Fotobook

Foto mendaki gunung tertinggi di Australia

Friday, 27 September 2013

TEF2013 :: Epilog


Alhamdulillah pengalaman sepanjang dalam Ekspedisi Everest Felda 2013 (TEF2013) dapat dikongsi di blog Gerbang Gunung untuk bacaan umum.

Inilah kisah kami, apa yang ada disekeliling kami, yang mampu dirakam dan dicatatkan. Foto yang mampu di 'shoot'. Mungkin banyak berkisar tentang apip lebih dekat. Inilah yang dapat diabadikan. 

Tujuan penulisan ini seperti dimaklumkan dalam prolog, untuk manfaat pendaki berikutnya khususnya rakyat Malaysia (sebab tu ditulis dalam Bahasa Malaysia). Penulisan ini sengaja dibuat megikut sesuatu hal, ada topik-topik. Alhamdulillah idea untuk mendapat topik sentiasa ada. Sebagaimana adanya subjek untuk difotokan.

Masa yang terluang digunakan untuk mencatat apa saja topik yang telah difikirkan. Sebahagian masa lagi digunakan untuk pergi outing dengan kamera. Tangan yang adakalanya kena pegang videocam terpaksa menghadkan shooting kamera. Dari sehari ke sehari topik yang ingin dikonsi makin bertambah. Ada masa sibuk, tak sempat mencatat, hanya topik ditulis supaya tak lupa apa yang ingin dikongsi. Alhamdulillah tidak tepu. Akal pun ligat berfikir. 

Mungkin ada lagi beberapa hal yang tak dicatat untuk dikongsi. Kekurangan dan kealpaan ini harap dimaafkan. Ada juga cuba mendapatkan perkongsian dari pendaki lain. Yang mungkin dapat menceritakan hal yang lain atau hal yang sama dari pandangan yang lain.

Pelawaan mendapatkan penulis tamu dikalangan kami, nampaknya tak berjaya. Mungkin juga tak disertai dengan imbuhan. Masing-masing mungkin punya alasan sendiri. Cukuplah rezeki yang diterima membawa apip dalam misi ini dibalas dengan menghasilkan sesuatu perkongsian. Bagi pendaki utama, sudah tentu akan diberi tempat menulis di buku kejayaan mereka.

Pengolahan yang boleh dikira belum mantap sepanjang TEF2013 ini. Harapnya mudah difahami. Diam tak diam 54 bab berjaya diutarakan. 27 darinya sekitar EBC.

Posting pertama yang diterbitkan pada Jun 2013 secara berkala hampir setiap hari kecuali hari minggu, minggu perayaan. Bulan Sept bulan terakhir TEF2013 ini.  Pageview meningkat berganda. Bulan April & Mei 2013, bulan tanpa posting terbaru hanya pageview 1197 dan 1080. Bulan Jun pageview meningkat ke 2666. Bulan Julai pageview 3781 seterusnya Ogos 1615 dan Sept sehingga saat posting ini ditulis 2013.


Terima kasih buat pengunjung, pembaca mahupun peminat pengikut setia TEF2013 ini. Terima kasih buat Isteri yang dicintai eryn; sahabat pendaki wira Everest, Ashraf Halim yang turut mengikuti TEF2013 ini. Pendaki Antarabangsa negara, Anak kelahiran Sabah, Doris. Sahabat-sahabat outdoor termasuk dari negara jiran Sahabat korporat dll yang tak disangka membaca cerita outdoor satu per satu. Lain-lain pembaca yang tidak menonjolkan diri. TERIMA KASIH semua. 


Thursday, 26 September 2013

TEF2013-54 :: Resepi Kejayaan




Kejayaan adalah ketetapan Illahi.

Kita sebagai manusia perlu berusaha dan setiap usaha mesti ada resepi. Ini resepi yang apip rasakan. Resepi asal kena tanya pada pengurus Ekspedisi, Qobin.

1. Pengurus yang berpengalaman - dalam menguruskan ekspedisi besar dan peringkat antarabangsa. Berjaya menguruskan dari mula mewujudkan program, mendapat dana, mendapat penyertaan hingga ke peringkat sambutan. Ada pengalaman dalam pendakian Everest menambah merit pengurus. 

