Fotobook

Foto mendaki gunung tertinggi di Australia

Wednesday, 28 December 2016

Cabaran 360 darjah keliling Gunung Batur

al-kisah cabaran mendaki Gunung Batur, mengelilingi bibir kawah Batur dan melihat keliling kaldera Batur.

Gunung Batur & Kawah Batur
Mendaki Gunung Batur dan melihat matahari terbit DARI Gunung Batur sememangnya ada dalam kebanyakan pakej pelancongan di Bali. Pelancong yang tak biasa mendaki bukit juga akan memilih pakej ini. Apatah lagi dengan pendakian yang dikabarkan cuma 2 jam berjalan kaki dan tidak sukar. Boleh pula bawa telur dan direbus dipuncak dari wap panas gunung. Begini juga yang ditulis di blog mahupun media sosial kawan-kawan.

Gunung Batur dilihat seperti 2 tanduk
 Mari kenal sedikit Gunung Batur(1717m)ini. Gunung Batur boleh dikatakan anak gunung yang terbentuk ditengah-tengah kaldera purba yang besar iaitu Kaldera Batur. Salah satu kaldera terbesar di dunia. Bibir kaldera besar ini sekitar 1200 meter dan yang tertinggi setinggi 2152 m iaitu puncak Gunung Abang (gunung ke-2 tertinggi di Pulau Bali). Ada satu danau didalam Kaldera Batur yang dinamakan Danau Batur berbentuk seperti bulan sabit seluas 16km persegi. Ada beberapa desa atau penempatan didalam Kaldera Batur. Letusan terakhir pada 2000. Kesan lelehan lava masih jelas kelihatan di dalam Kaldera Batur kini berbatu hitam, lebih-lebih lagi dilihat dari puncak Batur.

Melihat matahari terbit DARI Gunung Batur sememangnya indah sebab matahari terbit disebalik Gunung Abang, ada Danau Batur dikaki bawah Gunung Abang. Banyangan gunung yang indah. Masih indah walau matahari dah naik. 'DARI' bermakna tak semestinya berada di puncak Gunung Batur. Ada beberapa view point untuk melihat dan merakam suasana indah ini sebelum tiba di puncak Batur. Ini yang biasa pelancong atau pendaki ekspress buat.
View point pertama sebelum Pura - Danau Batur & Gunung Abang
Pos 1, tempat paling ramai pendaki/pelancong tengok matahari terbit. Sebenarnya sepanjang pendakian boleh lihat dan rakan matahari terbit. Nak tiba ke Pos 1 sememangnya mencanak. Batu-batu keras dan licin perlu didaki. Begitu juga Pos 1 ke Puncak 1. Di Pos 1 ada warung menjual makanan & minuman pada hari minggu. Ada juga blogger/pendaki yang berfoto disini dan melabelkan foto di puncak Batur. Ramai pendaki/pelancong yang hingga Pos 1 dan turun selepas matahari terbit.

Gua Suci Gunung Batur dan Taman Kera, 
Berhampiran dengan kawah Batur ada sebuah gua besar yang dijadikan tempat beibadat umat Hindu. Mereka yang bersembahyang sahaja dibenarkan masuk. DI taman kera yang tidak berapa jauh dari Pos 1, begitu banyak kera. Kera agak agresif melihat pelancong dan cuba mendapatkan air & makanan dari beg pelancong. Hanya ini sumber makanan kera. Lubang-lubang wap panas disini yang tidak berapa panas atau suam-suam menjadi tempat kera-kera ini memanaskan badan bila waktu malam/dingin. Merebus telur. Bukan disini.

Puncak 1, kira-kira 30 minit ke 1 jam pendakian dari Pos 1. Puncak 1 dari starting point mendaki dilihat seperti tanduk kanan. Selain Pos 1, puncak 1 checkpoint yang ramai pengunjung. Kebanyakannya turun mengikut laluan mendaki tanpa keliling puncak Batur.

Puncak 1, Kabut menutupi Gunung Abang
Puncak 2 berada antara Puncak 1 dan Puncak 3. Hampir dengan puncak 2 ada tapak khemah di dinding luar kawah. Puncak 2 ada warung juga. Hari kami mendaki warung ditutup, mungkin kerana bukan hari minggu.


Warung di puncak 2
Papantanda di Puncak 2
Lubang Wap berada di dinding dalam kawah batur diantara puncak 2 dan puncak 3. Kepanasan wap ini sememangnya boleh masak daging. Mulanya ingat seperti lubang wap di Pos 1, suam-suam kuku atau lubang wap di Gunung Sibayak. Apip cuba letak tangan dan terasa pedih umpama letak tangan diatas periuk air yang mendidih. Disinilah tempat merebus telur. Wap disini tiada bau sulfur. 
Wap panas di Gunung Batur
Puncak 3, sekadar puncak kosong. Pemandangan lebih menarik. Nampak keliling kawah Batur, keliling Kaldera Batur, Danau Batur, Gunung Abang dan desa-desa. Turun dari puncak 3 ke persimpangan Pos 1, laluan berpasir hitam, pasir longsor. Mujur tak mendaki ikut sini. Mahu 5 tapak mendaki 2 tapak mengelongsor turun.

Puncak 3

Pasir longsor
Catatan bersandarkan trip Apip & Eryn dan diiringin jurupanduarah Putu.
- apip & eryn di starting point Batur.
- lagi foto di FB Keliling Gunung Batur





Wednesday, 21 December 2016

Meluncur bebas di Gunung Koscuiszko

Meluncur secara bebas di cenuram salji Gunung Koscuiszko, Australia
(Free Body Snow Glides at Mt Koscuiszko)

Pakej meluncur bebas biasanya tak ditawarkan oleh operator luncur salji. Tapi hal ini tak mustahil dilaksanakan. Baca anatomi badan, sesuaikan posisi. luncur. Ikuti sedikit coretan aktiviti semasa #pipTRIP



Melucur tanpa menggunakan papan luncur (Snow Glider atau Snow Sled) satu aktiviti tambahan dan menyeronokkan yang boleh dilakukan dari cenuram berhampiran puncak Gunung Koscuiszko. Aktiviti asal mendaki ke puncak gunung. Atas kesudian barisan pendaki, aktiviti ni ditambah. Memang tak disangka sebab dari awal tak bawa papan luncur.

Kenal Pasti Lokasi & Atasi Risiko
Malim perlu mengenalpasti cenuram yang sesuai dari segi sudut kecuraman dan memastikan tiada risiko seperti salji longgar, batu atau pokok dipertengahan serta dihujung cenuram. Keadaan cuaca yang baik tidak berkabut bagi membolehkan Malim memerhatikan peserta dibahagian mula hingga penamat meluncur. Ketinggian tempat mula dan berakhir juga perlu diambil kira bagi mengelakkan risiko badan sakit akibat perubahan ketinggian dalam masa singkat.

Lihat beberapa foto & video yang sempat dirakam.
video


 lagi short video di youtube


#pipTRIP