Foto untuk teman-teman

Annapurna Winter Santuary Trek.

Fotobook

Foto mendaki gunung tertinggi di Australia

Apip - Eryn

Saat-saat honeymoon di Annapurna Region.

ABC Winter

Foto shoot di Annapurna Base Camp on Winter.

ABC Winter

PIP in Person, Avid Hiker.

Showing posts with label Bacaan&Rujukan. Show all posts
Showing posts with label Bacaan&Rujukan. Show all posts

Friday, 18 December 2020

Apa yang kita patut faham dari pertambahan ketinggian G.Everest


Ketinggian G.Everest/Chomolungma/Sagarmatha meningkat 0.86 meter (~2 kaki) dan diumumkan pada 8 Disember 2020 secara bersama oleh negara China dan Nepal. Ketinggian baru Gunung Everest adalah 8,848.86 meter.

Bagaimana ketinggian G.Everest ini dikira?

Ketinggian mengikut piawaian atas paras laut, apl atau disebut dari paras laut (above sea level, asl). Di bahagian Nepal, paras laut dikita di Teluk Belangga, India dan di sebelah China diukur dari Laut Kuning.



Reaksi Pendaki Gunung ada pelbagai. Ada yang keluarkan kenyataan,
"setakat bertambah 2 kaki tidak menambah cabaran pendakian Everest"
ada pula
"Semakin bertambahlah langkah nak mendaki Everest"
Mana satu tepat.

Peningkatan ketinggian G. Everest dikatakan disebabkan tolakan plak tetonik dibawah G. Everest antara Plat Eurasian dan Plat Indian Australian. Hal ini bukanlah disebabkan pertambahan ketebalan sajli dipuncak atau pertambahan batu yang dibawa dan disusun dipuncak.

Adakah pertambahan ketinggian puncak G. Everest berlaku dengan pertambahan ketinggian antara EBC dan puncak atau pertambahan diantara aras laut ke EBC?

Ketinggian EBC meningkat dan tiada pertambahan jarak EBC - Puncak Everest

Pertambahan jarak dan ketinggian antara EBC ke Puncak Everest

apip embi
Pertapa di Everest

Wednesday, 3 June 2020

Memilih P-aran-g Masuk Hutan

Lain p4r4ng lain gunanya, yang macamana nak beli untuk bawa ke hutan semasa hiking untuk hikers biasa yang bukan pembuka jalan.

Hasil dari pertanyaan ini, apip kongsi serba sedikit pengetahuan yang ada berdasarkan pengalaman menggunakan p4r4ng.

P4r4ng menebas bagi tujuan merintis hutan pun ada beberapa jenis. Nak merintis anak-anak pokok lain, nak menetak buluh dan pokok-pokok besar lain, nak menebas pokok rotan lain.

Ciri asas p4r4ng menebas masuk hutan.

1. Bilah keras dan tak meliut.
Ketebalan sebaiknya 3mm ke atas. Makin tebal makin berat. Kurang dari 3mm biasanya jenis meliut.

2. Panjang bilah.
Panjang bilah biasa antara 10-13 inci. 15-23 inci dikira p4r4ng panjang.

3. Hulu
Hulu yang sedap digengam lama.
Seeloknya hujung jari ibu bertemu / hampir bertemu hujung jari telunjuk.


P4r4ng apa yang sedap dipakai merintis di hutan. Jawapannya dah tentu p4r4ng yang tajam. P4r4ng hebat, p4r4ng mahal kalau tumpul, penatlah jawabnya.

Berbalik pada ciri asas p4r4ng tadi, p4r4ng yang tebal makin berat dan makin sedap kerja-kerja menetak (chopping) seperti buluh-buluh besar, dahan-dahan pokok tumbang. Bila makin berat p4r4ng, pegang dan hayun p4r4ng dalam masa yang lama akan lebih memenatkan.

P4r4ng yang nipis dan meliut pula tak digalakkan dibawa merintis dihutan, walau boleh guna untuk merintis anak-anak pokok besar sejari, boleh mengikis kulit pokok, had kegunaan terlalu kecil dan ada sedikit bahaya bila menakik pokok keras.

P4r4ng Kebun/P4r4ng Panjang
P4r4ng panjang atau p4r4ng kebun, biasa dijual di kedai-kedai hardware atau pasar-pasar pagi. P4r4ng ni biasa mempunyai lebar bilah yang kecil iaitu sekitar 1 inci. Makin panjang p4r4ng, makin jauh penebas dengan pokok yang ditebas. Pokok berduri seperti rotan dan seumpamanya, eloklah ditebas dari jauh. Makin panjang p4r4ng makin besar hayunan tangan. Makin banyak tenaga atau makin mudah penat bagi yang orang biasa.


