Persoalan tentang kasut trekking ni selalu ditanya. Baik pertanyaan tentang jenama, kesesuaian, ketahanan, ori atau tak ori, murah atau mahal, dan beberapa soalan-soalan berkaitan kasut trekking.
Sebelum bercerita panjang dan berceloteh, elok juga serba sedikit Apip cerita latar belakang Apip dengan pengalaman menggunakan pelbagai jenis kasut sepanjang trekking lebih dari 15 tahun samada untuk kasut untuk cuba-cuba, kasut pakai muat, kasut yang diberi untuk 'pandu-uji'. langkah-uji dan kasut 'sample'. Antara jenama yang dipakai, Adidas AdiStar, Lafuma Skyrace OT, Lafuma Skyrace, Lafuma MXLight II OT, Nike ACG, Timberland Aqua, Salomon RaidRace, Garmont GTX, sandal Teva.
Pengalaman merasai sendiri pelbagai jenis kasut, dari Midcut Boots Full leather, Army Boots, kasut Adidas pasar malam, selipar Tong Fong, selipar Asadi lightweight, selipar jepun, kasut trail running, hiking boots. Pelbagai jenis kasut dah dipakai, samada beli di pasar malam, beli barangan sampel, beli barangan jualan penghabisan stok, beli di butik dan tak kurang yang ditaja.
Pengamatan peribadi tentang kasut, perbandingan antara kasut juga tak dapat lari dibandingkan trekking dengan berselipar jepun, seingat Apip semenjak kecil jungle trekking dari Persiaran Quarter di kaki Bukit Tunku ke Madrasah di Jalan Sultan Salahudin, Kuala Lumpur.
Pengalaman menjadi jurujual barangan outdoor termasuk kasut juga menambahkan lagi pemahaman Apip dalam penggunaan kasut. Mengiring ahli keluarga dan sahabat-sahabat membeli kasut juga menambah merit dalam pengetahuan kasut. Satu lagi hobi kini, pergi kedai kasut dan cuba semua jenis kasut. hahaha.
Persoalan: Sesuai untuk apa? Jungle Trail atau Alpine Trail, Nak guna kemana sebenarnya?
Komentar:
Kasut yang nak diguna untuk masuk ke hutan hujan Khatulistiwa, hutan belantara negara kita, banyak redah sungai, laluan berselut, laluan berbatu, laluan bertanah elok guna kasut jenis Multi-trail / All-trail / Trail running.
Kasut yang nak guna untuk Gunung berbatu seperti G. Kinabalu boleh guna jenis boots juga tergolong dalam hiking boots. Kasut jenis begini bleh juga digunakan untuk gunung berapi/volkano.
![]() |
Hiking Boots |
Kenal teknologi kasut. bank kasut trail running mahupun hiking boots. Ada yang dilabelkan 'gore-tek' ada yang tidal. Kini satu lagi pesaing 'gore-tek' adalah out-dry. Apa itu gore-tek/out-dry. rujuk web http://www.gore-tex.com/ dan http://www.outdry.com/ENG_home.html untuk ketahui lebih terperinci.
![]() |
Lafuma M Akteon OT & Lafuma M Akteon - Apip menguji Out-dry vs non Out-dry |
Persoalan: kasut ni dicipta untuk apa? mendaki?
Komentar: kalau dicipta buat special untuk mendaki, usah habiskan duit beli kasut ni hanya untuk mendaki. Lainlah kasut ni sememangnya ada dalam simpanan dan tiada baget lansung nak beli kasut. Pakai apa yang ada, seadanya.
Persoalan: Apa masalah para kasut trail running dengan trail / rents tersebut?
Komentar: Boleh juga digunakan.
![]() |
Salomon RaidRace diguna mendaki G. Marapi, Bukittinggi, Indonesia |
Persoalan: Ada tak teknologi high end pada kasut ni? Boleh mengagalkan tak ekspedisi kalau guna kasut ni?
Komentar: Kasut menoreh pun ada berbagai versi, kasut asal menoreh seingat Apip, kasut dipanggil kasut getah, material 100 peratus getah, kalis air betul. Ada berbagai jenama & pendaki-pendaki ada yang sebut Adibus merujuk pada 4 jalur pada kasut ini yang mirip adidas 3 jalur. Terbaru kasut menoreh jenama Bowling mendapat tempat. Kasut ni lebih lembut getahnya. Agak berkusyen sedikit tapak dalam kasut ini. Boleh aja kalau nak mendaki, tapi dinasihatkan buat pendaki berbelanja sedikit andai mampu, guna kasut yang lebih sesuai dan dicipta untuk mendaki. Demi keselamatan & kesihatan jangkamasa pangjang lutut & kaki.
Persoalan: Beli untuk disampelkan atau untuk dilanyak selasak habis?
Komentar: Apip pernah membeli kasut sampel Solomon & Nike. Siap ada tag 'Not For Sale'. Murah beb, sapa tak nak cuba. MENYESAL, inilah istilah yang tepat. Patutlah penaja tak pernah nak bagi kasut sampel untuk diuji. Apip bandingkan Salomon sampel dan Salomon yang dibeli dibutik. Ketahanan jauh berbeza, malah ada bahagian pada kasut sampel yang dibuat bukan seperti spesifikasi sebenar, asal rupa ada aja. Nike sampel pun tiada daya tahan lasak walau lebih baik dari Salomon sampel.
Persoalan: OK untuk apa?
Komentar: Seeloknya elakkan. Kasut yang tak tahan lasak tak usah digunakan dilapangan. Naya bila rosak semasa ekspedisi. Tak ori tiada jaminan dari pengeluar jenama tersebut.
Persoalan: Apa yang pekedai nak dijelaskan sebenarnya.
Komentar: Misalnya Salomon order 1000 unit, kilang bikin 1450 unit. reject item 200 unit. balance dijual belakang pintu. tak lalu QC. tak kena levi, masuk M'sia tak kena tax. Kualiti adalah dari pengilang yang sama cuma tak lalu QC. tak lalu QC yg kurang best tu bagi barang performance. kita labur RM pun bukan kecik anak.
Komentar: Tarikh kasut dikeluarkan, Setiap kasut ada jangka hayat. Kasut yang lama biasa dijual murah sebab tempoh hayat dah dekat. Tiada tarikh luput pada kasut pun. Betul, tapi kasut akan teroksida walau ada silikon diletak dalam kotak kasut. Makin lama kasut disimpan, hayat makin pendek walau tidak dipakai.
Komentar: Bagi mereka yang kaki tulang terkeluar, kaki tidak simetri, kaki jenis resesif boleh cuba guna kasut trail running - soft shell. Alhamdulillah setakat ini pendaki yang terima nasihat ni berpuas hati.
Komentar: Dilain waktu kita bicara bab tapak kasut sahaja dan hal-hal lain tentang kasut.
Lagi:
Kasut Trekking II
SummitBoots
Info ini berguna. mohon dijadikan rujukan kepada rakan rakan saya.
ReplyDeleteOK.
Deletemasih fail mencari kasut.
ReplyDeletekasut pink yg baru tu makan kaki ker? Nantikan artikel kasut II nanti.
Deletebest kasut
ReplyDeleteJojet punya pun apa kurang.
DeleteBoleh saya tahu kat mana tuan dapatkan brand lafuma nie?
ReplyDeleteLafuma Bangsar, Jalan Telawi. Sebelah BSN.
ReplyDeletesalam. dimana saya boleh dapat kan adidas kampung yg ada stat tu??hehe
ReplyDeleteadidas kampung yang ada stat atau kasut fong keong sekarang ni agak sukar dijumpai. cuba ke kedai2 runcit generasi lama. lebih baik cari kasut menoreh jenama Bowling.
Delete10 Day Annapurna Base Camp Trek from Pokhara
ReplyDelete• Details
Annapurna range is one of the majestic mountain massif in the Himalayas with Annapurna I (8,091 m ) - the 10th highest in the world. 10 days Annapurna Base Camp trek is the best route for cultural insight, moderate adventure and Himalayan views.
Highlights:
http://www.nepalguideinfo.com/Annapurna-Sanctuary-Trek.php
http://www.nepalguideinfo.com/Trekking-Guide-Nepal.php
http://www.nepalguideinfo.com
Email-:sanjib-adhikari@hotmail.com
https://www.facebook.com/sanjib.adhikari
Mobile +9779841613822
kalau kasut trail running brand salomon mcm S-lab xt6 softground ok ke?
ReplyDeleteZariff:: Ok untuk jungle hiking, mud trail di Malaysia. Mendaki g. valcano di Indonesia pun ok lagi.
Deletesalam. bole suggest kasut untuk daki gunung kinabalu (via ferrata). dulu penah naik kk guna columbia, tp bila kat batu licin, tergelincir dibuatnye. kalau boleh nak guna gak kasut yg sama untuk gunung2 kat smjung dan sekitar indonesia (bromo, semeru, dll). time kasih.
ReplyDeletekakilebam, baik guna all-trail /multi-trail shoes. buat masa ini hampir semua kasut akan tergelincir di batuan yang licin. Teknik bergerak juga perlu diambil kira.
DeleteThanks bro apip...info yang sangat berguna
ReplyDeletesalam bro..kat mana boleh dapat vibram fivefingers kat selangor ye? ade ori n fake ke kasut ni?
ReplyDeleteSalam AizatArif, yg ori boleh dapat di kedai Lafuma Bangsar, ada juga di World of Outdoor, TheGarden MidValley.
DeleteMcm mner nk tau kasut ori or x...??? (Salomon) sebab ader jumpa kat lelong range harga bawah rm200...
ReplyDeleteOri ker x...???
range kasut ori salomon RM325 ++, mostly yg di lelong/khatmandhu/vietnam tu yg pintu belakang / typeA imitation.
Deletetuan minta suggestion kasut sy sesuai utk pengembaraan di bandar-bandar
ReplyDelete*yg
ReplyDelete100% Safe to visit Nepal after the Earthquake Annapurna Base Camp story I was this trek on starting June 01th and Back Kathmandu 14th June 2015
ReplyDeleteNepal is safe for traveling! According to the information from various sources such as Trekking Agencies Association (TAAN) and Nepal Tourism Board, Everest Base Camp and Annapurna Base Camp, Annapurna Circuit , Upper Mustang ,Dolpa, , Kanchenjunga Trek ,Ghorepani Poon hill, Jomsom Trek and Rara are safe for trekking, Pokhara tour, Chitwan safari tour, and Lumbini tour . Therefore, I personally went up to the Annapurna Base Camp on the first week of June. The purpose is to access the condition of the trek as to ensure the safety of the clients in the upcoming autumn season trek from September to November. The condition of the mountain is safe. All the lodges still good. The mountains still look beautiful as before. Do not hesitate to put Nepal as your travel wish list in next season. The beautiful country awaits you to visit. You support will help the country to rebuilt. http://www.nepalguideinfo.com/safe-to-visit-nepal-after-the-earthquake-annapurna-base-camp/
http://www.nepalguideinfo.com
http://www.neaplplanettreks.com
Email:sanjibtrekguide@gmail.com
Salam, i ada jual kasut vibram ori kat sini..boleh singgah blog ni http://theanugerahmentari.blogspot.com/
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete