Foto untuk teman-teman

Annapurna Winter Santuary Trek.

Fotobook

Foto mendaki gunung tertinggi di Australia

Apip - Eryn

Saat-saat honeymoon di Annapurna Region.

ABC Winter

Foto shoot di Annapurna Base Camp on Winter.

ABC Winter

PIP in Person, Avid Hiker.

Wednesday 27 February 2019

5 Perkara yang boleh main dengan salji/ais di ABC trek

Trek di ABC semasa musim salji (winter), tinggal di guesthouse tanpa keluar bermain tentu bosan. 5 perkara yang anda boleh buat dan main dengan salji dan juga ais semasa di ABC untuk panduan.

Annapurna Base Camp semasa musim salji (winter)
SATU::
Main baling-baling salji ni agak biasa dan akan jadi luar biasa andai anda tak main baling-baling salji lansung. Jangan tunjuk nerd sangat. Apa nak malu. Eryn selalu bagi ayat selamat, "we're from tropical country, never have snow" bila ada Mat Saleh pandang. Mat Saleh UK pun main salji apa. Nak lagi ekstrem main masukkan salji dalam seluar kawan.

DUA:: Main buat snowman, kena gigih ye, dan tahan kebas tangan tu.
Perlawanan dari pendaki UK lawan pendaki Australia membuat mini showman. 
Snowman saiz normal
TIGA:: Main redah salji yang dalam. Buat merasa macam biasa tengok dalam TV. Seronok juga, tapi penat angkat kaki tinggi-tinggi. Kalau tak berani, main lari-lari atas timbunan salji pun boleh. Yang ni kena kenal pasti dulu supaya anda tak tertimbus dengan salji pula.
Main kejar-kejar 
EMPAT: Main dalam hujan salji, waktu ni tak perlu baling-baling salji kunun turun dari langit. Memang betul-betul turun. Jangan lama-lama ye nanti demam kesejukan. Nak bagi salji melekat kat rambut, dan misai kena lama-lama tunggu dalam salji.

Walau sejuk, biar ada pengalaman.
LIMA:: Main pedang ais, kalau jumpa baru boleh main pedang ais. Sekali berlaga betul-betul boleh patah. Main-main lawan udahlah. Nama pun main pedang ais.
Mana pesaing ni! pedang patah ke.
Penat bermain kena berehat
- apip embi -

Posting sebelum ni ::

Monday 25 February 2019

ABC: Treking dengan bergaya

Treking dengan bergaya, hapuskan seksa. Catatan kali ni sengaja tidak ditulis 7 teknik treking ABC semasa winter dengan bergaya.

Betul ke orang kata pendaki baru yang ada level fitness moderate boleh sahaja melepasi cabaran ABC!

Ahli kumpulan kami ada pelbagai level dan tak terkecuali pendaki baru dengan level fitness moderate. Ini perlu diimbangkan dan dikawal supaya dapat turut berjaya dan bergaya. Al maklumlah Apip selalu terapkan mendaki biar bergaya.

Treking dengan pikul haversack pun boleh nampak bergaya, Baru 12-13kg
Nak bergaya ni bukan semata keluarkan duit untuk pakaian/penampilan. Kena juga melangkah serta bergerak dengan bergaya. Nampak mantap melangkah. Treking sambil senyum, tak mahu muka kelat, muka lelah dan separuh nyawa lagi-lagi bila bergambar.

Treking di trek ABC ni, satu hari sahaja kita akan lintas beberapa guest house restoren. Paling menarik sudah tentu restoren di penempatan besar, Chomrong (penempatan ke-3 terbesar Kaum Gurung, Pertama Gandruk, ke-2 Landruk). Coffee House dan Apple Pie pun ada.