P4r4ng Panjang - Paei & Arey

P4r4ng Hardware
Satu lagi p4r4ng yang biasa dijual di kedai hardware atau kedai runcit, p4r4ng biasa hulu hitam sarung hitam. P4r4ng-p4r4ng ini bukan saja berat, cepat karat dan mudah tumpul. 

Parang Kedai Hardware

P4r4ng Brazil
P4r4ng Brazil pula made in Brazil, jenis stainless steel, sukar karat, tajam dan kategori p4r4ng panjang. Ada juga p4r4ng Brazil yang pendek. Bilahnya meliut, nak takik buluh pun tak lepas. Tebang tebu dan ubi kayu sedaplah. Hulu pula lebar, gengaman tak kukuh lebih lagi dalam masa lama. Lebar bilah lebih 2 inci. Biasa sangkut celah kayu/buluh bila menakik.

P4r4ng Brazil - foto Fattah Muhammad

Parang Sarawak (Iban/Penan/Orang Ulu/Dayak)
Parang-parang ini hampir serupa, motif ukiran pada sarung dan hulu sedikit membezakan. Panjang parang diantara 12 inci ke 22 inci. Antara ciri persamaan parang ini, bermata sebelah. Pemilik kidal biasanya mempunyai mata berlawanan dengan pemilik bukan kidal. Parangnya agak ringan, mudah diasah tajam, keras. Kelemahannya mata sebelah ini, hayunan terbaik mestilah dari satu arah sahaja dan tidak boleh digunakan untuk tangan kiri jika lenguh tangan kanan. 


P4r4ng Sarawak - Mudah.my

P4r4ng/golok menebas banyak dipasaran, dibuat secara tempahan, kecil-kecilan atau secara pukal. Ada yang letak jenama ada yang tidak. Antara yang  apip tau, p4r4ng/g0lok Bidor cap p3dang silang. P4r4ng keluarga Rahim cap 'R', 'AR' dan 'RR'. P4r4ng dari P4r4ng dari rakan hiking keluaran Hasnan Warisan Purba (Selangor) serta jenama myParang dari Nadir (P.Pinang) dan P4r4ng Tantari dari Amad (N.Sembilan). Kedua-dua jenama ini apip tak pernah uji di hutan, cuma dari pemerhatian dan kepercayaan atas pengalaman pembuatnya nampak baik dan sesuai untuk merintis.

Nak pilih p4r4ng, beli yang dikatakan p4r4ng t3bas, bukan parang s3mbelih, bukan p4r4ng p0tong tulang, bukan p4r4ng perhiasan. Tengok sama ciri-ciri asas. Ciri-ciri lain seperti kategori-kategori besi, jenis kayu hulu, jenis-jenis sarung dll lain masa kita bicara.

jangan ingat tangan yang memegang p4r4ng tak reti pegang senduk
-apip embi-


Thursday, 23 April 2020

Penemuan gunung ketiga dan kelima tertinggi di Malaysia



Arena pendakian gunung dikalangan warga pendaki negara digemparkan dengan penemuan gunung baru di Sabah dan lebih mengejutkan gunung ini berdiri tinggi mengatasi Gunung Tambuyukon yang selama ini dikenal sebagai gunung ketiga tertinggi. Sebelum pendedahan ini, lima gunung tertinggi Malaysia dicatat seperti berikut.

PERTAMA : G. Kinabalu 4095m
KEDUA         : G. Trusmadi 2642m
KETIGA         : G. Tambuyukon 2579m
KEEMPAT : G. Murut 2442m
KELIMA : G. Mulu 2376m

Ekspedisi penerokaan ini, sebenarnya bukan sahaja menemui satu gunung malah turut menjumpai satu lagi puncak gunung yang dipanggil Puncak Sinsing dengan ketinggian 2603m, puncak Gunung Kaingaron pula berketinggian 2482m. 

