Friday, 27 September 2013

TEF2013 :: Epilog


Alhamdulillah pengalaman sepanjang dalam Ekspedisi Everest Felda 2013 (TEF2013) dapat dikongsi di blog Gerbang Gunung untuk bacaan umum.

Inilah kisah kami, apa yang ada disekeliling kami, yang mampu dirakam dan dicatatkan. Foto yang mampu di 'shoot'. Mungkin banyak berkisar tentang apip lebih dekat. Inilah yang dapat diabadikan. 

Tujuan penulisan ini seperti dimaklumkan dalam prolog, untuk manfaat pendaki berikutnya khususnya rakyat Malaysia (sebab tu ditulis dalam Bahasa Malaysia). Penulisan ini sengaja dibuat megikut sesuatu hal, ada topik-topik. Alhamdulillah idea untuk mendapat topik sentiasa ada. Sebagaimana adanya subjek untuk difotokan.

Masa yang terluang digunakan untuk mencatat apa saja topik yang telah difikirkan. Sebahagian masa lagi digunakan untuk pergi outing dengan kamera. Tangan yang adakalanya kena pegang videocam terpaksa menghadkan shooting kamera. Dari sehari ke sehari topik yang ingin dikonsi makin bertambah. Ada masa sibuk, tak sempat mencatat, hanya topik ditulis supaya tak lupa apa yang ingin dikongsi. Alhamdulillah tidak tepu. Akal pun ligat berfikir. 

Mungkin ada lagi beberapa hal yang tak dicatat untuk dikongsi. Kekurangan dan kealpaan ini harap dimaafkan. Ada juga cuba mendapatkan perkongsian dari pendaki lain. Yang mungkin dapat menceritakan hal yang lain atau hal yang sama dari pandangan yang lain.

Pelawaan mendapatkan penulis tamu dikalangan kami, nampaknya tak berjaya. Mungkin juga tak disertai dengan imbuhan. Masing-masing mungkin punya alasan sendiri. Cukuplah rezeki yang diterima membawa apip dalam misi ini dibalas dengan menghasilkan sesuatu perkongsian. Bagi pendaki utama, sudah tentu akan diberi tempat menulis di buku kejayaan mereka.

Pengolahan yang boleh dikira belum mantap sepanjang TEF2013 ini. Harapnya mudah difahami. Diam tak diam 54 bab berjaya diutarakan. 27 darinya sekitar EBC.

Posting pertama yang diterbitkan pada Jun 2013 secara berkala hampir setiap hari kecuali hari minggu, minggu perayaan. Bulan Sept bulan terakhir TEF2013 ini.  Pageview meningkat berganda. Bulan April & Mei 2013, bulan tanpa posting terbaru hanya pageview 1197 dan 1080. Bulan Jun pageview meningkat ke 2666. Bulan Julai pageview 3781 seterusnya Ogos 1615 dan Sept sehingga saat posting ini ditulis 2013.


Terima kasih buat pengunjung, pembaca mahupun peminat pengikut setia TEF2013 ini. Terima kasih buat Isteri yang dicintai eryn; sahabat pendaki wira Everest, Ashraf Halim yang turut mengikuti TEF2013 ini. Pendaki Antarabangsa negara, Anak kelahiran Sabah, Doris. Sahabat-sahabat outdoor termasuk dari negara jiran Sahabat korporat dll yang tak disangka membaca cerita outdoor satu per satu. Lain-lain pembaca yang tidak menonjolkan diri. TERIMA KASIH semua. 



2 comments: