Foto untuk teman-teman

Annapurna Winter Santuary Trek.

Fotobook

Foto mendaki gunung tertinggi di Australia

Apip - Eryn

Saat-saat honeymoon di Annapurna Region.

ABC Winter

Foto shoot di Annapurna Base Camp on Winter.

ABC Winter

PIP in Person, Avid Hiker.

Wednesday 21 November 2018

7 Gunung rare di Perak yang boleh didaki pada hujung minggu

7 Gunung 'rare' di Perak yang boleh didaki pada hujung minggu dengan sedikit cabaran menempuh hutan hujan Khatulistiwa.


SATU - G. Peninjau (1058m)
Gunung yang berdiri teguh yang menjadi pemandangan utama dari Lebuhraya PLUS di Jelapang. Pernah popular suatu ketika dahulu. Kini agak sepi dari pendakian. Permulaan pendakian boleh dibuat melalui Kawasan Rekreasi Hutan Ulu Chepor, Perak. Perkara rare, berut gunung ini bukan dari zink lurus sebaliknya dari beralun seperti zink rumah.

Berut Peninjau - Foto Hasbullah masa trip LMAG
DUA - G. Titi Wangsa (1726m)
Gunung di Banjaran Bintang tapi dinamakan Titi Wangsa. Satu hari suku perjalanan ke puncak dari perkampungan Orang Asli berdekatan Kawasan Kemajuan Tanah Hulu Lawin Selatan, Hulu Perak. Puncak gunung agak redup dan berdekatan kawasan berlumut. Bagi merialisasikan trip 2 hari, pendaki boleh bermalam di puncak sebelum puncak G. Titi Wangsa. Keesokannya ke puncak Titi Wangsa kira-kira 1 jam 30 minit secara daypack dan pulang semula ke kemsite seterusnya tamat ditempat yang sama sewaktu mula. Menariknya Sg Lawin tidak jauh dari perkampungan Orang Asli, sungainya lebar serta berjeram, agak menarik untuk bermandi selepas tamat ekspedisi.

Pemandangan dari puncak G. Titi Wangsa
TIGA - G. Biong (1218m)
Puncak dengan berut yang masih lengkap dan rebah sedikit ke tanah. Hutan sekunder ini boleh didaki dihujung minggu dari arah Sauk, Kuala Kangsar. Ada juga yang mendaki dari arah Taiping. Rotan dalam resam adalah sinonim dengan gunung ini walau hanya dibahagian tertentu sahaja dan kurang dari seperempat rentis.



EMPAT - G. Kinjang (1455m)
Gunung yang menjadi puncak 2 buah air terjun utama negeri Perak biasa didaki dari arah Lata Kinjang, Cenderiang. Kawasan hutan yang terpelihara dari pembalakan, permatang yang bersih dan masih rawan. View Kampar antara yang menarik andai bermalam di puncak. Kemsite di pertengahan rentis membolehkan pendaki hanya daypack pada sebahagian lagi rentis ke puncak.



LIMA - G. Chondong (1465m)
Gunung Chondong sebahagian dari gunung di Banjaran Titiwangsa. Berada di dalam Rizab Hutan Simpan Gunung Korbu. Lebih kurang 14KM dari puncak G. Korbu arah Barat Laut. Kemsite di atas Banjaran Titiwangsa serta sungai yang jernih di awal pendakian antara yang menarik di gunung ini.

ENAM - G. Sayung (794m)
Gunung yang menjadi latar Mukim Sayung, Kuala Kangsar. Puncak ini ditanda dengan Berut. Aktiviti pembalakan diseluruh gunung ini hanya meninggalkan beberapa batang besi berut di puncaknya. Sediikit cabaran resam selain cabaran trek balak yang terbuka perlu di tempuh untuk sampai ke puncak. Pemandangan Bandar Kuala Kangsar serta Gunung Bubu (Ulu Kenas) amat menarik samada semasa matahari terbenam mahupun semasa waktu cerah.



TUJUH - Meru (749m)
Nama Meru, Ipoh satu nama yang biasa bagi rakyak Perak, lebih popular dengan Taman Animasi MAPS selain Terminal Bas Ipoh (baru) yang terletak di Meru. G. Meru yang ditebuk menjadi terowong Menora masih kukuh di Banjaran Keledang Sayung.

Inilah 7 gunung 'rare' dalam Negeri Perak yang boleh didaki dihujung minggu dengan cabaran hutan. Mungkin akan datang bila rentis dah jadi lebuhraya boleh pula buat daypack 5 - 12 jam. bagi tahun 2019 nanti pendaki boleh mula merancang gunung-gunung ini dalam kelendar pendakian di Negeri Perak.

Info-info diatas dari pengalaman apip sendiri. Ada foto-foto koleksi yang tidak ditemui lagi. Boleh berhubung dengan apip jika berminat.