2. Pemilihan jurulatih yang tepat. Ada pengalaman mendaki di Everest dan gunung bersalji. Berfikiran positif. Berjaya melatih dalam tempoh 6 bulan dengan latihan intensif. Tahun 2013, Actor Nepal, Arjun Khaki berjaya mendaki Everest hanya berlatih selama 5 bulan secara intensif. 

Am - mahir secara tektikal, jadual pendakian dari Lukla ke puncak Everest, penggunaan pakaian, kasut, tong gas oksigen, jadual summit attact.

Deeno - motivator dalam endurance, cekap melihat kelebihan dan kekurangan seseorang pendaki dan idea untuk mengatasinya. 

3. Pemilihan yang tepat - kaedah pemilihan bermula dari Ujian Kecergasan Kebangsaan, Ujian Pesonaliti, diikuti ujian endurance dan sikap pendaki. Pemilihan pendaki sokongan jemputan berdasarkan personality & merit. Pemilihan Ketua Perubatan yang dedikasi dan berpengetahuan dalam Mountain Medicine.

4. Penajaan & sumber kewangan yang  dicukupkan. Terima kasih penaja dan KE7B yang berusaha mendapatkan dana menjayakan ekspedisi ini. Cabaran dana termasuk semasa ekspedisi sedang berjalan dapat diatasi dan diuruskan dengan jayanya.

5. Pengisian yang baik dari pelbagai pihak, Dr Anuar Suun dengan ceramah kesihatan di Everest. Qobin & Am yang berkongsi pengalaman pendakian Everest.

6. Hubungan yang baik dengan mentor Everest seperti En. Fauzan dan Datuk Khalid Yunos yang turut menyuntik semangat serta tip-tip kejayaan.

7. Suntikan semangat dari Kerajaan Malaysia dan rakyat jelata. Tak lupa ahli keluarga terdekat.

8. Pemilihan operator yang baik - Ever Quest walau tidak mempunyai rekod operator Everest sebelum ini. Ever Quest berjaya mendapatkan sherpa-sherpa yang baik seperti Sir Lakpa - jurulatih Mountaineering dan sherpa-sherpa lain yang bukan bekerja dibawah Ever Quest. Ever Quest turut berjaya menyediakan fasiliti yang mantap, makanan yang memenuhi keperluan pendaki Everest Felda 2013.


9. Doa-doa yang berterusan, pimpinan dari saudara Ramli sebagai ketua biro Kerohanian dalam misi ini. Doa-doa dari rakyat Malaysia dimana saja.

10. Team work yang baik dalam mengurangkan beban pendaki utama di base camp. team work sesamea pendaki utama semasa di camp1, camp2, camp3 dan camp4.

11. Ketabahan pendaki sendiri - terhasil dari pemilihan pendaki dan latihan intensif.

Inilah antara resepi kejayaan dari pemerhatian apip. Nombor tidak menjadi turutan. 




Tuesday, 24 September 2013

TEF2013-52 :: Melangkah Pulang


Langkah pulang kami pasukan Everest Felda 2013 meninggalkan Khatmandu. Seawal pagi kami dah check out Hotel Royal Penguin tempat kami menginap. Langkah pulang kami turut diraikan oleh beberapa pihak.

Pihak Hotel, EverQuest dan Nepal Tourism hadir mengalungkan kami selendang sutera dan mengucapkan selamat jalan. Kemesraan memang dirasai dan sedikit rasa terharu meninggalkan Nepal.

Di Nepal Airport, kami turut disambut dari Penerbangan Malaysia, MAS. Satu laluan khas dan layanan khas turut diberi untuk pasukan kami. Berita kepulangan wira Everest turut dirai rakyat Malaysia yang ada di Airport untuk penerbangan yang sama.

Bergambar bersama pengurusan MAS di Nepal

Dalam Flight, pengumumam khas meraikan kami disambut dengan tepuk-tangan dari penumpang-penumpang asing.
Rakan-rakan OGKL yang dirai dan merai
#Tak sabar nak sampai ke tanahair bertemu isteri dan anak-anak, kaum keluarga dan sahabat-handai.

Friday, 13 September 2013

TEF2013-51 :: Sampah, Selut, Salak


Misi berjalan-jalan sekitar Khatmandu tak disentuh tentang apa yang apip perhatikan dipersekitaran. Posting kali ni nak cerita pengalaman berjalan di Khatmandu, diluar Thamel Road. Wajah sebenar Khatmandu. Pengalaman sebagai traveler.

