Foto untuk teman-teman

Annapurna Winter Santuary Trek.

Fotobook

Foto mendaki gunung tertinggi di Australia

Apip - Eryn

Saat-saat honeymoon di Annapurna Region.

ABC Winter

Foto shoot di Annapurna Base Camp on Winter.

ABC Winter

PIP in Person, Avid Hiker.

Showing posts with label Media. Show all posts
Showing posts with label Media. Show all posts

Thursday, 3 March 2016

Pendorong - Avid Climber

Sedikit wawancara dari wartawan theStar Online dalam artikel - It's all about the drive: What drives you






Thursday, 10 December 2015

Malim Gunung Malaysia boleh jadi malim gunung di luar negara



Betul ke? Layakkah?
Negara mana? Macamana?
Perlu ke? Selamatkah?
Malim gunung Malaysia (mountain guide), penunjuk arah atau apa saja panggilan buat mereka ini. Mereka boleh menjadi malim gunung di luar negara.

Kenyataan ni bukan dibuat-buat. Atas pengalaman dan pengamatan Apip sendiri di beberapa negara.

Dewasa ini, perdebatan antara puak yang menyokong penglibatan malim gunung dan puak yang tidak mahukan malim gunung masih tak berkesudahan. Operator-operator gunung pun ada yang tidak mahu khidmat malim gunung. Malim gunung yang ada pula berebut-rebut pelanggan hingga ada yang menawarkan harga 'malim bersama rakan-rakan' yang tak sepatutnya. Pendaki-pendaki gunung tempatan lebih berminat mendaki gunung luar negara berbanding gunung tak ternama di dalam negara.

Kemana malim-malim gunung Malaysia harus pergi (selain mengadu ke organisasi malim sendiri, itu pun kalau dapat pembelaan). Alternatifnya melangkahlah ke luar negara sebagaimana pendaki melangkah ke luar negara.

Malim gunung Malaysia lebih tepat disebut 'rainforest mountain guide'. Mereka yang ada kemahiran di hutan khatulistiwa. Persamaan yang ada di negara-negara Amazon. Hah senang ker nak melangkah ke sana! Tak usah risau. Asas kemahiran malim gunung seperti mengenal denai, arah mata angin, tempat berkhemah, cerun, muka bumi dan masa trekking. Ini semua asas untuk jadi malim di negara tropika lain.

Pergi yang dekat dulu, Indonesia yang terdiri dari gunung berapi (valcano) dan gunung hutan rawan(rainforest). Malim perlu ada pengalaman trekking di gunung berapi sebaiknya sebelum menjadi malim di gunung berapi. Kaedahnya cuma perlu dapatkan permit dari basecamp setiap gunung atau dapat izin dari penjaga kunci gunung. Anda kena semak dahulu dengan basecamp atau pejabat renjer atau Taman Nasional dahulu.

Selain dari itu, Jepun, Taiwan, HongKong, Wales, Australia , Korea Selatan antaranya membenarkan kumpulan pendaki menggunakan malim gunung mereka sendiri. Yang penting uruskan permit masuk dan sebagainya mengikut peraturan setiap tempat.

Buat yang bukan malim gunung, dinasihatkan jangan ambil risiko mendaki tanpa malim gunung.

# Ada yang ingin menimba ilmu & tips menjadi malim di luar negara?

-apip embi-

Wednesday, 24 July 2013

OGKL di bulan Ramadhan

OGKL aktiviti sepanjang bulan Ramadhan ni tak beraksi di hutan atau gunung. Majlis buka puasa, IFTAR dikalangan warga OGKL diadakan secara gotong-royong. Rumah Rindu Alam sekali lagi menjadi host acara.

Gotong-royong bermula lepas waktu Zohor, Sup campur gear-box & daging menjadi menu utama. Ada beberapa kumpulan, yang buat begedil, yang tukang mengoreng, yang buat roti jon, yang sediakan air, yang sediakan lauk-pauk sampingan, yang masak nasi, yang celur mee & bihun. Yang susun meja dsbg.
Penyediaan Begedil


Gentel begedil
Goreng Begedil

Penyediaan air tembikai

Menu nasi arab dan seekor kamping panggang yang ditempah menjadi menu yang laris. Kuih-muih yang turut disumbangkan, dadih, cup caramel dll lagi memeriahkan meja hidang.

Kemeriahan makin terasa dengan kehadiran sabahagian lagi warga OGKL diwaktu hampir berbuka puasa. Ada yang datang waktu more dan tak terlepas yang singgah sahur ditengahmalam. Lebih kurang 112orang kesemuanya. 
Berbuka puasa
Kaum bapa dapat bersolat jemaah maghrib, insya' serta berterawih bersama.

Gotong-royong ditamatkan dengan membersih bekas-bekas hidang dan membersihkan periuk-belanga serta menguruskan sampah yang ada.


Foto masak Sup Gear-box masuk akhbar theStar

Thursday, 28 March 2013

Menjelang misi KE7B Everest Felda 2013

Satu lagi pasukan dari negara Malaysia akan mendaki Gunung Everest. Misi yang dipikul pasukan KE7B Everest Felda 2013 dibawah kelolaan Kelab Eksplorasi 7 Benua (Ke7b) untuk mengankat keupayaan anak-anak Felda sebagai pendaki kemuncak dunia.

Buat mereka yang ingin mendapat info semasa Misi ini, sila ikuti FB fanpage KE7B-Everest-FELDA-2013 Fanpage

Menjelang misi Everest ini yang dijadual 2 April 2013 jam 5 pagi untuk berlepas ke Nepal. Alhamdulillah permohonan cuti Apip dilepaskan. Kata-kata bos yang sinis tapi tetap ada makna.
"Kalau dalam ibadah, Haji dikira kemuncak ibadah, bagi pendaki pula, Everest puncak pendakian, masanya hampir sama 2 bulan"

Majlis Pelancaran di Jabatan Perdana Menteri



Friday, 15 February 2013

Santai Mendaki Gunung Kosciuzko

Inilah gambaran sebenar pendakian di gunung tertinggi Benua Australia. Satu dari 7 puncak benua didunia ini. Gunung yang paling mudah diantara ketujuh-tujuhnya. 

Kisah ini diabadikan oleh wartawan Utusan, Rohana Man yang menjadi salah seorang pendaki dalam ekspedisi ini. 

Alhamdulillah, Apip yang mengetuai ekspedisi OGKL ini, sekali lagi diabadikan di media.

Utusan Malaysia, 15 Feb 2013.

Thursday, 17 January 2013

Di media dengan pendaki cilik

Foto Ayra Adeena ( 8 thn) pertama kali terpampang di media cetak KOSMO, 10 Januari 2013. Kisah pendakian di Gunung Perlis, Banjaran Nakawan dinukil saudara Faizal FBK. 


Ayra berbaju biru ditengah-tengah bersama OGKL
Si anak & Si ayah
Klik untuk Zoom & lebih mudah dibaca.




Monday, 17 December 2012

Kisah ekspidisi di sebalik Media


Apip berbaju oren bersama ahli ekspedisi

Kisah ekspedisi di Media minggu sudah di media Utusan Malaysia, sisipan .com slot Lasak & Santai. Mungkin ramai yang sudah membaca tulisan Faizal atau lebih glamour dengan jolokan FBK. Judul merintis laluan G. Basor tak banyak mengisahkan tentang kisah merintis dengan lebih dramatik. 

Ada tak insan yang nak tau kisah disebalik kisah. Ada tak ahli ekspedisi yang tak kisah nama dia tak termasuk dalam alkisah. Apa pun setiap panglipur lara ada heronya. Berkisahlah mengikut kisah masing-masing asalkan bukan satu dongengan (walau kisah dongeng & mitos pun ada yang nak baca).