Di Chomrong kami berhenti treking untuk minum rehat pagi. Kira-kira jam 10:30pg. Bergaya bukan walau masing-masing ada bekal termos air panas untuk rehat masa treking. Restoren dengan pemandangan yang terbuka mengadap Mardi Himal menjadi pilihan atas saranan Mr Bahadur.
Berehat minum pagi di Center of Chomrong
Sambil-sambil tu berfotolah
Lagi waktu rehat dan waktu berjemur.
Tempoh masa rehat & slow pace treking perlu dikawal. Ini semua dalam pemantauan ketua ekspedisi. Rehat perlu ditempat-tempat yang sesuai. Lagi baik ditempat-tempat indah untuk berfoto.Jadi taklah 2 kali berhenti. 2 dalam satu. Berhenti aja foto indah. Nampak bergaya. Dan asal indah aja perlu berhenti.

Air terjun yang membeku
Sungai yang masih mengalir di musim salji
Betulkah tanpa crampon boleh berjalan atas salji. Bila masa nak mula pakai crampon. Porter yang lintas tak pakai crampon pun. Sudahlah pakai kasut sport, bukan jenis but tak pakai crampon pula. Sebaliknya disarung stokin yak diluar kasut. Pelik bukan!

Porter yang treking tanpa crampon berserta beban.
Beginilah gaya stokin diluar kasut ramai porter-porter guna. Foto kurang sharp, Apip mohon ambil foto kaki, porter ni menari pula macam kita nak bikin video. Ginilah cakap ayam dan itik.
Mula dari Himalaya, permukaan trek dipelapisi salji nipis, ada sesetempat salji dah cair. Masing-masing tak pakai crampon selagi tak disuruh Apip. Sebenarnya nak bagi semua merasa berjalan tanpa crampon. Lagi pula salji masih nipis dan risiko tergelincir agak kecil.

tanpa crampon
Dah 2 jam berjalan, baru ada tanya, boleh tak pakai crampon sebab rasa agak licin. "OK crampon ON". Apip arahkan dan ajar pemasangan crampon dan sedikit gaya melangkah agar seluar tak koyak kena crampon. No cat walk ye. Bila dah pakai crampon baru masing-masing melangkah dengan lebih yakin & bertambah bergaya. Yang crampon putus sebelah pula masih boleh teruskan langkah.

Tengahari awan gelap sudah mula berarak dari lembah ke arah atas. Kami perlu turut bergerak pantas, lari dari dikejar awan gelap. Samaada hujan atau hujan salji (snowy). Apa pun cuaca begini akan bagi cabaran yang lebih. Walau masing-masing ada baju hujan / waterproof jacket, cabaran sejuk agak perit. Nak berfoto pun tak nampak bergaya. Nak keluarkan handphone atau DSLR bermandikan air lagilah rasa sayang. Penempatan seterusnya perlu berhenti. Dah 2 hari mendaki separuh hari. Ada juga kumpulan yang terus mendaki dari MBC ke ABC dengan keadaan berkabut, visibility 20 meter.

Mengharungi snowy seketika.
Treking pulang / turun dari ABC melalui trek yang sama. Sekali lagi treking dan berfoto tak terlepas. Diam tak diam lebih 1000 foto juga hasil snap. Biar dah berhari pakaian tak berbasuh, jaket yang sama, penampilan tetap perlu bergaya.

#pipTips: Pendaki yang level fitness tinggi pula kena kawal dari AMS bila treking dengan laju.
Gaya kain pelikat selepas subuh di Bamboo

Gaya baju treking di Bamboo

-apip embi-

Posting sebelum ni ::

Friday 22 February 2019

ABC: Berita ngeri dari Pendaki yang turun ABC

Mendaki ke ABC dan berselisih dengan pendaki turun dari ABC adalah perkara biasa dan dijangkakan. Dikabarkan berita-berita ngeri, azab dari pendaki-pendaki yang turun dari ABC bukan sesuatu yang dipinta. Lebih lagi berita tu dari rakyat Malaysia sendiri.