Sampah, Selut dan Salakan Anjing, tiga perkataan dari huruf S yang dapat menggambarkan wajah sebenar Khatmandu sepanjang penjelajahan apip.

Sampah bukanlah perkara yang cukup sukar ditemui di sekitar Khatmandu. Pekedai yang tak ada sivik mencampak sampah diseberang jalan (nak masukkan ke dalam longkang) walaupun masa tu apip tengah lalu. Nasib baik tak terkena lemparan bungkusan sampah. 

Sungai-sungai di Khatmandu memang meriah dengan sampah, Kaki lima dan longgokan sampah bukan sesuatu yang aneh. Apa pun sampah tetap diurus, cuma mungkin kurang efisyen. Waktu malam traktor mahupun basikal roda tiga akan mengutip sampah. Pencari sampah di dalam sungai juga ada. Mana tahu ada sesuatu yang boleh ditukar dengan duit.
Tebing sungai penuh dengan longgokan sampah
Selut, kalau dalam posting awal apip ceritakan Khatmandu berdebu, bila hujan, jalan-jalan jadi berselut. Bukan semua jalan berturap sepenuhnya seperti di Thamel Road. Ada jalan yang bercampur batu kerikil dan tanah. Selut adakalanya agak tebal terutama jalan di pinggir bandar.

Salakan anjing, anjing menjadi haiwan belaan yang agak biasa di Khatmandu. Anjing-anjing juga agak bebas dijalanan. Walau ada rasa takut pada anjing, buat-buat tak takut. salakan anjing memang tak lekang. Lebih takut masa lalu di kawasan blackout pulang dari masjid. kena pula ada salakan anjing. Tawakal pada Allah.
Bazaar Saree dan Kurta tempat masyarakat tempatan shopping
mainan ala-ala dam mainan di kaki lima
Penjual sayur ditepi jalan 
kekacang yang nampak enak
#Demi menjada keselamatan diri berjalan seorang diri, apip kenakan pakaian yang tak menampakkan seperti pelancong, kamera disimpan dalam beg. Tak banyak perkara dapat dirakam dengan kamera, seperti industri pembuatan kain sulam dikalangan kanak-kanak bawah umur. 


Thursday, 12 September 2013

TEF2013-50 :: Masjid Di Khatmandhu


Misi mencari Masjid di Khatmandu termasuk dalam misi berkelana. Lawatan ke kuil-kuil sekadar untuk mengisi kekosongan masa, lawatan ke masjid untuk pengisian kerohanian. 

Bersumberkan informasi dalam peta yang ada tulis Muslim religion place. Apip cuba tuju ke tempat yang dimaksudkan. Kewujudan Masjid tidak diketahui masyarakat Hindu dan Buddha. Agak sukar nak dapatkan tempat yang tepat untuk ke Masjid. 

Dari Thamel berjalan kaki hingga ke Swayambhu. Sambil berjalan sambil perhatikan sekeliling. Bila terjumpa anak kecil dengan berkopiah rasa yakin dah semakin menebal untuk jumpa masjid. Arah yang ditunjuk diikut, dah semakin hampir kabarnya.

Sekali lagi hilang pedoman bila tiba dipersimpangan jalan, dah lebih sebatu berjalan dari tempat berjumpa anak kecil tadi. Udahlah asik nak bercakap Nepal dengan apip. Al-maklumlah muka rakyat Malaysia iras-iras masyarakat setempat.

Kali ni jumpa lagi anak kecil, berjubah dan berkopiah. kabarnya apip dah terlepas masjid. Hairan. Kena patah balik. Kali ni perlu perhatikan betul-betul. Entah macamana boleh terlepas pandang.  Sebatu lagi kena patah balik. 

Alhamdulillah akhirnya masjid yang dicari dapat ditemui. Patutlah terlepas pandang, rupanya leka memerhatikan pelancong yang naik ke Swayambhu Tample ikut pintu timur yang bertentangan dengan masjid. 
Inilah komplek masjid yang agak terlindung dengan Buddha Flag
Pintu masuk ke Swayambhu Tample bertentamgan dengan Masjid 
Masjid dengan reka bentuk seperti asrama tanpa kubah agak menyukarkan pengecaman hanya dengan seimbas pandang. Masjid ni masih dalam proses binaan. Bantuan masih diperlukan. Buat mereka yang ingin menyumbang silalah.

Masjid yang dilengkapi bilik asrama, kelas, dewan makan, dewan solat ini agak daif. Sumber air masih menggunakan air perigi. Alhamdulillah kehadiran apip hampir waktu Maghrib disambut ramah kariah yang ada disini. Imam dan bilal serta hampir semua jemaah yang ada tidak boleh berbahasa Inggeris. 

Air perigi ditarik dengan baldi untuk apip berwudhuk. Seterusnya apip dibawa ke ruang solat. Kami bersolat maghrib bersama. Selesai maghrib apip mohon pulang. Takut lewat pulang ke hotel kawan-kawan risau pula. Jemaah yang majoriti anak-anak yang belajar mengaji disini berebut bersalaman dengan apip. 
Bersama Imam masjid dan sebahagian anak-anak yang belajar disini.
Subhanallah, insan kerdil ini dilayan seperti orang hebat. Semoga ukhwah kta sesama umat Islam tetap utuh walau berbeza bahasa, budaya dan bangsa. Muhammad Firdaus yang agak boleh berbahasa Inggeris menjadi juru bahasa apip disini.

Misi mencari masjid akhirnya berjaya dan kini misi pulang diwaktu malam ke Thamel Road.


Wednesday, 11 September 2013

TEF2013-49 :: Lawatan Tempat Pelancongan


Rum Doodle Bar - menawarkan minuman percuma
buat semua pendaki Everest
Kembali berada di Khatmandu kali sementara menanti hari penerbangan pulang. Kali ini kami tinggal di salah satu hotel di Thamel Road. Aktiviti menziarah kedai-kedai berjalan kembali. Ada yang bertujuan membeli, ada sekadar untuk berborak-borak dengan pekedai. Window shopping memang tak akan sudah.

Beberpa hari di Khatmandu rasa rugi andai tak melawat ke mana-mana dan 5 hari pun macam tak jemu kalau berjalan di Thamel Road. 3-4 kali masuk kedai yang sama pun ada. 

Satu hari apip dan beberapa orang pendaki bercadang ke tempat pelancongan yang agak menarik dan tidak berapa jauh dari Thamel Road. Rancang asalnya nak ke Monkey Tample tapi rupanya agak jauh untuk berjalan kaki. Destinasi pertama yang kami sampai, Hanuman-dhoka Durbar Square. Kira-kira 15 minit berjalan kaki dari hotel kami.
Gaya depan Hamunam Durbar
Binaan yang seakan candi-candi di Indonesia
Hanuman Durbar adalah kelompok binaan lama dibina sejak kurun ke-12 terdiri dari beberapa kuil Hindu dan Istana lama yang kini dijadikan muzium. Durbar ini turut dilabel sebagai World Heritage Site dan pelancong asing dikenakan bayaran Rs750.00. Terdapat beberapa binaan yang berbeza mengikut zaman dibina. 

Dataran Hanuman yang ada beratus burung merpati antara tarikan disini. Keunikan binaan-binaan lama sememangnya menjadikan tempat ini daya tarikan pelancong luar. Pelancong tempatan pula sibuk dengan urusan kerohanian.
Alang-alang dah sampai kami masuk juga ke muzium. Peninggalan barang-barang diraja Nepal dipamerkan. Seperti biasa foto tidak dibenarkan dalam muzium. Petugas-petugas muzium semuanya tidak beruniform. AWAS.
Separuh hari dah tamat lawatan di sini. Masa lapang yang ada di Khatmandu apip teruskan lagi ke tempat lain. Kali ini terpaksa bergerak seorang diri bila tiada lagi yang sejiwa. Ramai yang lebih suka bersiar di Thamel Road. Ada yang suka melawat ke saloon, facial, massage center dan tak kurang juga yang layan internet di hotel.
Berhias di Saloon
Belaian rambut
Sebahagian lagi tangga untuk sampai ke Monkey Tample
Monkey Tample - Kuil yang mengalami pertembungan dua agama, Buddha & Hindu. Akhirnya apip sampai ke sini setelah lebih kurang 5 batu berjalan kaki seorang diri.Misi biar sakit dikaki dari sakit di hati mendorong apip terus berjalan. Seorang pun seoranglah. Rupanya tiada yang berjiwa traveler dalam kelompok kami, semua berjiwa tourism

Monkey Tample agak besar dan berada diatas bukit. Hutan di lereng bukit menjadi habitat monyet. Tak pasti berapa ratus anak tangga perlu didaki untuk sampai ke kuil diatas. Kuil disini nampaknya penuh dengan item Buddha tapi masyarakat Hindu turut bersembahyang disini. 
Kelibat monyet di Monkey Tample
#AWAS anda mungkin diganggu oleh monyet-monyet yang agak agresif disini.

