|
Bangsal batu di Annapurna Santuary Trek semasa winter |
Asalnya kami tak tahu pun Kaum Gurung adalah kaum yang menetap di kawasan sekitar Banjaran Annapurna. Kembara kami bukan sekadar untuk sampai ke ABC, tapi untuk menghayati dan melihat budaya dan alam sekitarnya (nature & culture trip).
Kaum Gurung merupakan satu dari 37 kaum di Nepal. Tiga penempatan besar Kaum Gurung ni adalah gi Ghandruk, Landruk dan Chomrong. Bikas pemandu jip kami dari Nayapul ke Syuli Bazaar mula memperkenalkan kami dengan lagu top Gurung. Sejam setengah dalam jip, sudah 5 kali lagu yang sama diputarkan.
Bermula dari Nayapul, satu bandar kecil yang berdebu tanpa jalan berturap, kami kembara dengan jip hingga ke point terakhir dibenarkan Syuli Bazaar. Laluan seterusnya ditutup dan dijaga polis atas sebab jalan sedang dibaiki. Kami mula rasa nyaman bila mula treking melalui laluan/trail kampung yang disusun batu-batu granit.
|
Trail yang disusun batu serta tengok susunan batu pada rumah tu |
Treking kami sebahagian lalu diatas batu yang disusun samada bertangga, mahupun mendatar. Setiap penempatan pula mempunyai laman yang disusun rapi batu-batu granit. Tambah pula tiada sampah, dedaun kering yang menyemakkan halaman. Ada pula yang menghias laman dengan pokok-pokok bunga lagilah cantik.
|
Laman guesthouse yang indah |
Proses pecah bongkah batu menjadi keping-keping batu ini. Kami dapat lihat. Guna tulang empat kerat, secara manual. Bongkah batu besar diketuk jadi kepingan atau bongkah yang lebih kecil. Air turut digunakan untuk menyejuk titik ketukan supaya tidak terlalu panas dan memercikkan api.
|
Teknik memecahkan bongkah batu kepada kepingan batu |
Bagi mendapatkan batu-batu kecil pula, ada proses mengecilkan batu. Juga secara manual hanya dengan blok besi dan tukul. Yang ni tak berani kami datang dekat, takut terpelanting batu kecil kena kamera/handphone kami.
|
Teknik mejadikan batu-batu kecil untuk asas konkrit |
Rumah-rumah dibina berdidingkan batu. Dinding dalam yang menjadi pemisah antara ruang/bilik baru diguna papan lapis. Bumbung rumah pun dari kepingan batu yang lebih nipis. Disusun indah. Sesuai juga untuk menampung berat salji.
|
Bumbung rumah/guesthouse dari kepingan batu |
|
Lagi bumbung rumah/guesthouse semasa salji (yang ni masih nipis) |
Posting sebelum ni ::
ABC: Prolog
-apip embi-
|
Tangga ala-ala Batu Caves tingginya. |
0 comments:
Post a Comment