Gunung Kaingaron
Puncak Sinsing dan G. Kinabalu dari kejauhan
Mengimbau kembali penerokaan ke permata alam yang tersembunyi ini, Kelab Pendaki Cap Kapal Sabah yang menerajui ekspedisi penerokaan ini pada tahun 2018, turut disertai rakan-rakan pendaki perintis berasal dari Semenanjung Malaysia, pendaki-pendaki dari Tambunan dan wakil Jabatan Perhutanan Sabah. Menurut orang kuat ekspedisi ini, Lt Madya Maritim Thinaraj atau selesa disapa Thina dikalangan pendaki-pendaki gunung di Semenanjung, sehingga kini (artikel ini ditulis, April 2020) masih belum digazetkan ketinggian sebenar G. Kaingaron dan Puncak Sinsing sebagai G. SinSing oleh Jabatan Ukur & Tanah (JUT), Sabah. 

Papan tanda puncak G. Kaingaron/Kaingaran yang diletak pada tahun 2019
Harap juga papan tanda G. Kaingaron yang baru dibina dapat ikut nama asal seperti di peta rasmi negara.

G. Kaingaron
Apa Sebab tidak digazetkan.
Tambah Thina lagi, ekspedisi rintis mereka tidak disertai wakil JUT. Jab Ukur & Pemetaan Malaysia (JUPEM) pula hanya akan menerima pengesahan ketinggian berdasarkan alat GNSS (sejenis alat GPS yang diguna untuk proses ukur tanah & tinggi dengan ketepatan dibawah 6m). Ketinggian yang 
digunapakai pasukan ekspedisi rintis pula hanya hand-held GPS. Kertas kerja lengkap dokumen rentis ekspedisi ini telah pun dihantar ke Jab. Perhutanan Sabah pada 2019 agar dapat majukan ke JUPEM.

Mari kita menelaah asas yang kita mesti setuju dengan penemuan ini.

PERTAMA : G. Kinabalu 4095m
KEDUA         : G. Trusmadi 2642m
KETIGA         : G. Sinsing - 2603m
KEEMPAT : G. Tambuyukon 2579m
KELIMA : G. Kaingaron 2482m

Gunung Sinsing atau Puncak Sinsing tidak digazet dalam peta, puncaknya sememangnya ketara dan amat sesuai dipanggil gunung. Kewujudan puncak ini walau sebaris atau sama banjaran dengan Gunung Trusmadi dan G. Kaingaron, ia tetap boleh dinamakan gunung. Ambil contoh G. Gayung dan G. Korbu yang berdekatan dianggarkan 2 KM jarak antaranya. Keduanya berada diatas banjaran yang sama. Puncak Sinsing ke puncak G. Kaingaron sekitar 4KM. Contoh lain, Banjaran Tahan sendiri penuh dengan gunung-gunung lain yang sebaris, malah keratan rentas gunung-gunung ini umpama anak Gunung Tahan. Itulah G. Gedung, G. Tangga Limabelas, G. Padang dan sebagainya. 



G. Kaingaron sememangnya telah dilabelkan didalam peta. Cuma tiada titik ketinggian yang dilabel atau digazetkan. Mari kita teliti peta. Puncak gunung ini berada atas dari garis kontur 2460m ketinggian gunung ini mestilah diantara 2460m sehingga 2500m. Sekiranya ada ralat bacaan hand-held GPS, gunung ini tak mungkin berada dibawah 2460m atau melebihi 2500m melainkan JUPEM meminda peta sediaada dengan mengurang atau menambah kontur pada peta. Apa pun gunung ini tetap kelima tertinggi di Malaysia.

Kiraan garis kontur G. Kaingaron

Puncak G. Sinsing dan G. Kinabalu
Persoalannya sekarang, bilakah JUT / JUPEM akan membuat kerja ukur & gazet semua ini. Adakah kita nak tunggu negara luar melalui Discovery Channel atau National Geography bertandang. 

Apip Embi
-Bekas Guide Trusmadi 2007-2012
-Pengiat Aktiviti Ekspedisi Gunung

Foto Ihsan: Jay Hamid

Wednesday, 16 October 2019

5 Ciri Campsite Idaman Pendaki

Campsite atau Camping Site / tapak perkhemahan hutan tidak semuanya sama. Atas faktor-faktor jarak ke puncak gunung atau air terjun, campsite diwujudkan. Kekangan keadaan fizikal muka bumi buat bukan semua campsite sama dan selesa.


Anda perlu tahu ciri-ciri campsite yang menarik dan menjadi idaman, silap-silap igauan pendaki.

1. Rata
Campsite yang rata umpama syurga buat yang tidur di khemah atau atas groundsheet. Tidur tidak mengelongor. Rata atau bebas dari akar-akar kayu juga antara faktor yang dilihat sebelum mencari tapak khemah. Nasiblah andai dapat tapak khemah berselirat akar kayu.