Sedar tak sedar tahun 2012 sudah hampir ke penghujung. 2012 rupanya Apip belum mengetuai mana-mana ekspedisi dalam negara. Menjadi Pengarah Program, Penasihat Program aktiviti kelab dah kerap. Rindu untuk menjadi mengetuai program dari kerja-kerja belakang tabir hingga selesai program ada dihati. 

Rata-rata AJK OGKL telah pun diberi peluang menjadi Pengarah Program atau Ketua Ekspedisi. Cabaran mendapatkan barisan pendaki tidaklah sesukar mana sebab ramai dah aram untuk mendaki gunung ini dari awal terbitnya kalendar serta barisan pendaki G. Noring yang dah pasang azam untuk ke sini. Syarat guide yang meletakkan barisan pendaki mestilah yang setara dengan barisan pendaki G. Noring OGKL sebagai syarat diadakan ekspedisi ini dalam masa 2 hari. 

Kelebihan pendaki G. Noring OGKL amat cerah. Cabaran kini nak menapis barisan pendaki lain yang gusar tak menepati syarat guide. Peluang sama rata buat yang layak, kepantasan bertindak mengikut arahan (hubungi AJK) yang melengkapkan pendaki dalam barisan G. Basor.

Pendakian yang disangka amat mencabar ini, bertukar menjadi agak relaks bila dibarisi pendaki mantap & AJK yang pantas membuat kerja. 2 hari ekspedisi bukan masa yang lama, namun sudah boleh menonjolkan sikap seseorang itu. Siapa yang sudi membantu kawan, siapa yang lebih pentingkan urusan diri sendiri. Siapa yang sudi menebas, siapa yang memasang impian trip-trip menebas tapi segan dengan parang. Siapa yang rajin rakam video rakan-rakan menebas. Semua terserlah hingga ke ruang dapur. 

Secara peribadi, G. Basor amat sesuai untuk pendakian hujung minggu, buat mereka yang masih baru untuk mendaki. 

Wednesday, 14 November 2012

2M1L di media

Alhamdulillah sekali lagi kisah Ekspedisi 2M1L keluar di media. Satu ekspedisi 3 gunung ( Merapi - Merbabu - Lawu ) yang dilaksanakan bermula dari pendakian G. Lawu kemudian ke G. Merbabu dan akhir sekali di G. Merapi. 

3 gunung 3 kisah dan setiap kisah telah diterbitkan di media Utusan Malaysia hasil nukilan wartawan Rohana Man. 



Monday, 29 October 2012

Pendakian Gunung Ditutup


Topik kali ini sengaja didedahkan bukan untuk mendorong pendaki-pendaki melakukan pendakian di gunung yang ditutup, tapi untuk mendedahkan situasi sebenar dunia pendakian.

Artikel terbaru Ekspedisi 2M1L turut tidak melindungi berita Gunung Lawu, Indonesia ditutup tapi pendakian tetap diteruskan.
Bagi yang terlepas baca artikel ni rujuk dibawah.

Isnin 22 Oktober, Warna-Warni, Utusan Malaysia
Bagi gunung-gunung dibawah pengawasan pihak tertentu, kebiasaannya gunung akan ditutup apabila keadaan linkungan didapati tidak selamat untuk didaki. Antara sebab keselamatan yang dimaklumkan:-
- Binatang buas sedang mengamuk seperti kes harimau menerkam pencari hasil hutan, harimau tersebut masih belum dijejaki.
- Tanah runtuh dan keadaan cuaca masih dalam musim hujan
- Tanah longsor - musim hujan dan struktur tanah tidak kukuh.
- Hutan terbakar - Hutan ditutup sebab terbakar dan juga masih ditutup sebab tempoh penutupan belum lagi tamat.
- Gunung berapi meletus
- Gunung berapi berada di tahap waspada disebabkan aktiviti valkanologi meningkat.

Sejauh mana bahaya mendaki gunung yang ditutup? Perlu selidik & tahu situasi sebenar sebelum menerjah ke sesuatu gunung itu dan mengambil keputusan meneruskan pendakian.