-apip embi-

Monday 5 November 2018

The Great Trans Titiwangsa Range

Menghubung Gunung-gunung di Banjaran Titiwangsa

Banjaran Titiwangsa yang merupakan banjaran terpanjang di Semenanjung Malaysia dan terdapat banyak gunung-gunung dan puncak-puncak yang melebihi 1000m dpl.

Musim menghubung semula gunung-gunung atau lebih popular dengan istilan trans (traves/rentas) kini agak lumrah. Idea ni agak ektreme untuk dilaksanakan. Tak semua pendaki tegar mampu, sedia dan berminat. Mampu dari segi masa yang lebih dari seminggu. Mampu dari segi fizikal dan mental. Ataupun ada yang mampu tapi tiada hati, tiada minat. Apa pun jom kita tengok gunung-gunung yang boleh dihubungkan dalam satu rentis/trail tanpa melintasi jalan raya/berturap.

Lakaran kasar The Great Trans Titiwangsa Range

1. G. Challi(Pondok) - G. Yong Belar - G. Junction - G. Gayong - G. Korbu - G. Yong Yap - G. Berhid - G. Aler - G. Kuar - G. Belatoh - G. Gerah - G. Bieh - G.Bilah - G. Sepat - G. Ulu Sepat - G. Chamah - G. Shoid - G. Kasal - G. Noring Timur - G. Anak Reng - G. Basor

Ini antara route paling panjang dan ada beberapa gunung lagi yang boleh ditambah, yang terkeluar sedikit (berkilo juga) dari route dan perlu patah semula ke simpang asal. 2 Jalan utama yang mengapit route ni adalah Jalan Simpang Pulai - Gua Musang dan Jalan Gerik - Jeli.


2. Pine Tree Hill - G. Semangkok - G. Liang West - G. Liang East - G. Tumang Batak - G. Chondong Geliting - G. Kabut - G. Lebah - G. Romok - G. Banlak - G. Bongkok - G.Bar Gading - G. Kak - G. Batu Puteh - G. Rayu - G. Ara - G. Berembun(Wrays) - G. Hantu

Route ni diapit Jalan KKB - Fraser Hill - Raub dan Jalan Tapah - Ringlet - Sg. Koyan.

Kedua-dua route ini boleh dinamakan The Great Trans Titiwangsa Range (North) and The Great Trans Titiwangsa Range (South)

Nota: Lakaran kasar di peta diatas bukan lakaran tepat.

#pipTHINK


Thursday 20 September 2018

Massage Gel MMG Review

Pendaki-pendaki mungkin biasa dengan Sport Cream, Heat Muscle Gel, Muscle Rub, Tiger Balm, Minyak Kayu Putih yang dipakai bila nak kekejangan (cramp). MMG Massage Gel apip terima dari seorang pengedar dah agak berbulan. Dah beberapa kali cuba. Ini nak review sikit.



Pertama kali cuba ditangan, bila diperkenalkan oleh rakan pengedar ni. Dah tentulah masa pekena teh tarik. Ada rasa panas, harum dan tak berminyak. OK terus rasa nak bawa uji masa hiking.

Kali pertama bawa ke pendakian Bukit Lentang, Karak. Guna pada betis sebelum mendaki. Dia punya tarik muscle tu tak kalah dengan sport cream atau muscle Rub tapi lebih lembut. Sampai puncak lupa nak ambil foto. hahaha

Seterusnya bawa ke Sarawak, G. Sejinjang, G. Santubong dan G. Serapi. Pun berulang kisah seperti di Bukit Lentang. Guna sebelum sampai puncak, masa di puncak lupa nak ambil foto. Masa di penginapan, ada nyamuk dan gigitan nyamyk bubuh di kaki terus rasa lega. Nyamuk lain pun tak datang hurung dah. Idea.

Baru ni mendaki di G. Kinjang via Batang Padang. Buka kemsite baru biasanya banyak agas. Lega agas tu sedikit sangat. Apa pun waktu malam pakai MMG terus jadi macam insert repellent. Bau dah lah harum berbanding insert repellent.

Nampak gaya MMG jadi dwi fungsi, Muscle Heat Gel & Insert Repellent. Dah lah bekas sebesar tapak tangan / tinggi iphone5. MMG boleh jadi alternatif untuk Sport Cream, Heat Muscle Gel, Muscle Rub, Tiger Balm, Minyak Kayu Putih bagi pendaki.


-apip embi-

Wednesday 1 August 2018

Soft launch - Backpack Malaysia -Orga TT 53D

Soft launch - Orga TT 53 D.

AWAS:: Tulisan ini ada banyak istilah teknikal, spesifikasi dan kimia, Sila guna bantuan wikipedia atau enjin carian untuk pemahaman lanjut.



