Foto untuk teman-teman

Annapurna Winter Santuary Trek.

Fotobook

Foto mendaki gunung tertinggi di Australia

Apip - Eryn

Saat-saat honeymoon di Annapurna Region.

ABC Winter

Foto shoot di Annapurna Base Camp on Winter.

ABC Winter

PIP in Person, Avid Hiker.

Tuesday 26 December 2017

Bukit Mokcun View Terbaik Jelapang Padi Kedah

Bukit Mokcun


Bukit Mokcun aka Bukit Kodiang (sebutan tempatan Kokdiang) ini berada di mukim Kodiang, Nama asalnya Bukit Hantu yang suatu masa lalu sepi dari pendaki kini ghamai pula mai keghabat. Bukit  Mokcun menjanjikan satu panorama Jelapang padi Negeri Kedah. Semenjak drama bersiri Mokcun, seorang usahawan wanita di Kodiang popular dikalangan penonton tv. Bukit ini dapat pula jolokan Bukit Mokcun. Ingat Kodiang ingat Mokcun.

Berkunjung ke Kedah negeri Jelapang Padi andai tiada foto dengan sawah padi umpama tak sah. Berfoto dari sudut atas bawa sedikit kelainan dan istimewa berbanding foto ditengah sawah.

Tinggi ka bukit ni? 
Semua orang boleh mendaki ka?
Payah ka?
Tinggi tak la tara mana bak kata oghang sini. 30 minit mendaki bagi insan yang fit. 10 minit laluan denai hutan dengan cerun yang curam 75 darjah. Tak fit boleh buat mendongak aja. Baki pendakian kena panjat batu 90 darjah. Panjat batu ni bagus guna peralatan mendaki. Boleh berhubung dengan operator setempat. Tali, helmet & harness serta khidmat crew ada disediakan.
Naik pagi tengahari dah boleh ada dibawah semula.

Bukit Mokcun
Boleh ka mendaki tanpa peralatan mendaki. Boleh juga tapi buat yang mahir dan hati kental. Amat tidak digalakkan.

Masa bila boleh dapat view cantik
Cantik ni subjek sikit.
Yang suka hijau waktu ni (pertengahan Dis 2017 padi belum menguning). Tak lama lagi menguning, lepas tu orang dah mula mengerat/menuai, hah waktu ni akan ada 2 versi satu padi menguning satu petak2 yang dah dikerat.
Bila tengah membajak, nampak warna tanah dan selut. Pilih la waktu yang anda suka. Nak tau musim apa kena rajin berhubung dengan orang tempatan.

Banyak ka view point? Naik separuh ada view tak.
Nak nampak menarik kenalah mendaki (orang tempatan sebut keghabat) sampai atas puncak / pinacle. Ada juga view point yang ditengah-tengah tapi tak berapa popular dan menyimpang sedikit dari trek.

Tak jumpa pun 'Bukit Mokcun' dalam google map.
Bukit Kodiang pun tak da. Hah guna Bukit Hantu. pasti anda dapat petunjuk arah terus ke Kampung Kandis. Jangan lupa maklumkan pendakian dengan orang kampung. Anda akan dilayan dengan baik. Dapat parking dilaman rumah. Ni koordinat parking 6.382457, 100.315126.


Bukit Kodiang / Bukit Mokcun

Selamat mendaki

-apip embi-
Disember 2017

Friday 24 November 2017

Rakyat Malaysia Pertama - Explorers Grand Slam

Explorers Grand Slam!
Apa tu? Penjelajah yang berjaya menjejak 7 puncak tertinggi 7 benua dunia dan menjejak titik kosong Kutub Utara serta Kutub Selatan. 
Bacaan lanjut tentang Grand Slam di wikipedia Grand Slam

Apip & Qobin
Qobin (MUHAMMAD MUQHARABBIN MOKHTARRUDIN) mewakili 3.2 Juta rakyat Malaysia akan menyahut cabaran akhir Explores Grand Slam dengan ekspedisi ke Kutub Selatan yang dirancang 19 Disember 2017 sehingga 26 Disember 2017.

Majlis pelancaran Ekspedisi KE7B (Kelab Eksplorasi 7 Benua Malaysia) Penjelajah Grand Slam Malaysia 2017 - Kutub Selatan telah berlansung di Jabatan Perdana Menteri pada Jumaat, 24 November 2017. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi menyempurnakan majlis pelancaran ini.

Pelancaran
Apa yang menariknya.
Qobin bakal menjadi Rakyat Malaysia Pertama, Orang Asia Tenggara Kedua dan Orang Islam Ketiga dan Termuda di dunia serta antara 70 manusia serta penjelajah terawal menamatkan misi yang diiktiraf dan dinamakan oleh badan eksplorasi sebagai Explorer Grand Slam.