Tips:
1. Pandangan masyarakat setempat. Adakalanya hal begini tidak menakutkan masyarakat setempat. Selagi ada masyarakat setempat yang sedia ke puncak gunung tersebut, amat besar kemungkinan keadaan tidak merbahaya (dari pandangan masyarakat setempat).

2. Sedia berundur jika situasi benar-benar bahaya. Usah terus mara ke depan bila mendekati bahaya & dikenalpasti bahaya. Pihak berkuasa jarang membenarkan pendaki mendekati kawasan dikatakan bahaya. Peluang untuk jejak puncak akan cerah bila mendekati kawasan yang berisiko tetapi tiada lagi risiko seperti diwartakan.

3. Ajak pasukan penyelamat (SAR-Search And Rescue) bersama ke puncak gunung. Selagi mereka berani mendaki, selagi itu peluang untuk anda mendaki gunung tertutup ada.

Apip bergambar dengan notis penutupan G.Kerinci selepas turun dari puncak Kerinci, 2002.
Ana Man (wartawan), turut bergambar dengan notis penutupan G. Lawu, 2012
Macamana nak redah bila gunung ditutup?
1. Runding dengan pihak berkuasa - tulis surat permohonan berserta kesediaan terima segala risiko tanpa melibatkan pihak berkuasa.
2. Rundingan dengan pihak yang bekerja di bahagian penguatkuasaan. 
3. Mencari jurupandu arah setempat dan laluan alternatif seperti jalan kampung/jalan kebun (laluan tikus).
4. Meredah laluan sedia ada semasa penguatkuasa sedang tidur.

Bak kata seorang pendaki tegar dari Napak Giri "Udah namanya petualang, pendakian mesti diteruskan walau ada halangan"

Situasi 'Gunung Ditutup" hanyalah satu cabaran buat pendaki, tidak semestinya halangan. Lawan tetap Lawan. Dinasihatkan buat pembaca, jangan redah membuta tuli atau secara bodoh. Kenali dulu situasi sebenar. Bahaya tetap ada dalam rekreasi mendaki. 

Berusaha untuk Berjaya.
~apip embi~

Tuesday, 28 August 2012

Outdoor di Majalah Rezeki

Ada ke kolum outdoor di majalah Rezeki? Terbaru apip di media Majalah Rezeki, edisi 9 2012 dengan paparan 3 mukasurat. Outdoor & majalah Rezeki, apa kaitan, apa signifikasi. Ini antara soalan yang diajukan dan jadi tanda tanya kawan-kawan gunung.



Majalah Rezeki memberi ruang buat pengiat-pengiat rekreasi melalui segment rekreasi, tujuannya untuk mengetengahkan dan menonjolkan profil insan yang mencari rezeki dalam rekreasi. Semoga terus bertambah rezeki. Insya'ALLAH.

Satu mokup ekspedisi dibikin untuk menjayakan sessi fotografi. Setelah berbincang dengan kolumnis rekreasi majalah Rezeki, Rosli Mat Som yang juga kenalan outdoor apip semasa bekerja di Bangsar, lokasi Bukit Tabur dipilih dan program bermalam dihujung minggu dirangka. Apip ditemani isteri, eryn yang insan dalam dunia outdoor gunung. Rosli pula dibantu oleh seorang lagi rakan, Redza juga berprofil outdoor (rope & scuba). 

Lebih seratus foto di'snap' dan hasilnya yang terbaik, bernilai dan berkenan dihati menjadi pilihan ketua editor. Selain sessi fotografi, masa diantaranya turut digunakan untuk menceritakan beberapa kisah, berkongsi pandangan dalam dunia outdoor. Tak ketinggalan gurau senda & usik-mengusik begi mengeratkan  persahabatan dan menceriakan suasana.

Semoga rezeki dalam outdoor gunung, bikin program, bikini material program dan sebagainya bertambah atas izin Illahi.

#Rezeki edisi 9 2012 baru dikeluarkan 15 Ogos 2012 lalu dan boleh dapatkan di MPH atau kedai-kedai mamak tertentu. www.rezeki.com.my

Selamat membaca & salam perkenalan.