Menariknya di atas bukit ni, seluruh Lembah Khatmandu dapat dilihat. Ada view point siap dengan plat informasi beberapa landmark Khatmandhu. Susah pula nak bergambar seorang diri. Pasangan merendek juga turut banyak datang ke sini diwaktu petang. Kedai-kedai survenir turut ada disekitar kuil. Lewat petang baru tutup kedai.

Memandangkan kuil ni kuil Buddha, masyarakat Sherpa mudah ditemui dikaki bukit ini samada berjogging, bersiar keliling bukit dan disekitar kedai-kedai. 


Antara stupa yang ada di Monkey Tample


Tuesday, 10 September 2013

TEF2013-48 :: Keraian Di Kathmandu


Travelog Everest Felda 2013 akan diteruskan sehingga misi ini tamat. Posting-posting fasa akhir ini mungkin bukan lagi hal di Everest Base Camp, hal di Himalaya mahupun hal yang berkisar dengan pendakian. Inilah apa yang kami lalui kkususnya apip alami sebelum misi pulang ke tanahair.

Berita kejayaan Pasukan Everest Felda 2013 dah tersebar di tanahair. Peranan media yang meletakkan berita ini di ruangan utama memudahkan kami mendapat perhatian. Di Kathmandu kami mendapat jemputan dari Pejabat Kedutaan Malaysia di Nepal. 

Sebaik sahaja tiba di Kathmandu, kami bergegas pula ke Pejabat Kedutaan untuk sambutan di sana. En Fadli Adilah, Counselor bersama kakitangan Pejabat Kedutaan meraikan kami. Masakan Malaysia menjadi menu hidangan. Apa lagi masing-masing bedal.
Bergambar di Kedutaan Malaysia, Nepal
Malamnya kami set satu tempat untuk saling meraikan antara Pasukan Everest Felda 2013 dengan Pasukan Putrajaya yang baru berada di Kathmandu. PizzaHut berdekatan Thamel menjadi lokasi sambutan kami. Apip mohon ruang untuk 40 orang di reserve jam 8 malam. Kami dirai dan mereka turut dirai untuk permulaan ekspedisi Everest Base Camp. En Fauzan, mentor Everest climbing kami turut ada bersama.
Kek sambutan dari Hotel Royal Penguin, Thamel, Nepal
Hampir lewat malam baru kami pulang ke hotel kami dan dirai pula oleh hotel. Kek keraian dibuat khas untuk kejayaan kami. Ketua Pendaki, Anis memotong kek sambil lagu selamat buat kami dinyanyi beramai-ramai. 
Turut diraikan anak-anak Johor Darul Ta'zim yang ditemui di Nepal
Hari berikutnya, jalan-jalan kami sekitar Kathmandu, bila terserempak dengan orang Malaysia, sekali lagi kami dihujani ucapan tahniah. Bergambar. Nampak dunia baru buat wira-wira Everest negara. Kemana pergi, ada yang ingin bergambar bersama.


Monday, 9 September 2013

TEF2013-47 :: Lambaian Lukla dari Cinox

Hari berikutnya kami merancang meninggalkan Lukla ke Khatmandu menggunakan helikopter Cinox. Helikopter yang berkapasiti 24 penumpang. Andai kami beli tiket penerbangan Aircraft besar kemungkinan queue kami dalam beberapa hari lagi. Sedangkan mereka yang telah membeli tiket  pun masih menanti-nanti penerbangan yang dihadkan penerbangan atas faktor cuaca. 

Agen yang dikenalpasti cuba dapatkan kami khidmat sewa cinox. Khidmat cinox ditawarkan oleh syarikat Shree Airlines. Sama seperti helikopter lain, base helikopter ini di Khatmandu. Seawal pagi kami dah menanti di helipad Airport Lukla. Ada beberapa kumpulan lain turut menanti. Tak kurang juga bagasi-bagasi entah dari kumpulan mana dah berada di helipad.

