Tuesday 26 December 2017

Bukit Mokcun View Terbaik Jelapang Padi Kedah

Bukit Mokcun


Bukit Mokcun aka Bukit Kodiang (sebutan tempatan Kokdiang) ini berada di mukim Kodiang, Nama asalnya Bukit Hantu yang suatu masa lalu sepi dari pendaki kini ghamai pula mai keghabat. Bukit  Mokcun menjanjikan satu panorama Jelapang padi Negeri Kedah. Semenjak drama bersiri Mokcun, seorang usahawan wanita di Kodiang popular dikalangan penonton tv. Bukit ini dapat pula jolokan Bukit Mokcun. Ingat Kodiang ingat Mokcun.

Berkunjung ke Kedah negeri Jelapang Padi andai tiada foto dengan sawah padi umpama tak sah. Berfoto dari sudut atas bawa sedikit kelainan dan istimewa berbanding foto ditengah sawah.

Tinggi ka bukit ni? 
Semua orang boleh mendaki ka?
Payah ka?
Tinggi tak la tara mana bak kata oghang sini. 30 minit mendaki bagi insan yang fit. 10 minit laluan denai hutan dengan cerun yang curam 75 darjah. Tak fit boleh buat mendongak aja. Baki pendakian kena panjat batu 90 darjah. Panjat batu ni bagus guna peralatan mendaki. Boleh berhubung dengan operator setempat. Tali, helmet & harness serta khidmat crew ada disediakan.
Naik pagi tengahari dah boleh ada dibawah semula.

Bukit Mokcun
Boleh ka mendaki tanpa peralatan mendaki. Boleh juga tapi buat yang mahir dan hati kental. Amat tidak digalakkan.

Masa bila boleh dapat view cantik
Cantik ni subjek sikit.
Yang suka hijau waktu ni (pertengahan Dis 2017 padi belum menguning). Tak lama lagi menguning, lepas tu orang dah mula mengerat/menuai, hah waktu ni akan ada 2 versi satu padi menguning satu petak2 yang dah dikerat.
Bila tengah membajak, nampak warna tanah dan selut. Pilih la waktu yang anda suka. Nak tau musim apa kena rajin berhubung dengan orang tempatan.

Banyak ka view point? Naik separuh ada view tak.
Nak nampak menarik kenalah mendaki (orang tempatan sebut keghabat) sampai atas puncak / pinacle. Ada juga view point yang ditengah-tengah tapi tak berapa popular dan menyimpang sedikit dari trek.

Tak jumpa pun 'Bukit Mokcun' dalam google map.
Bukit Kodiang pun tak da. Hah guna Bukit Hantu. pasti anda dapat petunjuk arah terus ke Kampung Kandis. Jangan lupa maklumkan pendakian dengan orang kampung. Anda akan dilayan dengan baik. Dapat parking dilaman rumah. Ni koordinat parking 6.382457, 100.315126.


Bukit Kodiang / Bukit Mokcun

Selamat mendaki

-apip embi-
Disember 2017

10 comments:

  1. jurimahmohdariffin26 January 2018 at 23:21

    tq info...nak cuba ke sana...nampak menarik.

    ReplyDelete
  2. Blh bg contact no crew yg bertugas di sana? Sy dr sabah.. planing nak ke sana utk hiking

    ReplyDelete
    Replies
    1. Xpe. Boleh cari je terus. Sy student study kt perlis. Selalu je pergi sana x payah bwk pape. Sbb kt sana ade tali siap dah. Cuma kena beratur nk tunggu org ramai kalau weekend

      Delete
  3. minatnyeee
    nk p July nnti
    tqvm info..ringkas..tp..menarik & buatkn rse xsabar nk meneroka

    ReplyDelete
  4. Wow..guna alatan utk ke puncak. Sound nice. Wajib trial ni

    ReplyDelete
  5. X der gondola ke.. hihi.. gurau

    ReplyDelete
  6. Baru try kemarin atas paksaan wife, sungguh berbaloi

    ReplyDelete
    Replies
    1. lepas ni banyak lagi tempat pelancongan alam yang boleh pergi.

      Delete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete