Foto untuk teman-teman

Annapurna Winter Santuary Trek.

Fotobook

Foto mendaki gunung tertinggi di Australia

Apip - Eryn

Saat-saat honeymoon di Annapurna Region.

ABC Winter

Foto shoot di Annapurna Base Camp on Winter.

ABC Winter

PIP in Person, Avid Hiker.

Tuesday 26 January 2021

Kasut Trekking III

Nak pilih kasut trekking. Kawan-kawan dah racun. Okay ke tidak. Sesuai ke tak.

Bicara kasut kali ini apip dicetus dari permintaan untuk nasihat/konsultan kasut. Bicara bab review kasut, baik tak baik, sesuai tak sesuai. Ada 2 perkara sebenarnya.

1. Review pro & cons kasut
2. Nasihat sesuai tak sesuai dengan yang bertanya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Mohon tolong review dan bagi komen kasut Kailas Fuga Ex.

kawan-kawan racun kata Kailas Fuga Ex
-ultra event
-8KM pace4
-ringan dan lembut berbanding speadgoat4

Sekarang pakai 'Adidas kampung' lebih tepat kasut getah Bowling. Kerap melecet kaki.

Kailas Flythorn Air Trail Running cantik.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



Kailas Fuga Ex

Pro & Cons::

Bila review kasut tak lari juga dari perbandingan dengan kasut lain yang setara. Setara dari segi jenis, setara dari harga. Kailas Fuga Ex berbanding Hoka Speadgoat 4. Kedua-dua kasut jenis Trail Running berkusyen dan ada tumit.

Pro Fuga Ex

1. Tali kasut jenis Double Lock Lacing System.
Yang jenis bila pewai, tali kasut terburai pun malas nak tunduk ikat. Elok sesangat guna jenis ni. Tali kasut tak perlu ikat. 

2. gaiter holder - Ni fungsi unik yang ada pada kasut trail. Nampak kemas dan memudahkan bagi yang biasa guna mid-cut trail gaiter.
Andai tak pakai gaiter pun, tak nampak janggal.

3. Tapak megagrip Vibram jenis selapis. Tapak tak disulam. Bunga lebih kasar. Bunga begini sememangnya sedap ditempat berselut, licin. Tapak kasut Kailas Flythorn Air Trail lebih light.

Cons Fuga Ex
Review dari majalah kasut antarabangsa, media outdoor antarabangsa Best Trail Shoes - Kailas mahupun Fuga Ex tak termasuk dalam top 5. Top 10 pun tak masuk. Speedgoat kerap pula tersenarai terutama dari segi kusyen terbaik.

Kailas Flythorn Air Trail mempunyai ciri umum hampir sama Kailas Fuga Ex, beza ketara tapak Flythorn kurang sedikit untuk rugged trail berbanding Fuga Ex.. 

 

SESUAI TAK (FIT)

Pertimbangan kasut semasa. 

Kenal pasti kasut terakhir yang sedap kita pakai. Andai sebelum ini pakai kailas Fuga Ex rasa sesuai boleh beli Kailas Fuga Pro misalnya. Lebih mudah disesuaikan dengan kaki dari jenama sama atas faktor bentuk (tirus-kembang-runcing). 

Pendaki Everest Negara, Illaham atau Pa'Am memesan kasut baru dari Camp 3 Everest ke Basecamp seterusnya untuk dibeli di Khatmandu. 

'9.5.2013 | Pa'am - Basecamp | Nak kasut baru, Summit boot Millet sais Euro 44 2/3 '. 

Insiden ini berlaku apabila kasut sediaada rosak/reput dan memerlukan kasut gantian bagi pendakian puncak Everest. Mungkin ini rekod order kasut tertinggi pernah dicatatkan. 

Usah andaikan kita tahu saiz kita.
Kasut lasak memerlukan ketelitian dalam menentukan saiz. Ada saiz 7-wide, ada saiz 7-regular bagi sesetengah jenama. Mungkin anda perlu menambah satu atau 2 saiz lagi.