2. Lapang
Kumpulan yang lebih besar memerlukan kawasan yang lapang, tidaklah berhimpit-himpit. Senang nak pasang flysheet. Lagi besar dan lebar flysheet boleh dipasang lagi seronok. Lagi lapang lagi banyak khemah boleh didirikan.

3. Redup dan ada pokok
Ada pokok untuk ikat tali flysheet memudahkan pendaki pasang flysheet. Bagi peminat hammock lagi banyak pokok (yang sesuai) lagi meriah hammock boleh digantung. Redup umpama bonus disiang hari.



4. Berdekatan sumber air
Makin dekat dengan sumber air bersih, makin seronok. Urusan memasak, urusan diri semua boleh dilaksanakan tanpa catuan air. Tanpa pikul air ke tapak khemah, Tapak yang dekat sumber air tak memerlukan misi mengambil air dan dibawa ke kawasan khemah. Dapat sumber air yang berterusan lagi nikmat berbanding sumber air terhad seperti alur air yang hanya keluar ketika lepas hujan atau kering diwaktu tengahari.

5. Kering
Tapak khemah yang lecak atau separa lecak bukan pilihan pendaki. Dapat campsite yang kering tapi tidaklah setandus dan segersang tanah bekas balak. Ini harapan pendaki walau berkhemah dimusim hujan. Azab tidur atas ground/khemah yang lecak tanahnya buat pendaki. Berjalan sekeliling kawasan khemah kering lebih selesa dari berjalan ditempat lecak.

Bonus:
Ada campsite dengan tempat pemandangan (viewpoint), kalau selak pintu khemah/flysheet dah nampak panorama lagilah gempak. Boleh pula ada pangkin di camsite. Sambil duduk berborak sambil tengok pemandangan sambil pula hangatkan diri di unggun api.


ACE camp, Trans Noring - dalam ingatan.

ACE = Apip Che Embi

 - apip embi -

Wednesday, 21 November 2018

7 Gunung rare di Perak yang boleh didaki pada hujung minggu

7 Gunung 'rare' di Perak yang boleh didaki pada hujung minggu dengan sedikit cabaran menempuh hutan hujan Khatulistiwa.


SATU - G. Peninjau (1058m)
Gunung yang berdiri teguh yang menjadi pemandangan utama dari Lebuhraya PLUS di Jelapang. Pernah popular suatu ketika dahulu. Kini agak sepi dari pendakian. Permulaan pendakian boleh dibuat melalui Kawasan Rekreasi Hutan Ulu Chepor, Perak. Perkara rare, berut gunung ini bukan dari zink lurus sebaliknya dari beralun seperti zink rumah.

Berut Peninjau - Foto Hasbullah masa trip LMAG
DUA - G. Titi Wangsa (1726m)
Gunung di Banjaran Bintang tapi dinamakan Titi Wangsa. Satu hari suku perjalanan ke puncak dari perkampungan Orang Asli berdekatan Kawasan Kemajuan Tanah Hulu Lawin Selatan, Hulu Perak. Puncak gunung agak redup dan berdekatan kawasan berlumut. Bagi merialisasikan trip 2 hari, pendaki boleh bermalam di puncak sebelum puncak G. Titi Wangsa. Keesokannya ke puncak Titi Wangsa kira-kira 1 jam 30 minit secara daypack dan pulang semula ke kemsite seterusnya tamat ditempat yang sama sewaktu mula. Menariknya Sg Lawin tidak jauh dari perkampungan Orang Asli, sungainya lebar serta berjeram, agak menarik untuk bermandi selepas tamat ekspedisi.

Pemandangan dari puncak G. Titi Wangsa
TIGA - G. Biong (1218m)
Puncak dengan berut yang masih lengkap dan rebah sedikit ke tanah. Hutan sekunder ini boleh didaki dihujung minggu dari arah Sauk, Kuala Kangsar. Ada juga yang mendaki dari arah Taiping. Rotan dalam resam adalah sinonim dengan gunung ini walau hanya dibahagian tertentu sahaja dan kurang dari seperempat rentis.



EMPAT - G. Kinjang (1455m)
Gunung yang menjadi puncak 2 buah air terjun utama negeri Perak biasa didaki dari arah Lata Kinjang, Cenderiang. Kawasan hutan yang terpelihara dari pembalakan, permatang yang bersih dan masih rawan. View Kampar antara yang menarik andai bermalam di puncak. Kemsite di pertengahan rentis membolehkan pendaki hanya daypack pada sebahagian lagi rentis ke puncak.



