan.
Ingatlah setiap jenama outdoor sebenarnya bukanlah pakar dalam semua produk. Karrimor adalah jenama outdoor yang pakar dalam haversack, kini mula menceburi produk kasut dengan teknologi tapak tersendiri. Soalan kenapa kasut Karrimor saya lebih mengecewakan dari kasut Timberland saya. Tak dinafikan Timberland adalah antara pengeluar kasut yang telah berzaman lamanya berbanding Karrimor.

4. Saya suka kasut getah sebab tapak dia nipis dan dapat rasa permukaan batu.
Perdebatan pakar-pakar kaki diantara Trail shoes versus Barefoot shoes telah lama ada. Andai anda memilih barefoot shoes, antara pilihan selain kasut getah cubalah dengan Inov-8 bareGrip, Merell barefoot dan yang paling asli Vibram fivefinger Barefoot.

5. Boleh bagi pandangan adidas kanadia tr 4 dan asics gel enduro 8
Kedua-dua produk ini Apip tak pernah guna untuk outdoor (tak berkesempatan & tidak berpeluang).  Rakan-rakan terdekat Apip lebih ramai yang pernah pakai Kanadia untuk aktiviti trail yang lasak. Secara pemerhatian nampak amat memuaskan.  Kedua-dua jenama sukan ini boleh dipercayai. Keselesaan pemakai semasa dikedai mungkin boleh dijadikan ukuran. Asics Gel Enduro, tumit (Heal)lebih tinggi dari hujung jari, cuba sendiri dan jenis begini amat sesuai untuk larian, trail running. Manakala Adidas Kanadia tumit kurang tinggi berbanding hujung jari dan umpama tidak menggalakkan larian dan sesuai untuk trekking jangka panjang.  Lain-lain aspek seperti, tali, fabrik, design, tapak boleh dianggap setara. Utamakan keselesaan kaki dengan gaya trekking anda.

Baca Lagi: Berkenalan Dengan Summit Boots


Kasut Adidas AdiStar yang dipakai di Gunung Sibayak





1 comment: