Foto untuk teman-teman

Annapurna Winter Santuary Trek.

Fotobook

Foto mendaki gunung tertinggi di Australia

Apip - Eryn

Saat-saat honeymoon di Annapurna Region.

ABC Winter

Foto shoot di Annapurna Base Camp on Winter.

ABC Winter

PIP in Person, Avid Hiker.

Tuesday 24 April 2018

7 Gaya berfoto dengan Bendera Malaysia anda patut tahu

Bangga dengan negara sendiri. Bangga dengan Malaysia. Pencapaian diri juga sebahagian dari negara. Bangga bawa nama negara. Bangga dengan foto dengan bendera negara, Jalur Gemilang.

Ada beberapa gaya yang anda perlu tahu. Sebelum tu sedikit informasi berkenaan saiz bendera.
1. Saiz Piawai (standard) - 3 kaki lebar, 6 kaki panjang. Ni saiz rasmi untuk tiang bendera.
2. Saiz bendera rumah (biasa) - 2 kaki lebar, 4 kaki panjang, guna untuk pacak bendera di rumah atau bukan urusan Rasmi.
3. Saiz Besar (disebut Bendera Sedang) - 4 kaki lebar , 8 kaki panjang, bendera ni digunakan untuk tutup keranda sebagai penghormatan negara yang diberi pada si mati
4. Saiz kecil (bendera meja / kereta) - 0.5 kaki lebar, 1 kaki panjang, selain diguna di meja atau kereta juga kibaran bagi para hadirin sesuatu acara.

Gaya pertama
Depa kedua belah tangan dan pegang bendera dibelakang badan, Biar bendera berombak. Sesuai bila ada sedikit angin. Gaya ni juga biasa pada atlet balapan. Kita kan atlet gunung. Boleh guna Bendera saiz besar atau bendera saiz biasa.


Gaya kedua
Guna bendera kecil, angkat tangan tinggi dari bahu. Kibar bagi bendera nampak penuh. Kalau tak nampak bendera penuh nanti orang ingat benda lain dan tak berapa memberansangkan. Walau pun bendera ni kecil, tiang plastik dia kena jaga masa bawa mendaki, kalau patah tengkuk tak cantik dah nak berfoto.


Gaya ketiga
Gaya ni mungkin agak biasa, pegang kedua-dua penjuru atas bendera dan bentangkan didepan anda. Foto diatas dengan saiz bendera standard. boleh guna saiz biasa. Gaya begini sedikit menutup diri sesuai bagi nak cover diri tu dari saiz tertentu, hahaha. Bagi insan saiz xs pula elakkan guna bendera saiz standard. Nanti nampak kasut, bahu dan kepala aja. Gaya begini banyak menutup pemandangan di belakang berbanding gaya pertama.


Gaya keempat 
Gaya sebai dibahu, gaya ala-ala atlet lepas penat. Gaya begini sedikit menutup pakaian tapi tak menutup pemandangan lansung. Bila tak ada angin boleh guna gaya begini. Bagi media pula, gaya begini kurang mendapat pilihan.


Gaya kelima
Gaya dengan tiang bendera, Bendera diikat pada tiang atau seumpamanya, buluh, kayu, treking pole. Bendera dibiarkan berkibar. Andai tiada angin kena bagi sedikit berkibar. Foto akan teruk bila bendera tak berkibar lansung. Ingat ye, di negara orang, Bendera negara asing tidak boleh lebih tinggi dari bendera negara berkenaan. Juga bendera asing tidak boleh lebih besar dari bendera negara berkenaan. Jangan pacak Bendera Malaysia tak tentu pasal di negara orang. Kita bukan menjajah.


Gaya keemam
Gaya ni tak masuk dalam etika berfoto dengan Bendera Malaysia. Gaya selimut sebahagian badan dengan bendera. Tidak kira samada kita kesejukan dan lupa bawa gebar. Usah jadikan amalan dan bermegah pula dengan foto begini.


Foto ketujuh
Bendera Malaysia diselubung sepenuhnya pada diri. Biasanya pada si mati. Mengimpikan mendapat penghormatan negara adalah baik. Apa pun jangan main-main iya.

Selamat beroutdoor, selamat mendaki, Berbanggalah dengan negara, Bergayalah dengan Bendera Malaysia, Jalur Gemilang.

apip embi

#pipTHINK
#pipTIPS

Wednesday 11 April 2018

AMS Training Mask Review

Keberkesanan atau mitos nak Cegah AMS (Acute Mountain Sickness) latihkan diri dengan AMS Training Mask.

Ini lah Training Mask

Training Mask atau topeng latihan yang berfungsi mengurangkan udara (Oksigen) masuk ke hidung dan mulut. Objektif asal dicipta Training Mask ni sebenarnya untuk menguatkan pernafasan.

Latihan cegah AMS adalah latihan pernafasan sama ada dengan berenang atau sebagainya. Training Mask mula digunakan untuk latihan AMS. Benda yang sama di jenamakan sebagai AMS Training Mask, Elevation High ALtitude Mask. Apa pun nama konsep dan penggunaannya sama.

Nak tahu macamana nak guna supaya dapat impak yang besar. Training Mask model-model terkini ada injap boleh laras, Bagi yang baru nak cuba, tutup suku ruang udara sambil buat latihan kecergasan seperti di gimansium atau berjogging. Dari setengah jam dari masa ke semasa tingkatkan jumlah jam. Makin lama tutup injap udara ke maksimum. Ulang semula dari setengah jam ke jumlah jam yang lebih lama. Wokrout di gimansium atau waktu jogging biasa maksimum 2 ke 3 jam. Dah selesai ni. Boleh tingkatkan lagi penggunaan waktu rehat hingga 18 ke 20 jam sehari. Yang begini amat jarang dibuat tapi telah disarankan dalam beberapa forum training mask for AMS.

Teknik yang terakhir ni juga hampir menyamai dengan teknik hidup dalam kelambu udara (AMS tent simulation). Kita bicara dilain posting.

Kos Training Mask di Malaysia antara RM89 - RM400. Jenama yang boleh didapati antaranya Phantom, TrainingMask dan banyak lagi. Guna carian 'Training Mask' di Lazada atau sebagainya, anda akan jumpa.

Di altitude tinggi pun kita kena tutup hidung dan mulut


Selamat berlatih

#pipTips Jangan guna mask ketika buat workout berseorangan, anda mungkin pening dan boleh mendatangkan pitam. Pastikan aeda teman sebarang kecemasan.

:: terima kasih M. Amin yang bagi pinjam / rasmi training mask di gimasium. (malu plak nak tunjuk foto di gimnasium)