Foto untuk teman-teman

Annapurna Winter Santuary Trek.

Fotobook

Foto mendaki gunung tertinggi di Australia

Apip - Eryn

Saat-saat honeymoon di Annapurna Region.

ABC Winter

Foto shoot di Annapurna Base Camp on Winter.

ABC Winter

PIP in Person, Avid Hiker.

Wednesday 21 November 2018

7 Gunung rare di Perak yang boleh didaki pada hujung minggu

7 Gunung 'rare' di Perak yang boleh didaki pada hujung minggu dengan sedikit cabaran menempuh hutan hujan Khatulistiwa.


SATU - G. Peninjau (1058m)
Gunung yang berdiri teguh yang menjadi pemandangan utama dari Lebuhraya PLUS di Jelapang. Pernah popular suatu ketika dahulu. Kini agak sepi dari pendakian. Permulaan pendakian boleh dibuat melalui Kawasan Rekreasi Hutan Ulu Chepor, Perak. Perkara rare, berut gunung ini bukan dari zink lurus sebaliknya dari beralun seperti zink rumah.

Berut Peninjau - Foto Hasbullah masa trip LMAG
DUA - G. Titi Wangsa (1726m)
Gunung di Banjaran Bintang tapi dinamakan Titi Wangsa. Satu hari suku perjalanan ke puncak dari perkampungan Orang Asli berdekatan Kawasan Kemajuan Tanah Hulu Lawin Selatan, Hulu Perak. Puncak gunung agak redup dan berdekatan kawasan berlumut. Bagi merialisasikan trip 2 hari, pendaki boleh bermalam di puncak sebelum puncak G. Titi Wangsa. Keesokannya ke puncak Titi Wangsa kira-kira 1 jam 30 minit secara daypack dan pulang semula ke kemsite seterusnya tamat ditempat yang sama sewaktu mula. Menariknya Sg Lawin tidak jauh dari perkampungan Orang Asli, sungainya lebar serta berjeram, agak menarik untuk bermandi selepas tamat ekspedisi.

Pemandangan dari puncak G. Titi Wangsa
TIGA - G. Biong (1218m)
Puncak dengan berut yang masih lengkap dan rebah sedikit ke tanah. Hutan sekunder ini boleh didaki dihujung minggu dari arah Sauk, Kuala Kangsar. Ada juga yang mendaki dari arah Taiping. Rotan dalam resam adalah sinonim dengan gunung ini walau hanya dibahagian tertentu sahaja dan kurang dari seperempat rentis.



EMPAT - G. Kinjang (1455m)
Gunung yang menjadi puncak 2 buah air terjun utama negeri Perak biasa didaki dari arah Lata Kinjang, Cenderiang. Kawasan hutan yang terpelihara dari pembalakan, permatang yang bersih dan masih rawan. View Kampar antara yang menarik andai bermalam di puncak. Kemsite di pertengahan rentis membolehkan pendaki hanya daypack pada sebahagian lagi rentis ke puncak.



LIMA - G. Chondong (1465m)
Gunung Chondong sebahagian dari gunung di Banjaran Titiwangsa. Berada di dalam Rizab Hutan Simpan Gunung Korbu. Lebih kurang 14KM dari puncak G. Korbu arah Barat Laut. Kemsite di atas Banjaran Titiwangsa serta sungai yang jernih di awal pendakian antara yang menarik di gunung ini.

ENAM - G. Sayung (794m)
Gunung yang menjadi latar Mukim Sayung, Kuala Kangsar. Puncak ini ditanda dengan Berut. Aktiviti pembalakan diseluruh gunung ini hanya meninggalkan beberapa batang besi berut di puncaknya. Sediikit cabaran resam selain cabaran trek balak yang terbuka perlu di tempuh untuk sampai ke puncak. Pemandangan Bandar Kuala Kangsar serta Gunung Bubu (Ulu Kenas) amat menarik samada semasa matahari terbenam mahupun semasa waktu cerah.



TUJUH - Meru (749m)
Nama Meru, Ipoh satu nama yang biasa bagi rakyak Perak, lebih popular dengan Taman Animasi MAPS selain Terminal Bas Ipoh (baru) yang terletak di Meru. G. Meru yang ditebuk menjadi terowong Menora masih kukuh di Banjaran Keledang Sayung.

Inilah 7 gunung 'rare' dalam Negeri Perak yang boleh didaki dihujung minggu dengan cabaran hutan. Mungkin akan datang bila rentis dah jadi lebuhraya boleh pula buat daypack 5 - 12 jam. bagi tahun 2019 nanti pendaki boleh mula merancang gunung-gunung ini dalam kelendar pendakian di Negeri Perak.

Info-info diatas dari pengalaman apip sendiri. Ada foto-foto koleksi yang tidak ditemui lagi. Boleh berhubung dengan apip jika berminat.

-apip embi-

Monday 5 November 2018

The Great Trans Titiwangsa Range

Menghubung Gunung-gunung di Banjaran Titiwangsa

Banjaran Titiwangsa yang merupakan banjaran terpanjang di Semenanjung Malaysia dan terdapat banyak gunung-gunung dan puncak-puncak yang melebihi 1000m dpl.

Musim menghubung semula gunung-gunung atau lebih popular dengan istilan trans (traves/rentas) kini agak lumrah. Idea ni agak ektreme untuk dilaksanakan. Tak semua pendaki tegar mampu, sedia dan berminat. Mampu dari segi masa yang lebih dari seminggu. Mampu dari segi fizikal dan mental. Ataupun ada yang mampu tapi tiada hati, tiada minat. Apa pun jom kita tengok gunung-gunung yang boleh dihubungkan dalam satu rentis/trail tanpa melintasi jalan raya/berturap.

Lakaran kasar The Great Trans Titiwangsa Range

1. G. Challi(Pondok) - G. Yong Belar - G. Junction - G. Gayong - G. Korbu - G. Yong Yap - G. Berhid - G. Aler - G. Kuar - G. Belatoh - G. Gerah - G. Bieh - G.Bilah - G. Sepat - G. Ulu Sepat - G. Chamah - G. Shoid - G. Kasal - G. Noring Timur - G. Anak Reng - G. Basor

Ini antara route paling panjang dan ada beberapa gunung lagi yang boleh ditambah, yang terkeluar sedikit (berkilo juga) dari route dan perlu patah semula ke simpang asal. 2 Jalan utama yang mengapit route ni adalah Jalan Simpang Pulai - Gua Musang dan Jalan Gerik - Jeli.


2. Pine Tree Hill - G. Semangkok - G. Liang West - G. Liang East - G. Tumang Batak - G. Chondong Geliting - G. Kabut - G. Lebah - G. Romok - G. Banlak - G. Bongkok - G.Bar Gading - G. Kak - G. Batu Puteh - G. Rayu - G. Ara - G. Berembun(Wrays) - G. Hantu

Route ni diapit Jalan KKB - Fraser Hill - Raub dan Jalan Tapah - Ringlet - Sg. Koyan.

Kedua-dua route ini boleh dinamakan The Great Trans Titiwangsa Range (North) and The Great Trans Titiwangsa Range (South)

Nota: Lakaran kasar di peta diatas bukan lakaran tepat.

#pipTHINK