Satu majlis kecil backpack keluaran Orga Mountainworks, Orga TT 53 D Soft Launch dibuat pada lewat malam 31 Julai 2018, bertempat di butik outdoor, Core Adventure, Kuala Lumpur. Majlis dihadiri penggiat-pengiat rekreasi sekitar seramai 35 orang. Sebelum itu pemilik dan pereka backpack Orga, saudara Radzee mengisi kelas tuesyen Hutan dengan pengisian 'Backpack Construction'.

Kelas yang sarat dengan teknologi backpack, istilah-istilah material, sistem-sistem yang ada, pro & cons, jenama-jenama baik yang dah establish mahupun cottage manufacture. Tanpa prejudis terhadap mana-mana jenama, Anatomi beg serta pembuatannya disampaikan dengan rapi dan mendalam.



Orga TT 53 D, ianya merupakan bag pertama di dunia yang menggunakan SALT-Spherical Align Load Transfer. Pindahan beban yang menyasar bukan sahaja bahu ke pinggang tapi pada paksi x, paksi y dan 22 darjah paksi z dari asas Spherical bearing.




Orga TT 53 D dengan kapasiti 53liter, satu ruang (compartment) direka dengan 2 arah isian, isian atas (top load) dan isian bawah (bottom load). Kedua-dua mulut isian menggunakan teknik gulung (roll) seperti drysack dan dihubungkan dengan tali top - down. Tiada 'top lid' atau kepala beg, memandangkan konsep ringkas, lightweight dan dibina dari meterial sudah kalis air.

Material utama dari fabrik cuben fiber adalah bahan berteknologi tinggi yg menjadi rebutan peminat ultralight di dunia. Fabrik di bahagian bawah pula dari Dimension Polyant Xpac vx42.

Frame juga agak unik dengan single frame, didatangkan dengan beberapa lubang skrew bagi melaraskan mengikut saiz torso, screw dari aluminium dan titanium. Memandangkan pelarasan hanya sekali bagi seseorang, penggunaan skrew bukan sahaja dapat mengurangkan berat bagi sistem sokongan malah laras lebih tetap di tempatnya ulas Sdr Radzee.

Buckle pula diguna dari teknologi dipasaran dan boleh dibuka (attacheable) bagi memudahkan penggantian.

Apip bukan mahir dalam fabrik mahupun backpack system untuk ulas dan bagi komen. Sebagai pengiat rekreasi gunung, penghasilan backpack Orga Homemade in Malacca sesuatu yang mampu dibanggakan. Ada juga backpack keluaran negara Malaysia yang berteknologi.


Orga Mountainworks, maklumat lanjut boleh dicapai di laman http://www.orga.my/ atau FB ORGA Mountainworks

Core Adventure beralamat di No 71, 1, Jalan Melati Utama 4, Taman Melati Utama, 53200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. FB Core Adventure

Tuesday 24 April 2018

7 Gaya berfoto dengan Bendera Malaysia anda patut tahu

Bangga dengan negara sendiri. Bangga dengan Malaysia. Pencapaian diri juga sebahagian dari negara. Bangga bawa nama negara. Bangga dengan foto dengan bendera negara, Jalur Gemilang.

Ada beberapa gaya yang anda perlu tahu. Sebelum tu sedikit informasi berkenaan saiz bendera.
1. Saiz Piawai (standard) - 3 kaki lebar, 6 kaki panjang. Ni saiz rasmi untuk tiang bendera.
2. Saiz bendera rumah (biasa) - 2 kaki lebar, 4 kaki panjang, guna untuk pacak bendera di rumah atau bukan urusan Rasmi.
3. Saiz Besar (disebut Bendera Sedang) - 4 kaki lebar , 8 kaki panjang, bendera ni digunakan untuk tutup keranda sebagai penghormatan negara yang diberi pada si mati
4. Saiz kecil (bendera meja / kereta) - 0.5 kaki lebar, 1 kaki panjang, selain diguna di meja atau kereta juga kibaran bagi para hadirin sesuatu acara.

Gaya pertama
Depa kedua belah tangan dan pegang bendera dibelakang badan, Biar bendera berombak. Sesuai bila ada sedikit angin. Gaya ni juga biasa pada atlet balapan. Kita kan atlet gunung. Boleh guna Bendera saiz besar atau bendera saiz biasa.


Gaya kedua
Guna bendera kecil, angkat tangan tinggi dari bahu. Kibar bagi bendera nampak penuh. Kalau tak nampak bendera penuh nanti orang ingat benda lain dan tak berapa memberansangkan. Walau pun bendera ni kecil, tiang plastik dia kena jaga masa bawa mendaki, kalau patah tengkuk tak cantik dah nak berfoto.