Seawal pagi hari ke-2 kami di guesthouse, sekumpulan pendaki negara China tanya kami samada ada bawa medication atau tidak. Mereka semua berjaya sebab ada ubat. Siap nasihat kami supaya makan ubat jika nak berjaya atau akan gagal. ni satu doktrin!
Barisan pendaki negara ROC di Jinhu.
Hari kedua kami mendaki, terjumpa kembali kumpulan remaja dari Singapura seramai 5 orang dari 20 orang. Mereka ini kami temui pada hari pertama, saing mendaki dengan kami sebelum kami ditinggalkan. Mereka berpatah balik atas alasan seorang pendaki pening akut gunung. Kami dan pendaki Singapura yang tinggal tak lebih 300m dari aras laut di negara sendiri akan hadapi cabaran ketingggian dan kemelesetan oksigen. Ada yang dah gusar. Ada juga yang gusar sebab si Aisyah pendaki comel Singapura ini dah takkan ditemui lagi di sepanjang trek ABC.

Melepaskan lelah di hutan buluh antara Bamboo ke Hilamaya. Lihat Apip masih pakai baselayer.
Pendaki Malaysia bertemu pendaki Malaysia lebih banyak bicaranya berbanding pendaki luar, kalau bersembang pun dengan pendaki luar, topiknya tak mengerikan. Paling ringkas akan disebut "Yes, cold". "Kami dapat snowy" itu ungkapan gembira disampaikan pada kami semasa selisih di Sinuwa. "... tengahari aja snowy, 2 hari dah begitu". Ok dalam seronok akan ada cabaran.

"Trek ke ABC dah ada salji, amat licin" " Tak ada crampon tak boleh" "saya jatuh 18 kali" "hati-hati ya" Ayat-ayat ni bikin bimbang line up kami, lagi-lagi mereka yang pertama kali akan berjalan atas salji. Masa briefing, Apip kata boleh dan Apip sendiri pernah jalan atas salji guna sandal crock masa di EBC. Ini ada pula kata tak boleh. Masa di Khatmandu, pendaki di ABC kabar tiada salji lagi. Bikin gusar lagi.

Di Himalaya, tempat kami bermalam, bertemu dengan pendaki Malaysia yang juga bermalam dalam penjalanan turun. Pendaki dari PJ ni bukanlah asal sebagai pendaki. Teruja nak melihat ABC buat mereka mendaki. Tengok down kami, kami disarankan sewa down yang lebih tebal dengan guesthouse sebelum meneruskan ke ABC sambil tunjuk down mereka. Itu pun dirungutnya sejuk. Sejuk buat orang Malaysia.

Awal pagi di Upper Dovan, Apip & Eryn masih mengenakan down.
"You ada bawa sleeping beg?" "Sejuk, selimut(blanket) yang guesthouse bagi pula licin. tidur malam mesti selimut terjatuh dari katil" "kat sini (Himalaya) sejuk, diatas sana lagi sejuk tau" Ini memang betul-betul sembang bikin bimbang aja.

Berita dan kata-kata ngeri ni tak dapat Apip bendung dan tapis dari diketahui ahli trip. Cabaran nak menyakinkan ahli trip yang kita akan teruskan misi dan siaga dengan apa yang ada. Bab sejuk ni, untung sedikit Apip berbadan kurus, kalau Apip yakin boleh teruskan, ahli lain pun mesti perlu percaya. Down Apip pun tak tebal beli pun prelove item (better prelove dari immitation tau), layering pun masih lagi low di Himalaya. Terpaksa bagi ahli lain pegang down Apip yang light down untuk yakinkan tak perlu cari dan sewa down lain serta trip boleh diteruskan. Sekali lagi teknik layering dan waktu yang wajar ditambah atau dikurang diajar semula. Ini semua untuk tak membebankan
kewangan ahli trip dan boleh bergerak dengan baik.

 Crampon pula kami beli di Durali. hehehe.

Eryn: "tangan Apip panas dan lebih panas dari aku"
Apip: "nak tau petuanya, tengok dan ikut cara Apip makan, hahaha, 'dalbat power'"

Ilmu dan kembara tak boleh dilupakan, dalam treking ada buat sessi ilmu.

Apip berlatarkan (Marhhapuchhre) Fishtail
-apip embi-

Posting sebelum ni ::

Wednesday 20 February 2019

ABC: Bersahabat dengan orang keliling

Treking berenam, akan sentiasa bersama selama enam hari. Banyak topik boleh disembangkan. Dapat bersembang dan bersahabat dengan orang keliling yang kami temui pun satu nikmat. Dah lah kami tiada local buddies yang guide atau porter untuk cerita semua hal keliling. Mulut kena ringan, senyum kena manis, hati kena lapang.
Eryn bersama ketua rombongan kahwin/wedding planner kaum Gurung
Selepas bersahabat dengan pemandu jip kami. Selepas Kyumi, kami rehat sebentar di laman luar Hotel Kalcane. Mr Bahadur pemilik Hotel ini agak ramah. Peta route ABC diterangkan kepada kami. Mr Bahadur yang beragama Hindu mendekati pegangan agama Islam kami. Moga beberapa kemusykilan tentang Muslim dapat dicerahkan.
Bersama Mr Bahadur di guesthouse miliknya
Mr Bahadur sekali lagi kami temui semasa mendaki dari Jinhu ke Chomrong. Dia jadi peneman kami hingga di Chomrong. Memandangkan Chomrong penempatan besar. Sebaik tiba di Chomrong kami menyatakan hasrat untuk pekena teh. Hah trip siap berhenti minum pukul 10 tu. Kami ditunjuk lokasi yang menarik di center of Chomrong untuk berehat. Mr Bahadur meneruskan perjalanan dan kami jumpa di Lower Sinuwa dengan pekerjanya.
Mr Bahadur mengiringi kami dan berehat bersama sambil sembang tanpa bimbang.
Semasa sediakan makan tengahari dari pek kembara di Upper Sinuwa. Pendaki dari Perancis yang kagum dengan teknologi penyediaan makanan kami sempat berhenti dan menjengah. Tahu sepatah dua berbahasa Perancis buat kami makin mesra.
Bersama pendaki Perancis (lupa nama) kali ke-2 terserempak.
Selain pendaki-pendaki Malaysia yang mudah bertegur sapa bila berselisih dengan kami. Pendaki-pendaki luar dan tempatan juga tidak kurang baik dan ramah. Setiap Nepali yang pernah bekerja di Malaysia akan menceritakan kisah mereka semasa bekerja di Malaysia. 'Kelang, Nilai, Johor Baharu, Selangor. Manufacture" itu antara yang disebut selain KLCC.
Disapa Nepali yang pernah bekerja di Malaysia.
Ada juga pendaki-pendaki lain mahupun operator yang jadi teman borak kami dikala malam. Di dining hall. Paling menarik berborak di ungun api semasa di Upper Dovan. Terpaksa tuan guesthouse malam-malam menebas buluh untuk tambah unggun api bagi kami teruskan berborak.
Berhenti seketika di campfire Dovan. Foto malam tiada sebab rasa berat nak tinggalkan topik sembang dan pergi ambil phone di bilik
"Balu here?"
"No"
"you know Nepali a bit"
Bersama guide Nepal (lupa nama) yang petah berbahasa Mandarin dan pelanggannya.
#pipTips: tak semua orang Nepal termasuk pengusaha guesthouse boleh berbahasa Inggeris.

Lagi foto-foto kenangan bersama orang keliling kami.

Bersama Untie pengusaha Bamboo Budha Guest House
Mula berkenalan dengan Mike dari UK di Himalaya Guesthouse
Bersama Mike dan ayahnya
Berfoto bersama kaum Gurung
Foto selepas berseman dengan Uncle dari Petaling Jaya yang ramah
Bersama dengan pendaki-pendaki Penang Sport Club yang ramah dan penuh dengan motivasi. Sentiasa positif.
Posting sebelum ni ::
ABC: Prolog
ABC trek dah tiada dalam senarai permit
ABC:BinaanBatuKaumGurung



-apip embi-

Hari terakhir Apip bersama Mr Bahadur sebelum pulang dengan jip.

Friday 8 February 2019

ABC: Binaan Batu Kaum Gurung


Bangsal batu di Annapurna Santuary Trek semasa winter
Asalnya kami tak tahu pun Kaum Gurung adalah kaum yang menetap di kawasan sekitar Banjaran Annapurna. Kembara kami bukan sekadar untuk sampai ke ABC, tapi untuk menghayati dan melihat budaya dan alam sekitarnya (nature & culture trip). 

