Foto untuk teman-teman

Annapurna Winter Santuary Trek.

Fotobook

Foto mendaki gunung tertinggi di Australia

Apip - Eryn

Saat-saat honeymoon di Annapurna Region.

ABC Winter

Foto shoot di Annapurna Base Camp on Winter.

ABC Winter

PIP in Person, Avid Hiker.

Wednesday 22 July 2015

Bila Orang Gunung Tak mendaki Gunung: Taman Negara Bako

Bila Orang Gunung Tak mendaki Gunung 01: Taman Negara Bako (Bako National Park).

Bila orang gunung tak mendaki gunung, jadilah aktiviti-aktiviti outdoor yang lebih santai atau kurang lasak, less adventure. Bukan tak adventure ya.

Taman Negara Bako yang terkenal dengan ikon tunggul batuan di laut yang menarik, disebut Sea Stack. Hatta berbondong-bondonglah kami sekeluarga ke Taman Negara Bako dek kerana ingin melihat tunggul batu tersebut.



Perjalanan dari Kuching dengan kereta dapat setakat di Jeti Gateway Taman Negara Bako sahaja. Satu-satu cara ke Taman Negara Bako melalui jalan air. Jalan darat tidak dibangunkan hingga ke Taman Negara Bako walau taman negara ini berada di sebahagian tanah besar.

Kos bot dari Jeti Gateway ke Taman Negara Bako, RM15 dewasa, RM10 kanak-kanak (sehala). Ni cuma kos ke HQ Taman Negara Bako. Nak tengok Sea Stack atau bersiar-siar di pantai-pantai lain Taman Negara Bako perlu bot yang lain dengan kos yang lain mengikut perjalanan per kepala. Sebelum tu kos masuk Taman Negara Bako, RM10. kanak-kanak RM3. * ini semua kos bagi rakyat Malaysia.

Dari Jeti Gateway di muara sungai, kita melintasi jeti perikanan, boleh nampak proses mendaratkan umai-umai (obor-obor). Ada masa berselisih dengan bot kecil yang sarat membawa muatan umai-umai.

Bot bawa umai-umai
Bila bot mula masuk ke Laut China Selatan sebelum sampai ke HQ, di sebelah Barat Laut jelas tersergam Gunung Santubong. Gunung Sejinjang pun boleh kelihatan.

Pantai di HQ Taman Negara Bako - latarbelakang Gunung Santubong & Gunung Sejinjang (kiri sekali)
Aktiviti berjalan sekitar Taman Negara Bako agak menarik, pelantar disediakan di kawasan berpaya. Ada waktu-waktu tertentu hidupan hutan seperti monyet hidung panjang akan keluar ke kawasan paya.

Lawatan ke Sea Stack jadi acara wajib. Bukan sahaja Sea Stack yang unik di sini, semua batu di Taman Negara ini unik dan haisan air yang membuat lebih unik. Antara point lawatan kami selain Sea Stack, batu Kepala Orang, Smiling Rock (Optimus Prime Stone), Batu Kodok, Batu Helang, Batu Gajah. Ada batuan-batuan yang tak dinama tapi tetap menarik untuk dilihat. subhanallah.

Eagle Rock
Head Rock

Elephant Rock
Smiling Rock / Optimus Prime Rock

Bot kami keliling Sea Stack, boleh bergambar dari semua sudut,  tapi yang menarik dan dikenali ramai hanya berfoto dari satu sudut sahaja yang nampak batu tu seperti huruf 'C' atau angka '7'. Cuba layan foto-foto ni. Sebenarnya banyak lagi foto.

Sea Stack dari sudut lain
Sea Stack seperti foto pelancongan
Sea Stack - kenal lagi kan
Pantai pula agak terpencil dan lebih damai seperti Pantai Pandan Kecil, Pantai Pandan Besar. Pantai Batu Merah lebih jauh dan sesuai utk yang lebih banyak masa & RM. Bersiar-siar di persisir laut Taman Negara Bako dengan bot satu aktiviti yang menarik. Anak-anak pun suka.



Kami sekeluarga - satu bot
#kalau kena gayanya pelancong boleh pulang terus ke Jeti Gateway dengan bot yang bawa anda bersiar. Kos keseluruhan boleh dirunding. Staf di Taman Negara Bako prihatin & baik bicara.

#terima kasih juga buat Abg Bujang, botman kami.

-apip embi-


Friday 10 July 2015

Mendaki Mendekatkan diri dengan Illahi

'Kami mendaki gunung sebab nak hayati ciptaan tuhan'. Ini objektif yang sering dilontarkan untuk mengaitkan aktiviti dunia mendaki dengan ibadah. Kata-kata berikut menguatkan lagi.
'Syukur dah sampai puncak gunung'
'Subhanallah, indahnya panorama di atas puncak'

Terkesan dengan Kompilasi cerpen DIAgnosis2, penulisan dari pengamal perubatan. Kerja & kehidupan mereka dikaitkan dan disandarkan pada Yang Esa. Penuh dengan inspirasi & pengajaran yang membawa kita dekat denganNYA.

Petikan dari A.M.S
Satu Cerpen A.M.S tulisan Dr Mafeitz yang berkisar tentang Sakit Akut Gunung (Acut Mountain Sickness). Ini lah satu yang berkait dengan gunung. Bila diikutkan ramai pendaki gunung (Muslim) yang sebut 'Kami mendaki gunung sebab nak hayati ciptaan tuhan'. mungkin satu kompilasi cerpen dari pendaki gunung juga mampu diujudkan sebagai satu lagi cabang ibadah.

"Allahumma yassir wala tu'assir. Rabbi tammim bilkhoir. Birohmatikaya Arhamarrohimin."



.