LIMA - G. Chondong (1465m)
Gunung Chondong sebahagian dari gunung di Banjaran Titiwangsa. Berada di dalam Rizab Hutan Simpan Gunung Korbu. Lebih kurang 14KM dari puncak G. Korbu arah Barat Laut. Kemsite di atas Banjaran Titiwangsa serta sungai yang jernih di awal pendakian antara yang menarik di gunung ini.

ENAM - G. Sayung (794m)
Gunung yang menjadi latar Mukim Sayung, Kuala Kangsar. Puncak ini ditanda dengan Berut. Aktiviti pembalakan diseluruh gunung ini hanya meninggalkan beberapa batang besi berut di puncaknya. Sediikit cabaran resam selain cabaran trek balak yang terbuka perlu di tempuh untuk sampai ke puncak. Pemandangan Bandar Kuala Kangsar serta Gunung Bubu (Ulu Kenas) amat menarik samada semasa matahari terbenam mahupun semasa waktu cerah.



TUJUH - Meru (749m)
Nama Meru, Ipoh satu nama yang biasa bagi rakyak Perak, lebih popular dengan Taman Animasi MAPS selain Terminal Bas Ipoh (baru) yang terletak di Meru. G. Meru yang ditebuk menjadi terowong Menora masih kukuh di Banjaran Keledang Sayung.

Inilah 7 gunung 'rare' dalam Negeri Perak yang boleh didaki dihujung minggu dengan cabaran hutan. Mungkin akan datang bila rentis dah jadi lebuhraya boleh pula buat daypack 5 - 12 jam. bagi tahun 2019 nanti pendaki boleh mula merancang gunung-gunung ini dalam kelendar pendakian di Negeri Perak.

Info-info diatas dari pengalaman apip sendiri. Ada foto-foto koleksi yang tidak ditemui lagi. Boleh berhubung dengan apip jika berminat.

-apip embi-

Monday, 5 November 2018

The Great Trans Titiwangsa Range

Menghubung Gunung-gunung di Banjaran Titiwangsa

Banjaran Titiwangsa yang merupakan banjaran terpanjang di Semenanjung Malaysia dan terdapat banyak gunung-gunung dan puncak-puncak yang melebihi 1000m dpl.

Musim menghubung semula gunung-gunung atau lebih popular dengan istilan trans (traves/rentas) kini agak lumrah. Idea ni agak ektreme untuk dilaksanakan. Tak semua pendaki tegar mampu, sedia dan berminat. Mampu dari segi masa yang lebih dari seminggu. Mampu dari segi fizikal dan mental. Ataupun ada yang mampu tapi tiada hati, tiada minat. Apa pun jom kita tengok gunung-gunung yang boleh dihubungkan dalam satu rentis/trail tanpa melintasi jalan raya/berturap.

Lakaran kasar The Great Trans Titiwangsa Range

1. G. Challi(Pondok) - G. Yong Belar - G. Junction - G. Gayong - G. Korbu - G. Yong Yap - G. Berhid - G. Aler - G. Kuar - G. Belatoh - G. Gerah - G. Bieh - G.Bilah - G. Sepat - G. Ulu Sepat - G. Chamah - G. Shoid - G. Kasal - G. Noring Timur - G. Anak Reng - G. Basor

Ini antara route paling panjang dan ada beberapa gunung lagi yang boleh ditambah, yang terkeluar sedikit (berkilo juga) dari route dan perlu patah semula ke simpang asal. 2 Jalan utama yang mengapit route ni adalah Jalan Simpang Pulai - Gua Musang dan Jalan Gerik - Jeli.


2. Pine Tree Hill - G. Semangkok - G. Liang West - G. Liang East - G. Tumang Batak - G. Chondong Geliting - G. Kabut - G. Lebah - G. Romok - G. Banlak - G. Bongkok - G.Bar Gading - G. Kak - G. Batu Puteh - G. Rayu - G. Ara - G. Berembun(Wrays) - G. Hantu

Route ni diapit Jalan KKB - Fraser Hill - Raub dan Jalan Tapah - Ringlet - Sg. Koyan.

Kedua-dua route ini boleh dinamakan The Great Trans Titiwangsa Range (North) and The Great Trans Titiwangsa Range (South)

Nota: Lakaran kasar di peta diatas bukan lakaran tepat.