Kaum Gurung merupakan satu dari 37 kaum di Nepal. Tiga penempatan besar Kaum Gurung ni adalah gi Ghandruk, Landruk dan Chomrong. Bikas pemandu jip kami dari Nayapul ke Syuli Bazaar mula memperkenalkan kami dengan lagu top Gurung. Sejam setengah dalam jip, sudah 5 kali lagu yang sama diputarkan.

Bermula dari Nayapul, satu bandar kecil yang berdebu tanpa jalan berturap, kami kembara dengan jip hingga ke point terakhir dibenarkan Syuli Bazaar. Laluan seterusnya ditutup dan dijaga polis atas sebab jalan sedang dibaiki. Kami mula rasa nyaman bila mula treking melalui laluan/trail kampung yang disusun batu-batu granit.
Trail yang disusun batu serta tengok susunan batu pada rumah tu
Treking kami sebahagian lalu diatas batu yang disusun samada bertangga, mahupun mendatar. Setiap penempatan pula mempunyai laman yang disusun rapi batu-batu granit. Tambah pula tiada sampah, dedaun kering yang menyemakkan halaman. Ada pula yang menghias laman dengan pokok-pokok bunga lagilah cantik.
Laman guesthouse yang indah
Proses pecah bongkah batu menjadi keping-keping batu ini. Kami dapat lihat. Guna tulang empat kerat, secara manual. Bongkah batu besar diketuk jadi kepingan atau bongkah yang lebih kecil. Air turut digunakan untuk menyejuk titik ketukan supaya tidak terlalu panas dan memercikkan api. 



Teknik memecahkan bongkah batu kepada kepingan batu
Bagi mendapatkan batu-batu kecil pula, ada proses mengecilkan batu. Juga secara manual hanya dengan blok besi dan tukul. Yang ni tak berani kami datang dekat, takut terpelanting batu kecil kena kamera/handphone kami.

Teknik mejadikan batu-batu kecil untuk asas konkrit
Rumah-rumah dibina berdidingkan batu. Dinding dalam yang menjadi pemisah antara ruang/bilik baru diguna papan lapis. Bumbung rumah pun dari kepingan batu yang lebih nipis. Disusun indah. Sesuai juga untuk menampung berat salji.

Bumbung rumah/guesthouse dari kepingan batu

Lagi bumbung rumah/guesthouse semasa salji (yang ni masih nipis)

Posting sebelum ni ::
ABC: Prolog


-apip embi-

Tangga ala-ala Batu Caves tingginya.

Friday 1 February 2019

ABC trek dah tiada dalam senarai permit dan dapat percuma


Nak pergi ABC trek kena buat permit dan ada kos permit. Ini yang kami faham hasil pembacaan dan maklumat awal.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sebelum tu Apip nak cerita, trip ni trip backpacker kami. Apip sebenarnya dipelawa bersama ikut trip ni dari Cikgu Yusuf. Cikgu Yusuf dan tujuh lagi teman backpacker telah merancang ke ABC pada  cuti sekolah. Rata-rata semuanya cikgu sekolah dan bukan pendaki tegar dan ada yang baru berjinak mendaki.

Manis mulut Cikgu Yusuf, akhirnya Apip setuju sertai bersama isteri, Eryn. Hanya satu permintaan Apip, tarikh mereka perlu anjak atas faktor-faktor kerja. Akhirnya dapat satu kata sepakat, ikut salah satu pilihan tarikh cadangan Apip. Empat backpacker tetap akan teruskan dengan tarikh asal manakala Cikgu Yusuf berempat lagi ikut tarikh Apip. Jadi kami semua berenam. Tarikh kami hanya selisih seminggu. Hari akhir trip asal dan trip Apip bertindih hari akhir dan hari pertama kami di Kathmandu.

