Fotobook

Foto mendaki gunung tertinggi di Australia

Tuesday, 28 August 2012

Outdoor di Majalah Rezeki

Ada ke kolum outdoor di majalah Rezeki? Terbaru apip di media Majalah Rezeki, edisi 9 2012 dengan paparan 3 mukasurat. Outdoor & majalah Rezeki, apa kaitan, apa signifikasi. Ini antara soalan yang diajukan dan jadi tanda tanya kawan-kawan gunung.



Majalah Rezeki memberi ruang buat pengiat-pengiat rekreasi melalui segment rekreasi, tujuannya untuk mengetengahkan dan menonjolkan profil insan yang mencari rezeki dalam rekreasi. Semoga terus bertambah rezeki. Insya'ALLAH.

Satu mokup ekspedisi dibikin untuk menjayakan sessi fotografi. Setelah berbincang dengan kolumnis rekreasi majalah Rezeki, Rosli Mat Som yang juga kenalan outdoor apip semasa bekerja di Bangsar, lokasi Bukit Tabur dipilih dan program bermalam dihujung minggu dirangka. Apip ditemani isteri, eryn yang insan dalam dunia outdoor gunung. Rosli pula dibantu oleh seorang lagi rakan, Redza juga berprofil outdoor (rope & scuba). 

Lebih seratus foto di'snap' dan hasilnya yang terbaik, bernilai dan berkenan dihati menjadi pilihan ketua editor. Selain sessi fotografi, masa diantaranya turut digunakan untuk menceritakan beberapa kisah, berkongsi pandangan dalam dunia outdoor. Tak ketinggalan gurau senda & usik-mengusik begi mengeratkan  persahabatan dan menceriakan suasana.

Semoga rezeki dalam outdoor gunung, bikin program, bikini material program dan sebagainya bertambah atas izin Illahi.

#Rezeki edisi 9 2012 baru dikeluarkan 15 Ogos 2012 lalu dan boleh dapatkan di MPH atau kedai-kedai mamak tertentu. www.rezeki.com.my

Selamat membaca & salam perkenalan.

Wednesday, 15 August 2012

Fotobook: Satu cerita hero berbeza

"Pencerita selalu jadi hero dalam cerita dia" betulkan! Satu ekspedisi satu jalan cerita. Bagi pemilik fotobook dah tentu masing-masing nak nampak hero, cewah. Lebih tepat masing-masing nak foto peribadi mereka lebih dan diabadikan. Kalau begini dah jadi satu ekspedisi, bukan lagi 1 fotobook tapi lebih.

Satu lagi kaedah yang kami tawarkan, 1 Ekspedisi, 1 Cerita - Berbeda Hero/Heroin. Layout utama adalah sama, cuma beberapa foto saja yang dipinda mengikut pemilik fotobook.
Pasangan Hero & Heroin yang berbeza

Bukan 100% foto berbeza - G. Bromo

Little Paire di Ranukumbolo - G. Semeru


Friday, 10 August 2012

Teknik Mengelak pacat

Menarik bila kita dapat elakkan diri dari pacat semasa trekking. Boleh ke? Mudah ke? Banyak tak tekniknya? Kalau tak dapat elak semua, dapat hindar sejumlah besar pacat pun dah baguskan.

Kita kena kenal pacat serba sedikit sebelum elakkan dan hindarkan diri dari digigit pacat. Dimana habitat pacat, apa yang meransang pacat ke arah kita. Apa yang pacat tak suka. Apa alahannya.

Teknik Defensif
Teknik Serangan
Saja guna dua istilah ni, cehh nampak cam ilmiah.

Teknik Defensif

Ada beberaka kaedah antaranya PAKAIAN melindungi tubuh badan kita dari terkena gigitan pacat.
1.  Trekking pakai kasut tidak bertututup, bukan sandal atau kasut separa tutup.
2.  Guna stoking pacat. kalau tak suka pakai stokin pacat guna stokin jenis cotton, seeloknya yang agak tebal sedikit dan masih agak baru. Stokin bola tidak membawa sebarang pelindungan sebab bila diregang ada rongga-rongga dicelah stokin. Elakkan situasi wujud rongga yang mampu diterjah pacat.
3. pakai seluar tigh panjang. Masukkan kaki tight dalam stokin. Pacat tak mampu menerobos fabrik yang diguna untuk seluar tigh.
4. pakai baju, Baju bodyfit juga meningkatkan protektif. Berlengging adalah mengundang kehadiran pacat.

tambah PELINDUNG
Ini adalah tambahan saja, ada petua yang diamalkan beberapa pendaki,
1.beli sabun cap 666(ker 999), biasa kotak hijau ada jual di kedai mamak. Lumurkan sabun ni di kasut dan kaki seluar. Pacat tak bisa singgah atau melekat dikasut & kaki seluar.
2. Rendam stokin dengan air tembakau, buat sebelum ekpedisi dan jemur stokin sampai kering.

TEKNIK TREKKING
1. elakkan berada di tempat ke-3 dan seterusnya bagi yg trekking dalam satu barisan. Pacat yang mula mengesan mangsanya hanya akan berjaya singgah ke insan ke-3 dan seterusnya. Jarakkan jalan anda dari orang depan.
2. Jalan lebih pantas supaya pacat tak sempat nak singgah ke kaki anda.
3. Jangan jalan didalam semak atau trail yang lebih berdaun (tempat habitat pacat).

TEKNIK WAKTU TAKE-5 (Break)
Berdiri atau duduk disatu tempat yang telah dibersihkan permukaan tanah dari sebarang dedaun mati. Berada di atas batu kering pun agak baik. Kenapa ye'. Pacat bergerak dengan dengan mukanya. Tiada pacat yang ingin muka mereka kotor terkena tanah. Tak percaya sila cuba.




























#Pacat sentiasa mengelak dari 'sucker' di mukanya terkena pasir/tanah supaya tak mati tersedut pasir.

Teknik Serangan

Ada yang rajin mengamal teknik ni, bagi yang terlebih rajin.
1. bawa Air Tembakau. Sentiasa simbah air tembakau seperti semah sewaktu berjalan atau rehat. Boleh juga guna tembakau utk basahkan pakaian bagi mengelakkan dari dihinggapi pacat.
2. bawa spray bygon - serang pacat sebelum pacat serang kita. pergh

Selain ni ada satu lagi teknik yang berkesan untuk hindarkan pacat & tidak diamalkan oleh pendaki-pendaki ialah bawa diri jauh dari hutan.

~ teknik-teknik diatas bukan penawar bagi insan berdarah manis.

Selamat menyelamatkan diri dari terkena pacat.