"JOM ke ABC Pip"
ABC dah biasa dengar. Dah biasa tengok foto kawan-kawan. Treking ke ABC (Annapurna Base Camp) bukan suatu yang asing bagi kaki hiking Malaysia. Cerita treking ke ABC dah agak lumrah walau masih ramai yang belum jejak kaki ke sana termasuklah Apip sendiri. Banyak sangat tengok foto-foto kawan-kawan ke ABC, foto personaliti buat Apip kurang rasa nak ke ABC. Lagi-lagi setelah betapa 2 bulan di EBC pada 2013.
Tak OK ke foto & cerita ABC kawan-kawan. Emmmm maaf kata, Apip tak nampak 'Wow factor' untuk Apip keluar belanja ke sana. Belum jumpa foto menarik baik yang dimuat naik kawan-kawan mahupun yang di web travel operator Nepal. Ini semua apa yang Apip rasa sebelum trip. Walau pun begitu, Apip masih terus ikuti foto-foto sesiapa saja yand dalam linkungan sosmed Apip. Tak lupa ucap tahniah buat yang ada foto di papantanda ABC tak kira sampai dalam mengah atau bergaya.
Dah biasa-biasa, kenapa pergi juga trip ABC dan apa nak dikongsi ni! Hah, Ini BUKAN BIASA-BIASA punya foto, ini LAIN DARI BIASA punya cerita. Nak guna istilah LUARBIASA macam terlebih hebatlah pula. Istilah yang biasa didendangkan, biar RARE punya trip. Iyalah, pipTRIP mesti rarecaption, rarecreation.
Bila teringat semula, idola pengembara yang hebat, Ibnu Batutah bukan sahaja mengembara tapi ada catatannya. Storytelling Ibnu Batutah bukan biasa-biasa dan menjadi rujukan ahli sejarah. Ada sesuatu yang Apip nak kongsikan dari trip ABC Winter ni seperti pengalaman, perasaan, cabaran dan suasana persekitaran untuk pedoman mahupun pengetahuan pembaca.
Travelog Bertapa di EBC Apip boleh baca di
Apip + Eryn berlatarbelakangkan ABC semasa winter |
Apip Embi
Terbaik bang apip
ReplyDelete