Ada yang lagi yang menarik. TPM turut mengepalai doa agar kejayaan dan kesejahteraan ekspedisi ini.

Imbas kembali Rekod Qobin, mendaki 7 puncak dunia, 
Gunung Everest, 
Gunung Kilimanjaro, 
Gunung Aconcagua, 
Gunung McKinley, 
Gunung Vinson Massif, 
Gunung Elbrus 
Gunung Carsten Pyramid, Benua Autralasia.
Jelajah Kutub Utara pula dilaksanakan pada April 2017

Qobin & KE7B khususnya mengharapkan "seluruh rakyat Malaysia mendoakan kejayaan misi penjelajahan Qobin ini, sekaligus meletakkan nama seorang lagi Anak Malaysia di persada dunia selaku Penjelajah Grand Slam dan mengharumkan nama negara diperingkat antarabangsa, sebaris dengan pencapaian sebahagian kecil daripada ratusan juta penduduk dunia ini."

Pihak KE7B turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada Kementerian Wilayah Persekutuan, Yayasan Lee Chong Wei dan barisan penaja-penaja lain yang tampil membantu dan menyokong ekspedisi untuk negara ini.

Semoga kita warga rekreasi, warga gunung, kaki jelajah dan kaki kembara mendapat inspirasi dan turut berbangga dengan usaha kearah merealisasikan Grand Slam ini.

Sidang Media

Blogger GerbangGunung
 -apip embi-



Tuesday 10 October 2017

Nazak Semasa Mendaki

Nazak Semasa Mendaki buat sang Kasut. Alkisah nazaknya nyawa kasut semasa dalam ekspedisi mendaki gunung. Hal yang amat tak diimpikan bagi seorang pendaki. Ada yang pernah merasa begini. Malu nak kongsi insiden begini.

Sedikit pengalaman apip apabila tiba-tiba kasut nazak semasa ekspedisi dan baki ekspedisi masih banyak/panjang masa lagi. Sadis bukan bunyinya. Lagi sadis, itulah harapan selain selipar jepun untuk kegunaan waktu bermalam di kabin.

Kisah kasut ni bermula di posting ni Review X-Tracks . Baru-baru ini apip pakai lagi kasut ni semasa Trip ke Jade Mountain Taiwan. Kasut disarung mula dari keluar rumah - airport - sepanjang travel hingga ke Yushan National Park pada hari kedua. Mula ke Stesen Polis untuk lapor pendakian kemudian ke Renjer Station untuk bayaran permit dan ambil permit. Kejadian sadis ni bermula dari langkah pergi dari Renjer Station. Kasut tiba-tiba tapak terngaga dibahagian depan hingga tengah kasut. Dua-dua kasut serentak. Dan-dan ambil tali ikat tapak kasut.

8 KM treking dengan tapak kasut berikat tali. (Nasib baik masa berfoto tak nampak jelas) Segak aja. Menariknya dalam kumpulan kami, ada yang mahir menukang kasut (cobler). Ini untung trip dengan geng pro. Masing-masing ada kemahiran tersendiri dan sedia membantu. Bawa apa yang perlu tanpa diberitahu. Alhamdulillah. Malam nanti kasut akan dijahit. Langkah disusun rapi menanti malam, cewah.

Malam bermulalah aktiviti menjahit kasut di kabin. Rupanya bukan mudah menjahid kasut. Lagi-lagi kasut gore-tek. Banyak tali jahit putus bila menerobos fabrik gore-tek. Lidah kasut gore-tek yang tak terjelir juga mengekang kerja tangan ini. Akhirnya terpaksa jahit betul-betul bahagian paling hadapan kasut sebagai syarat. Asal boleh jalan esok pagi.

Sahabat (nama dirahsiakan) yang mahir menjahit kasut

Esok pagi lega sedikit waktu mula berjalan. Ada 2.2 KM lagi nak ke puncak. separuh perjalanan. bahagian belakang kasut pula lekang. 2 belah kasut. Kali ini ikat tali dibahagian belakang tumit kasut pula. Cabaran & dugaan. Teringat pendaki Everest Mbro juga alami kasut koyak (Submit Boot) masa acclamatize di kem2. Kena tabah baru berjaya.

Alhamdulillah, sampai juga ke puncak dengan kasut begini tanpa banyak halangan. Turun dari puncak Utama, ada puncak Utara pula, 2 KM juga atau 4 KM pergi balik. dan tambah 3KM lagi ke Kabin Yuangfong dan 10 KM untuk keluar ke Trailhead. Percaya tak percaya, semua ini dapat dilepasi dengan izin Illahi.

Ramai pendaki lain yang berselisih, menegur hal kasut ini. Tak kurang juga yang bagi nasihat supaya lebih berhati-hati. Sampai di van, kasut ditinggalkan dan telah pesan untuk dibuang. Ahkhirnya beginilah riwayat kasut mendaki, dimegah semasa sihat, dibuang dan diganti semasa tamat riwayat.


#terimakasihsahabat

Thursday 20 July 2017

Mental Fitness dalam pendakian

"Fitness OK tak?" soalan ini buat pendaki selalu hanya pada Physical Fitness. Mental Fitness ni macamana. Kecergasan Mental ke? Boleh menjawab soalan matematik semasa sedang mendaki cerun yang pacak? Boleh menyanyi sambil trekking? Boleh waras sepanjang ekspedisi?

Mental Fitness - Foto Sarcastic
Hah. Mental Fitness ni boleh didefinisikan dalam konteks pendakian sebagai memiliki pemikiran yang positif, tidak mudah mengalah, berfikiran yang membawa ke arah positif bagi sesuatu pendakian atau ekspedisi selari dengan misi pendakian/ekspedisi.

Kata lainnya, mental fitness ni, mental tak berkecai masa kepayahan mendaki, lampu ultramen tak padam.

:: Keperluan
Ikut definisi ianya menjadi keperluan bagi menjayakan misi ekspedisi dan keselamatan keseluruhan pasukan sepanjang ekspedisi. Keperluan mental fitness ni makin tinggi atau makin diperlukan bila mana sesuatu ekspedisi tu makin panjang bilangan harinya, makin mencabar rentisnya, makin dipendekkan masanya 'compress'. Juga bila ekspedisi endurance ditukar menjadi suatu ekspedisi ultra running.

Keperluan juga tinggi pada mereka ini dalam ekspedisi, pertama sekali ketua ekspedisi, seterusnya sweaper dan malim. Chef ekspedisi juga tak terlepas dari perlu ada mental fitness. Begitu juga dengan krew ekspedisi. Bagus bila semua ahli dalam ekspedisi ada mental fitness yang tinggi.

Keperluan ini adakalanya mendapat toleransi dari panel pemilihan ahli ekspedisi, ketua program, ketua ekspedisi dan malim. Mereka yang bertanggungjawab membawa/membenarkan seseorang yang dikenalpasti mental fitness rendah atau tidak dikenalpasti mental fitness bagi menyertai sesuatu ekpedisi biasanya akan mengambil beberapa langkah kawalan seperti mengimbangkan bilangan ahli yang mental fitness lemah. Meletakkan beberapa sweaper yang mental fitness tinggi (telah dikenalpasti dan ada rekod). Adakalanya merubah masa dan hari trip.

:: Adakah mental fitness kita teruk? #MohonTerasa hahaha
>ciri2 mental fitness lemah :-
-sering berkata saya lemah tak macam yang lain.

-trekking agak longlai, berhenti setiap 5 atau 10 minit dan berhenti kira-kira 5-15 minit. Lagi parah hampir sepangjang perjalanan begini.

-mohon jalan dahulu, tinggalkan pasukan atas alasan saya lambat, nanti pasukan boleh kejar termasuk malim.

-kerap berhanti trekking lama atau jalan lambat, sogok pula dengan kata-kata tak lari gunung tu, buat apa laju-laju dengan sedar memanjangkan masa ekspedisi keseluruhannya. Sogok dengan makanan enak juga buat sweaper/trekking buddy kan.

-tak sabar bila pasukan termasuk malim trekking dalam rentak (pace) yang lebih perlahan dari dia

-naik angin bila lambat atau ada ahli pasukan yang lambat (ni bagi bukan ketua/krew)

-lari dari tanggungjawab misalnya memasak bila penat, ada pula menambah alasan, nasi tak boleh masak sebab terung hilang, lobak hilang; alasan tak cukup waras bagi mereka yang mental fitness tinggi. Kenapa terima tangggungjawab jadi chef.

-ahli tidak upaya mengikut rentak kumpulan atau tersasar jauh dari rentak kumpulan dan aturan kumpulan, samaada disebabkan physical fitness atau pun hal lain seperti terlebih menghayati alam, terlebih berfoto, buat aktiviti tambahan samaada memasak, cari hasil hutan mahupun cari ikan.

-lari tinggalkan ahli yang lemah atau lambat, ini bagi krew sweaper.

-lari tinggalkan pasukan atau laju kehadapan bagi malim. Ada juga malim yang mental fitness lemah.

-hilang disiplin diri dan semangat, bila berlaku pada malim amat teruk implikasi pada misi ekspedisi.

-hilang pertimbangan waras, implikasi teruk pada ketua ekspedisi.

.:adakah ini ada pada kita?


