Foto untuk teman-teman

Annapurna Winter Santuary Trek.

Fotobook

Foto mendaki gunung tertinggi di Australia

Apip - Eryn

Saat-saat honeymoon di Annapurna Region.

ABC Winter

Foto shoot di Annapurna Base Camp on Winter.

ABC Winter

PIP in Person, Avid Hiker.

Sunday 15 November 2015

5 Cabaran Mendaki Mt Kosciuszko Yang Tak dihebahkan

Mt Kosciuszko (dibunyi ko-ziuz-ko). Gunung tertinggi di negara Australia. Juga gunung tertinggi di Benua Australia (mengikut senarai Bass). Gunung ini menjadi sasaran bagi pendaki puncak benua dunia 'World Seven Continent Seven Summit'.  Puncak tertinggi Mt Kosciuszko 2,228 m dpl. Puncak paling rendah dikalangan puncak benua. Cabaran gunung ini juga paling kurang.



Memandangkan Mt Kosciuszko dipopularkan sebagai gunung pelancong. Puncak gunung ini turut didaki baik dikalangan pendaki gunung mahupun pelancong gunung. Cabaran sebenar gunung ini tidak dihebahkan terutama dalam laman rasmi Kosciuszko National Park dan laman-laman operator gunung ini. Trail terpendik 6.5KM sehala memudahkan gunung ini didaki. Pelantar yang dibina selain untuk konversasi gunung dapat memudahkan lagi usaha ke puncak gunung.

5 Cabaran yang anda perlu tahu dan tidak dihebahkan.

#1 Chairlift tutup / Chairlift utama tutup
Trail 6.5KM sehala dan disediakan pelantar yang dikenali sebagai Kosciuszko Walk hanya akan dapat dicapai sekiranya anda bermula dari Stesen Atas Chairlift Kosciuszko Ekspress. Ada masanya Chairlift ini ditutup walau pada musim mendaki. Pendaki boleh mula mendaki dari alternatif Chairlift atau tanpa menggunakan Chairlift. Jumlah kilometer akan bertambah. Trail pula tiada pelantar dan anda perlu Bush walking/trail hiking.

#2 Hujan lebat 
  Hujang lebat di Snow Mountain satu cabaran yang bukan kepalang. Hujan di atas Gunung Kosciuszko direkokkan boleh mencecah lebih 55mm. Hujan pada 23.2 mm sahaja dah membuatkan baju lencun disirami air hujan. Hujan lebat juga menyebabkan jarak penglihatan terbatas. AWAS.
Regroup selepas hujan agak reda

#3 Angin kencang
Hujan tak sah andai tak disertai angin. Angin kencang direkodkan 87km/h. Bayangkan perjalanan ruang terbuka dan berangin kencang.
'Bunker' tempat berlindung - foto diambil selepas hujan & angin kencang

#4 Tebing puncak utama masih bersalji 
Musim mendaki dah dibuka tak bermakna salji dah hilang. Pendakian tanpa crampon menambah cabaran terutama mereka yang baru merasa berjalan atas salji. Macamana pula mendaki cerun bersalji.



#5 Rentis yang hilang / tidak bertanda akibat bersalji 
Pelantar yang dibina hingga ke puncak masih diliputi salji tebal terutama di tebing ke puncak. Pendaki boleh hilang arah. Anda akan bertuah sekiranya cuaca baik dan ramai orang mendaki. Sekiranya berlaku sebaliknya anda perlu tahu arah mata angin bagi menentukan arah puncak.


Cabaran diatas adalah cabaran yang telah dilalui selepas beberapa pendakian ke gunung ini. Kombinasi cabaran ini seperti Hujan berserta angin dan terpaksa merentasi tebing bersalji betul-betul memberi cabaran.

-apip embi-
Avid climber
Mt Kosciuszko Guide & Operator