Nilai kesesuaian.
Tahukah anda, kebanyakan butik/kedai kasut outdoor memiliki tapak uji di dalam kedai mereka. Anda buakan sekadar mencuba kasut baru dikaki. Anda boleh cuba berjalan di permukaan cerun, batu kerikil (gravel) atau rumput tiruan. Warehouse Rei antara tempat apip suka. 

~~~

Kasut Bowling ke kasut performance jauh beza. Bukan tak boleh naiktaraf kasut. Biar pembelian dimulai dengan kasut yang boleh dicuba dikaki dahulu. Carilah jenama yang boleh dicuba walau akhirnya pembelian melalui internet. 

Sedikit kata-kata murni buat sesiapa yang nak naiktaraf kasut.

"Kasut luar biasa dicipta bukan untuk orang biasa-biasa"

Usah pula terkejut, pakai kasut baik, mahal tapi masih tersadung, masih tergelincir berkali-kali, masih tak laju. Teknik bergerak dan melangkah juga kena ada dan bukan biasa-biasa lagi. Sebab tu kasut luar biasa tak diberi pada insan biasa-biasa untuk diuji.












~apip embi~
trekking & shoes advisor

Friday 8 January 2021

Antara BMI dan BMR : Badan Model atau Ahli Sukan

Sebut BMI atau Body Mass Index ramai yang tahu ini adalah ukuran / instrumen  yang digunapakai dalam mengukur keadaan tubuh individu.Azam tahun baru, ramai yang lihat BMI sendiri dan meletak sasaran BMI mengikut Skala BMI. 

Insan yang gemuk / obesiti mahupun berisi sedikit cuba untuk capai sasaran BMI mengikut ketinggian sedia ada. Mereka yang sakit seperti, kencing manis, gout, darah tinggi cuba capai tahap kesihatan berpandukan instrumen BMI. Mereka yang kurang cergas juga ada yang ingin fit dengan sasaran BMI. BMI adalah ratio ketinggian berbanding berat.

Ujian Segak bagi sekolah di Malaysia juga menggunapakai BMI selain ada ujian kecergasan. Sasaran utama adalah BMI. Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK) sepatutnya lebih dititik beratkan. 

Apa semua ni? Kita dididik, anak-anak sekolah dididik untuk capai BMI ideal. 

TAHUKAH ANDA, ADA INSTRUMEN UKURAN TUBUH.

Model fokus pada BMI
Athelet fokus pada BMR.

Tubuh yang cantik, persis model baik lelaki mahupan wanita kena ikut instrumen BMI.

Tubuh yang cergas, baik bagi seorang atlet, pendaki gunung, sesiapa kerja memerlukan kecergasan amat perlu diukur dengan instrumen BMR.

APA ITU BMR?

BMR - Basal Metabolic Rate juga dikenali sebagai metabolisma badan. BMR adalah kadar kalori yang dibakar badan untuk berfungsi baik diperingkat dasar (basal). 

Secara kasarnya beginilah, kita mengawal jumlah kalori yang diambil bagi kegunaan pembakaran kalori kita. 

BMR menggambil kira tinggi anda, berat anda, umur serta peringkat aktiviti anda. Aktif, separa aktif, terlau aktif, tidak aktif atau lansung tidak aktif.

Bagaimana nak capai BMR. Anda kena tahu dahulu kadar metabolisma anda. Adakah anda dibawah kadar atau mempunyai kadar yang tinggi.

BMR juga mampu menurunkan berat badan anda.

Kebiasaan insan yang cepat gemuk atau dah gemuk mempunyai kadar metabolisma rendah. Tambah pula pengambilan kalori yang tinggi tidak berkadar dengan pembakaran kalori. Hah bukan sahaja jadi gemuk malah makin tidak cergas.  Nasib tak baik bertambah penyakit dari lebihan pemakanan.

Piawai ukuran statik tubuh


Nak naikkan berat badan, makan lebih kalori dari yang kamu bakar.
Nak turun berat badan, makan kurang kalori dari yang kamu bakar.

Dengan BMR kita kawal pemakanan kita sesuai dengan kerja yang akan kita buat pada hari tersebut. Perlu kerja keras makan lebih. Hari rehat diet makanan berubah. Hari accalamatise nak makan apa ye?

Kita nak cergas / fit bukan jadi model (yang ramai pun tak capai) kemudian tak cergas.

BMR adalah instrumen yang lebh tepat digunakan sekiranya kita mahu cergas berbanding BMI. 

Jadi, pilihlah anda ingin tubuh cergas atau tubuh model. 

Bacalah juga bagaimana meningkatkan kadar metabolisma, BMR calculator, Calories burn formula, Harris-Benedict formula.

Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan dalam menentukan kecergasan pendaki

-apip embi-