Monday 17 December 2012

Kisah ekspidisi di sebalik Media


Apip berbaju oren bersama ahli ekspedisi

Kisah ekspedisi di Media minggu sudah di media Utusan Malaysia, sisipan .com slot Lasak & Santai. Mungkin ramai yang sudah membaca tulisan Faizal atau lebih glamour dengan jolokan FBK. Judul merintis laluan G. Basor tak banyak mengisahkan tentang kisah merintis dengan lebih dramatik. 

Ada tak insan yang nak tau kisah disebalik kisah. Ada tak ahli ekspedisi yang tak kisah nama dia tak termasuk dalam alkisah. Apa pun setiap panglipur lara ada heronya. Berkisahlah mengikut kisah masing-masing asalkan bukan satu dongengan (walau kisah dongeng & mitos pun ada yang nak baca).

Sedar tak sedar tahun 2012 sudah hampir ke penghujung. 2012 rupanya Apip belum mengetuai mana-mana ekspedisi dalam negara. Menjadi Pengarah Program, Penasihat Program aktiviti kelab dah kerap. Rindu untuk menjadi mengetuai program dari kerja-kerja belakang tabir hingga selesai program ada dihati. 

Rata-rata AJK OGKL telah pun diberi peluang menjadi Pengarah Program atau Ketua Ekspedisi. Cabaran mendapatkan barisan pendaki tidaklah sesukar mana sebab ramai dah aram untuk mendaki gunung ini dari awal terbitnya kalendar serta barisan pendaki G. Noring yang dah pasang azam untuk ke sini. Syarat guide yang meletakkan barisan pendaki mestilah yang setara dengan barisan pendaki G. Noring OGKL sebagai syarat diadakan ekspedisi ini dalam masa 2 hari. 

Kelebihan pendaki G. Noring OGKL amat cerah. Cabaran kini nak menapis barisan pendaki lain yang gusar tak menepati syarat guide. Peluang sama rata buat yang layak, kepantasan bertindak mengikut arahan (hubungi AJK) yang melengkapkan pendaki dalam barisan G. Basor.

Pendakian yang disangka amat mencabar ini, bertukar menjadi agak relaks bila dibarisi pendaki mantap & AJK yang pantas membuat kerja. 2 hari ekspedisi bukan masa yang lama, namun sudah boleh menonjolkan sikap seseorang itu. Siapa yang sudi membantu kawan, siapa yang lebih pentingkan urusan diri sendiri. Siapa yang sudi menebas, siapa yang memasang impian trip-trip menebas tapi segan dengan parang. Siapa yang rajin rakam video rakan-rakan menebas. Semua terserlah hingga ke ruang dapur. 

Secara peribadi, G. Basor amat sesuai untuk pendakian hujung minggu, buat mereka yang masih baru untuk mendaki. 

4 comments:

  1. plan la big expedition masa CNY nnti...baru aku azammm!! hehehe
    -deeno-

    ReplyDelete
  2. macam2 lah sifat ditonjolkan, paling tak suka keengganan untuk membawa ration makanan walaupun berat telah diagihkan dengan seadilnya. paling merana, si sweeper yang dok di belakang terpaksa memikul beban yang lebih berat.

    akibat jangka masa panjang yang mungkin masing2 tidak fikirkan, mungkin akan membawa kepada kecederaan ligamen di mana2 bahagian kaki, terutamanya lutut ...

    aishhhh, sabor ajelah ...

    p/s: kalau kenselkan 'word verification' ni tapi ditukarkan dengan 'author approval' aje boleh tak ? lecehlah hehehe ...

    ReplyDelete
  3. trip Basor ni tak ada pula kisah tak nak bawa ration, setuju gak dgn AZ, sikap begitu mendatang kesan buat sweeper. (kesian kat AZ).

    p/s: errr kena menuntut ilmu lagi ni, ajar boleh tak paham.

    ReplyDelete