#pipTHINK


Monday, 8 May 2017

Cenderamata Batu Yellow Band G. Everest

Yellow Band Everest - wikipedia

Cenderamata tertinggi pernah diterilma apip, batu Yellow Band di Gunung Everest. Alkisahnya begini,
"Abg nak tengok sendiri batu yellow band tu dengan mata sendiri, ambik sikit boleh" acuh tak acuh Apip kabar ke pendaki puncak Everest.
"Bang Apip, ni batu yang abang nak"
Terharu ada, tak sangka pun ada.

Apa tu Yellow Band Everest? Ramai pendaki kita tak biasa dengan istilah ni, Yang lebih kerap didendangkan Hillary Step di Everest. Movie-movie berkenaan Everest pun boleh dikatakan tiada yang tunjuk pendakian di Yellow Band. Pendakian di Hillary Step sahih semua ada (walau lakon semula di studio atau cgi).

Yellow Band Gunung Everest - Geo Research Everest


Gunung Everest seperti sedia maklum adalah gunung lipat, terjadi hasil dari lipatan kerak bumi. Batuan yang berbeza ini jelas menampakkan satu jalur batuan kekuningan yang disebut Yellow Band. Pemandangan mata kasar dari EBC mahupun puncak Kalapathar tak menampakkan Yellow Band ini. G. Everest dilihat hitam diapit G.Lhotse & G.Nuptse yang diselaputi salji.


Jalur batuan di gunung lipat - Shue Mountain





Ante nampak ini batu

Batu Yellow Band Everest

Apip berlatar Everest tengah diapit Lhotse & Nuptse

Thursday, 29 September 2016

Bila digabungkan Nature Trip dan Culture Trip

Nature Trip ada pengemar tersendiri begitu juga dengan Culture Trip. Nature Trip pilihan pengiat rekreasi, outdoorians. Culture Trip merangkumi Urban Trip sering dikaitkan degan traveller, tourist.



Sedikit pengenalan Nature Trip & Culture Trip

Penggiat rekreasi biasa dengan Nature Trip, program berasaskan alam semulajadi seperti mendaki gunung, meneroka gua, ke air terjun dan jeram, lawatan ke tempat-tempat berasaskan alam. Culture trip pula bukan sahaja lawatan ke tempat berasaskan kebudayaan sebenarnya. Culture trip boleh dikategorikan Urban Trip & Tradition Trip. Aktiviti termasuk melawat atau menyelami budaya setempat. Budaya secara tradisi manupun budaya baru selari dengan pembangunan setempat.

Bila digabungkan Nature Trip & Culture Trip!
MELETOP KE! Bolehkah satu Trip ada aktiviti alam & aktiviti lawatan. Wujudlah nanti insan dengan haversack dibahu berjalan-jalan dalam kampung dan bandar. Mereka dengan beg tarik ke air terjun. Jangan kecam!
Insan berjiwa jelajah, explorer sebenarnya mereka yang amalkan Nature & Culture Trip. Kita perlu jelajah dan melihat apa disekeliling tempat yang kita pergi. Apa aktiviti budaya dan ekonomi di sekitarnya seperti tempat-tempat bersejarah, mengenali budaya masyarakat setempat, melawat & berbelanja di pusat ekonomi setempat.

Dimana boleh bikin Nature & Culture Trip! Semua tempat sebenarnya, guna konsep eksplorasi.
ambil beberapa kes

G. Tahan
Pengiat rekreasi/hikes pergi mendaki G. Tahan habis ekspedisi pulang.
Pelawat/Tourist pula pergi kaki gunung tahan, merasa naik bot sg tembeling, melawat perkampungan orang asli, makan di restoren bot.
Penjelajah/explorer selain gabung aktiviti diatas, akan ada jelajah gua, ke air terjun & jeram, aktiviti di bumbun.

G.Kinabalu
Pengiat rekreasi/hikers pergi mendaki G.Kinabalu. Tamat ekspedisi terus ke Kota Kinabalu.
Pelawat/Tourist pula jalan-jalan sekitar Taman Negara Kinabalu, ke Musium Kinabalu, lawat ladarng lembu Kundasang, Pusat jualan sayur & barang tempatan di Kundasang, Mandi air panas Poring.
Penjelajah/explorer mungkin akan tambah ke kawasan kesan bencana banjir lumpur sekitar Mersilau. Melawat ke perkampungan masyarakat setempat berserta kebun sayur dan padi. Menikmati matahari terbit. Eksplorasi ke air terjun Langganan, air terjun Kipunet dan jelajah gua-gua.