Apip seterusnya diminta jadi ketua trip sebab pengalaman bertapa di EBC. Apip sedikit tak selesa nak ambil alih perancangan orang lain hanya terima jadi ketua treking dan keputusan akan diambil secara kolektif. 3 orang dari sahabat ni pernah ikut trip bawah kepimpinan Apip, trip-trip yang Apip
sendiri baru pertama kali jejak. 

Bermulalah study perancangan asal mereka, rujukan blog yang digunapakai untuk trip ni. Apip hadam kesemuanya dan tambah beberapa rujukan. Bikin pula ringkasan trip ikut rujukan serta kos. Bila mix & match beberapa rujukan, Hah! complicated jadinya. Memandangkan tujuan asal trip nak backpacker dengan kos murah (ada baget yang dirujuk) tapi saiz kumpulan tak sesuai untuk kos solo backpacker. Satu lagi impian untuk tak naik bas loncat-loncat atau local bas dari Kathmandu ke Pokhara sudah tentu kos berbeza dan bertambah.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Muncul tentang PERMIT dan jadual. Kebiasaan permit diurus oleh operator samada operator Malaysia (ada ke?) atau Operator Malaysia sub ke operator tempatan. Rujukan tentang ni dari rakan-rakan pendaki Malaysia sememangnya sukar jumpa. Ada backpacker (solo) Malaysia yang buat permit di Pokhara tapi berdepan masalah pejabat permit buka selepas jam 10 pagi. Ketiadaan/kehabisan borang permit, ini menambahkan lagi masa proses permit. 

Akhirnya kami ambil keputusan, buat permit di Kathmandu dan perlu sehari tinggal di Kathmandu. Info keperluan permit seperti foto, passport dan sebagainya kami ambil maklum. 

Hari buat permit, bermula bila jam 9 pagi kami semua berkumpul depan kedai outdoor Black Yak. "Nak naik teksi ke berjalan?" tanya Apip. Setelah bagi info kos teksi serta jarak jalan kaki. Akhirnya kami berjalan. Bukalah kami googlemap. #tips bagi yang nak berjalan kaki guna google map, peta offline tak membenarkan mode jalan kaki. jauh jadinya jalan kenderaan. Sila pastikan ada dataline pada handphone.

Seronok pula jalan kaki, lalu lorong-lorong peniaga dan lalu pasar. Masa sepatutnya 20 minit jadi sejam sebab kami asyik memerhati suasana. Bagus untuk street photography. Jualan-jualan murah harga tempatan buat kami terleka sedikit menelik barang seperti glove, down, jaket, snow hat dll.

Tiba di Jabatan Pelancongan Nepal, Kementerian Kebudayaan Pelancongan dan Penerbangan Awam Nepal kami terus buat permit. Sebenarnya perlu buat permit dan Individual Trekker Card. Kedua-duanya ada kos. Kos semasa sila rujuk di laman rasmi jabatan berkenaaan. Dua benda ni perlukan foto saiz passport. Tiba-tiba kalut seorang dari kami kabar tak cukup foto passport. Hah sudah takkan nak menapak balik ke Thamel dan datang semula. Tanya punya tanya, dalam pejabat jabatan ada  bantuan buat foto dan cetak gambar. Apa lagi, terus ambil peluang ni. Kos PERCUMA, gunting foto sendiri. Kami yang masing-masing ada kos buat gambar hanya mampu tersenyum dengan penjimatan baget kawan ni. Rezeki dalam kekalutan.



Dah cukup foto, perlu isi borang sendiri. Aiik! dalam senarai trek TIADA TREK ABC yang selalu orang sebut. Banyak trek yang ada antaranya Poon Hill Trek, Ghoreopani Ghandruk Circuit Trek, Round Annapurna Trek, Annapurna Circuit Trek, Ghandruk Circuit Trek dan lain-lain lagi yang kami pasti bukan trek yang kami hendak pergi. Jadi kami pun pilih trek yang agak-agak rare Annapurna Santuary Trek.

Inilah alkisah bikin permit. Nak backpacker, kena masing-masing usaha buat permit.

Posting sebelum ni ::
ABC: Prolog



apip embi