Ingatkan urusan lancar rupanya ada juga kerenah. Ada juga pasukan lain yang turut berebut mendapatkan helikopter ini. Ada pula yang berurusan dengan agen untuk bagasi mereka setelah kami dapat mengesahkan trip kami yang pertama. 
Simen di bawa dari Khatmandu ke Lukla
Hal ini serba sedikit menaikkan kemarahan kami sebagai penyewa cinox dan paymaster. Setiap barang yang masuk perlu berurusan dengan paymaster bukan dengan agen sebab kami dah sewa satu helikopter termasuk ruang kargo.
Beginilah suasana kami dalam Cinox
Bukan semua barang muat diruang kargo rupanya. Laluan tengah diantara kerusi terpaksa diletak beberapa kargo. Ada yang terpaksa meriba kotak-kotak dan beg. Dibahagian ekor (pintu ekor) tidak diletak barang rupanya. 
Satu - dua kargo ditambah di pintu ekor helikopter tanpa bayaran ke paymaster.
Akhirnya berjaya juga kami memenuhkan helikopter ini. Apip duduk bersebelahan Aziq di belakang sekali. Memandangkan kerusi kami basah. Kami bertinggung sepanjang penerbangan. Bunyi bising kipas dan getaran skrew adakalanya menakutkan. 

Seat belakang sekali Cinox
Alhamdulillah sekali lagi penerbangan kami selamat mendarat di Khatmandu Airport.


Tepi tingkap dan tepi pintu kecemasan dalam Cinox
Bergambar sebelum berlepas dari Lukla ke Khatmandu

Friday, 6 September 2013

Pemilihan Ekspedisi Greenland 2014


Pemilihan Ekspedisi KE7B Greenland 2014 telah berjalan dengan jayanya pada 24hb Ogos 2013. Posting kali ini tak akan disamakan dengan posting Pemilihan pendaki Everest Felda 2013 walau jalan ceritanya hampir sama cuma berlainan versi.

Kalau diikutkan agak tersasar nak cerita tentang ekspedisi rentas Greenland di blog gerbang Gunung yang segalanya berlegar tentang gunung. Kalau ada kaitan pun tak banyak. Proses pemilihan ini dikawal selia ahli-ahli KE7B, kumpulan pendaki Everest Felda 2013, sukarelawan dari UiTM dan warga kerja Pusat Kesihatan UiTM sebagai pasukan medik.

117 perserta hadir dalam sessi pemilihan misi ini. Bertempat di Stadium UiTM Shah Alam. Beberapa orang ahli keluarga nampak turut hadir memberi sokongan pada keluarga mereka. Ada pakcik & makcik yang hadir dari kampung untuk sokongan moral anaknya. Dikalangan yang hadir pemilihan ni, warga gunung atau mereka yang dikategori sebagai pendaki gunung antara kelibat yang ada. Satu lagi golongan yang banyak, pelari marathon.

Gelagat-gelagat mereka yang hadir semasa pemilihan ini.
Ujian Kecergasan dijalankan dalam beberapa kumpulan
Anis, wira Everest menjaga masa ujian larian

Antara yang berusaha keras

Ketua Medik Everest Felda turut memberi saingan


Ujian ketahanan tangan
Giliran peserta wanita menonjolkan kemantapan

Sit up dari peserta wanita
Ujian keberanian untuk mencuba simulasi di Greenland
Kata-kata amanat dari Penasihat KE7B
Ujian pengetahuan
Ujian pengetahuan vs Ujian kejujuran
Perhatian yang diberi semasa Dato Akmar berucap
Penerangan program kepada peserta

Kejayaan kaedah latihan intensif selama 6 bulan pada misi KE7B Everest Felda 2013 akan diterap dalam misi Ekspedisi KE7B Greenland 2014. Berikut antara jadual intensif yang dirangka.

Bulan Aktiviti
September 2013 Climb/Strength/Team - Mt Nuang
Oktober 2013 Basic Skii & Polar - New Zealand
November 2013 Endurance - Trans Kinabalu
Disember 2013 Endurance - Trans Expedition
Januari 2014 Skii Training - Australia / Korea
Febuari 2014 Polar Training - Norway Mountain
Mac 2014 Preparation - MSN

Gunung antara medium yang tak dapat diketepikan dalam latihan misi ini. Bertuahkan mereka yang ada  profil gunung? atau bertuah mereka yang dapat peluang mendaki gunung bila terpilih dalam pemilihan ini.

Harith hadir merakam sessi pemilihan menggunakan hexakopter

Semoga Berjaya. MALAYSIA BOLEH dengan izin ALLAH.