G.Sundoro-G.Sumbing, Indonesia
Pengiat rekreasi/hikers mendaki gunung salah satu atau kedua-duanya dan pulang ke Jogjakarta/Solo.
Pelawat/Tourist pula melawat penempatan/desa dan sawah. Berfoto di viewpoint G.Sundoro/G.Sumbing dan singgah di basecamp sambil beli cenderamata. Berbelanja di pasar keropok tempatan.

Penjelajah/explorer biasa akan tambah aktiviti seperti pengalaman ke rumah pemegang kunci gunung, melawat puncak lain disekitar gunung. Meneroka tempat-tempat menarik sekitar puncak gunung/rentis gunung. Berjalan di kebun tembakau, kubis dan cili. Mendekati aktiviti mencari kayu api secara tradisional. Merasai pengalaman tradisi memasak dengan dapur kayu. Merasai masakan ikon Mee Ongklok Wonosobo (bandar terdekat di gunung ini). Merasai Teh Tambi yang ditanam dikaki gunung ini.
Bersama Pemegang Kunci Gunung

G.Fuji, Jepun
Pengiat rekreasi/hikers mendaki gunung, jalan-jalan sikit sekitar kaki gunung, masuk kedai outdoor di kaki gunung dan kembali ke Tokyo.
Pelawat/Tourist akan ke Stesen 5 untuk merasai berada dikaki gunung. Kembali ke bandar dikaki gunung, Kawagucigo, melawat tasik-tasik, melawat kuil-kuil, melawat muzium.
Penjelajah/explorer akan tambah lagi dan lagi. Antaranya berjalan atau berbasikal di sekitar tasik. Mendaki puncak-puncak berdekatan.

Kes-kes diatas hanya contoh, betapa rugi kalau pendaki gunung ke sesuatu tempat tanpa menggabungkan dengan aktiviti pelancongan (Culture Trip). Sematkanlah jiwa penjelajah,explorer dalam diri & dalam trip kita.

Selamat berjalan, beraktiviti, bereksplorasi dan enjoy your trip.

#pipTHINK
#pipTIPS



Monday, 26 September 2016

Trip lain dari biasa

Istilah 'rare' yang biasa disebut pendaki samada gunung 'rare'; ekspedisi 'rare' mahupun trail 'rare'
Gaya rare (istilah Inggeris) kian popular dikalangan pendaki. Terjemahan lain 'rare' juga disebut 'bukan biasa-biasa, tak seperti biasa, lain dari kebiasaan, boleh juga bawa ke istilah berlawan dari biasa, emmm 'luar biasa'.

Bagi insan yang berjiwa lasak dan dahagakan cabaran, sesuatu yang lain dari biasa memang akan menguji kekentalan dan menjanjikan cabaran. Akan ada satu kepuasan. Apa pun sesuatu yang lain itu dibuat ada sebab-sebab tertentu dan tersendiri.

Adakalannya sesuatu yang kita banggakan 'rare' bukan 'rare' bagi orang lain. Ada masa pula sesuatu yang 'rare' kemudiannya jadi biasa-biasa dan yang biasa-biasa pula jadi 'rare'. Jom teliti beberapa fakta 'rare' atau alkisah 'rare'.

Gunung yang dikatakan 'rare' pada pertengahan 90an antaranya

1. Gunung Batu Puteh, Tapah
2. Gunung Bubu - Gunung Tok Nenek, Banjaran Titiwangsa

Gunung yang dikatakan 'rare' pada 2000-2006
1. Gunung Perdah, Gunung Jasar, Gunung Ruil
2. Gunung Suku, G. Yellow, Pass,
3. G. Swettenham, G. Tangga

Gunung yang dikatakan 'rare' pada 2007-2012
1. Gunung Warpu, G. Siku
2. Gunung Chemerong - G. Berembun
3. Gunung Tera - G. Saji

Senarai diatas hanya sampel, banyak lagi senarai sebenarnya.
Perhatikan saja. Sekarang ni senarai diatas ni, boleh kata agak pelik andai pendaki mahupun pendaki baru tak pernah dengar. Gunung-gunung ni boleh kata tengah panas dan ada dalam senarai untuk didaki pendaki kini.

Ada pula trail atau route yang 'rare' dan tidak 'rare' suatu masa dulu dan kini.

1. Gunung Liang melalui Sg. Dara satu trail baru yang dibuka pasukan MNS pathfinder. Sebelum 1999 kebiasaan pendaki ikut trail Sg. Bil.