:: Tanggungjawab mengenal mental fitness ahli ekspedisi ini perlu sebelum dan semasa ekspedisi dan sepanjang ekspedisi.
SIAPA?
Ketua Program orang yang paling wajar menentukan barisan ahli ekspedisi sebelum program. Andai ketua program masih mentah, Malim perlu meletakkan syarat. Adakalanya syarat ini diketatkan oleh malim yang arif dengan jadual ketua program dan barisan krew dari ketua program. Ketua program tak perlu takut untuk buat tapisan-CANTAS jika perlu mereka yang dikhuatiri mampu menjejaskan misi ekspedisi. Ketua Ekspedisi pula perlu buat kawalan dari masa ke semasa sepanjang pemantauan dalam ekspedisi, mungkin boleh menukar posisi sweaper dengan giliran krew (kalau ramai krew mampu jadi sweaper).

Keceriaan berkait rapat dengan mental fitness
:: Petua meningkat mental fitness
Mental fitness berkait rapat dengan physikal fitness namun tak semestinya orang yang mempunyai physical fitness mantap ada mental fitness yang tinggi. Ini boleh berlaku pada malim atau kategori runner. Mental fitness yang tinggi juga boleh ada pada mereka yang agak lemah dan perlahan jalannya. Jangan tak percaya.

Jadi macammana nak tingkatkan mental fitness ya? AZAM pada diri kena kuat dan kekal kuat. Sentiasa optimis saya boleh bukan sebaliknya. Sentiasa ingat perkara yang wajar dielakkan dan cuba sedaya upaya elakkan seperti kerap berhenti, berhenti trekking terlalu lama sampai jenuh sweaper mengajak. Bagi yang mental pecah tak boleh trekking ikut malim atau rentak kumpulan, nak laju sahaja pula kena sentiasa beringat aturan dan kesan jika hilang atau tersasar. Begitu juga mereka yang nak bersendirian.

Mental Fitness membantu keupayaan dalam ekspedisi
:: Nak latihan mental fitness, sentiasa tanam azam yang kuat sebelum ekspedisi. sentiasa set untuk jayakan ekspedisi mengikut program atau ketua ekspedisi, bukan siang-siang dah set andai tak berjaya kali ini bikin trip lain kali, lainlah bila ketua ekspedisi/malim tukar misi atas sebab keselamatan dan sebagainya.

Mula buat latihan endurance. Latihan ni akan buat kita jemu dan atasi jemu itu. Slow jog bukan speed jog. Marathon berjaya tamatkan dalam tempoh ditetapkan dan elakkan masuk kategori speed marathon. Ini antara panduan asas mental fitness. Latihan lain adalah melalui pengalaman, jadikan setiap ekspedisi untuk meningkatkan mental fitness bukan sekadar menambahkan koleksi pendakian.

.: Jangan pandang enteng hal  dan persiapan mental fitness semasa mendaki. Selamat meningkatkan mental fitness, semoga ceria dan menceriakan trip dan sepanjang trekking.

-apip embi-

Tuesday 20 June 2017

Pendakian Cinta - Jabal Rahmah



Jabal Rahmah di Arafah, Mekah agak sinonim dengan aktiviti cinta, pertemuan serta cari jodoh. Dikatakan tempat pertemuan Nabi Adam & Hawa. Satu monumen cinta didirikan ditengah-tengah bukit ini. Bukit ni bukan destinasi rare buat mereka yang mengerjakan umrah mahupun haji.



Bulan Ramadhan dan suhu panas disiang hari sekitar 39 darjah celcius tak menghalang ramai pengunjung. Niat teruskan cinta dan mendaki sebab nak tengok puncak Jabal Rahmah. tak sampai 15 minit dah tiba dipuncak berketinggian lebih kurang 70 meter dan kira-kira 160 anak tangga.

# Notis tidak melakukan ritual bidaah di tampal pada monumen ini. Risalah juga diedarkan di kaki bukit/ informasi center dalam bahasa Indonesia & Malaysia. Bidaah seperti doa pada batu, tulis nama untuk dapat jodoh, letak gambar untuk bertemu, solat atas bukit antara yang ditegah dan tidak ikut syariat.

Apa nak buat, berfoto ajalah sama seperti mendaki ke bukit atau gunung-gunung yang biasa kami buat. Tiada yang istimewa untuk dibuat hingga boleh bawa ke terpesong ibadah.

Enjoy walau foto tak beriya sesangat.











apip 💕 eryn

Thursday 11 May 2017

Bertapa di Everest

Travelog Everest Felda 2013 edisi Fotobook


Satu kompilasi semula catatan di koleksi posting Travelog Everest Felda 2013 di gerbangGunung sebelum ini. Kali ini di jadikan dalam bentuk fotobook peribadi untuk menjamu pengunjung di rumah.

Text dicantas sebanyak yang mungkin dan diselit beberapa lagi foto.


















































































edisi blog asal travelog-everest-felda-2013