2. G. Yong Yap
Sebut aja gunung ni, trail sudah tentu ikut Kuala Mu,Lasah. Selepas trail ikut Sg. Rengit, Pos Brooke mula popular sekitar 2010. Kini iklan G. Yong Yap melalui Kuala Mu kena tulis 'Yong Yap via Kuala Mu'.
trail 'rare' dah terbalik.

3. Chamah - Ulu Sepat
Sebelum 2007 pendakian melalui Kuala Betis, Gua Musang memang 'rare'. Kini dah tak 'rare'. Route asal pendakian dari Jeti Trojen ataupun Lasah pula dikatakan 'rare' hingga ada yang namakan 'Trek Lagenda'.

Selain gunung 'rare' dan trail 'rare' ada lagi perkara 'rare' seperti trip 'rare', tempat-tempat 'rare' yang lain umpama air terjun, gua, bukit, mahupun hutan.

Rare tau tidak 'rare' sepatutnya tidak perlu jadi isu. Setiap kelainan itu ada jiwanya. Ada kepuasannya. Kita juga tak wajar terlalu megah dengan 'rare' sebab 'rare' bersifat berubah. Peminat 'rare' boleh kekal dengan minat ini, 'rare' sentiasa ada dan perlu dikejar.




#rarecreation
#pipTRIP

Tuesday, 23 February 2016

Primus Outdoor Cookbook


Resepi Gunung, resepi yang buat kita terliur, bertenaga, rasa bahagia. Perlu bukan.

Primus sebagai pengeluar jenama dapur (stove) aktiviti outdoor mengeluarkan buku mini resepi gunung yang dinamakan Primus Outdoor Cookbook. Buku yang diberi percuma ini (ambil di kedai Lafuma Bangsar) menyenaraikan 8 resepi serta penyediaannya.

Tengok saja capture ni.

Senarai menu & kandungan buku mini ini
Ni menu makanan ruji Sherpanese

Info yang bagus anda tahu



Friday, 10 July 2015

Mendaki Mendekatkan diri dengan Illahi

'Kami mendaki gunung sebab nak hayati ciptaan tuhan'. Ini objektif yang sering dilontarkan untuk mengaitkan aktiviti dunia mendaki dengan ibadah. Kata-kata berikut menguatkan lagi.
'Syukur dah sampai puncak gunung'
'Subhanallah, indahnya panorama di atas puncak'

Terkesan dengan Kompilasi cerpen DIAgnosis2, penulisan dari pengamal perubatan. Kerja & kehidupan mereka dikaitkan dan disandarkan pada Yang Esa. Penuh dengan inspirasi & pengajaran yang membawa kita dekat denganNYA.

Petikan dari A.M.S
Satu Cerpen A.M.S tulisan Dr Mafeitz yang berkisar tentang Sakit Akut Gunung (Acut Mountain Sickness). Ini lah satu yang berkait dengan gunung. Bila diikutkan ramai pendaki gunung (Muslim) yang sebut 'Kami mendaki gunung sebab nak hayati ciptaan tuhan'. mungkin satu kompilasi cerpen dari pendaki gunung juga mampu diujudkan sebagai satu lagi cabang ibadah.

"Allahumma yassir wala tu'assir. Rabbi tammim bilkhoir. Birohmatikaya Arhamarrohimin."



.

Tuesday, 18 February 2014

Buku Kandil di Kaki Gunung

Pustaka buku PTS dalam  portalnya dah iklan buku ni 'Kandil Di Kaki Gunung' atau istilah lainnya Cahaya di kaki gunung. Buat peminat atau pengiat pendaki gunung yang biasa melihat cahaya suria dari puncak gunung, buku ni mungkin sesuatu yang amat berbeza.

Penulis Roza Roslan, yang terkenal dengan buku-buku Travelog Cinta Abadi, penulisan gaya bersahaja tampil dengan buku baru. Sinopsis boleh dirujuk di baca sini


apip embi

Thursday, 27 June 2013

Everest on June Mag

Artikel Everest ada diterbitkan dalam dua majalah utama, National Geographic edisi Asian bulan Jun 2013 dan Reader Digest edisi Asia juga bulan Jun 2013.


NatGeo - Artikel bergambar yang menarik banyak berkongsi pengalaman pendakian Everest salah seorang pendaki.

RD -Artikel bergambar banyak menyorot kembali sejarah pendakian Everest.