Gaya ketiga
Gaya ni mungkin agak biasa, pegang kedua-dua penjuru atas bendera dan bentangkan didepan anda. Foto diatas dengan saiz bendera standard. boleh guna saiz biasa. Gaya begini sedikit menutup diri sesuai bagi nak cover diri tu dari saiz tertentu, hahaha. Bagi insan saiz xs pula elakkan guna bendera saiz standard. Nanti nampak kasut, bahu dan kepala aja. Gaya begini banyak menutup pemandangan di belakang berbanding gaya pertama.


Gaya keempat 
Gaya sebai dibahu, gaya ala-ala atlet lepas penat. Gaya begini sedikit menutup pakaian tapi tak menutup pemandangan lansung. Bila tak ada angin boleh guna gaya begini. Bagi media pula, gaya begini kurang mendapat pilihan.


Gaya kelima
Gaya dengan tiang bendera, Bendera diikat pada tiang atau seumpamanya, buluh, kayu, treking pole. Bendera dibiarkan berkibar. Andai tiada angin kena bagi sedikit berkibar. Foto akan teruk bila bendera tak berkibar lansung. Ingat ye, di negara orang, Bendera negara asing tidak boleh lebih tinggi dari bendera negara berkenaan. Juga bendera asing tidak boleh lebih besar dari bendera negara berkenaan. Jangan pacak Bendera Malaysia tak tentu pasal di negara orang. Kita bukan menjajah.


Gaya keemam
Gaya ni tak masuk dalam etika berfoto dengan Bendera Malaysia. Gaya selimut sebahagian badan dengan bendera. Tidak kira samada kita kesejukan dan lupa bawa gebar. Usah jadikan amalan dan bermegah pula dengan foto begini.


Foto ketujuh
Bendera Malaysia diselubung sepenuhnya pada diri. Biasanya pada si mati. Mengimpikan mendapat penghormatan negara adalah baik. Apa pun jangan main-main iya.

Selamat beroutdoor, selamat mendaki, Berbanggalah dengan negara, Bergayalah dengan Bendera Malaysia, Jalur Gemilang.

apip embi

#pipTHINK
#pipTIPS

Wednesday 11 April 2018

AMS Training Mask Review

Keberkesanan atau mitos nak Cegah AMS (Acute Mountain Sickness) latihkan diri dengan AMS Training Mask.

Ini lah Training Mask

Training Mask atau topeng latihan yang berfungsi mengurangkan udara (Oksigen) masuk ke hidung dan mulut. Objektif asal dicipta Training Mask ni sebenarnya untuk menguatkan pernafasan.

Latihan cegah AMS adalah latihan pernafasan sama ada dengan berenang atau sebagainya. Training Mask mula digunakan untuk latihan AMS. Benda yang sama di jenamakan sebagai AMS Training Mask, Elevation High ALtitude Mask. Apa pun nama konsep dan penggunaannya sama.

Nak tahu macamana nak guna supaya dapat impak yang besar. Training Mask model-model terkini ada injap boleh laras, Bagi yang baru nak cuba, tutup suku ruang udara sambil buat latihan kecergasan seperti di gimansium atau berjogging. Dari setengah jam dari masa ke semasa tingkatkan jumlah jam. Makin lama tutup injap udara ke maksimum. Ulang semula dari setengah jam ke jumlah jam yang lebih lama. Wokrout di gimansium atau waktu jogging biasa maksimum 2 ke 3 jam. Dah selesai ni. Boleh tingkatkan lagi penggunaan waktu rehat hingga 18 ke 20 jam sehari. Yang begini amat jarang dibuat tapi telah disarankan dalam beberapa forum training mask for AMS.

Teknik yang terakhir ni juga hampir menyamai dengan teknik hidup dalam kelambu udara (AMS tent simulation). Kita bicara dilain posting.

Kos Training Mask di Malaysia antara RM89 - RM400. Jenama yang boleh didapati antaranya Phantom, TrainingMask dan banyak lagi. Guna carian 'Training Mask' di Lazada atau sebagainya, anda akan jumpa.

Di altitude tinggi pun kita kena tutup hidung dan mulut


Selamat berlatih

#pipTips Jangan guna mask ketika buat workout berseorangan, anda mungkin pening dan boleh mendatangkan pitam. Pastikan aeda teman sebarang kecemasan.

:: terima kasih M. Amin yang bagi pinjam / rasmi training mask di gimasium. (malu plak nak tunjuk foto di gimnasium)


Thursday 8 February 2018

Usah biar mereka bersendirian bersih gunung



Gunung penuh sampah-sarap, baik puncak gunung (G.Irau, G. Nuang, G.YongBelar), kemsite berlonggok sampah (Kem Lolo, Kem Kasut, Kem Seroja), pusat rekreasi alam dan hutan lipur juga penuh sampah (Hutan Lipur Teluk Bahang, Air Terjun Berkelah, Air Terjun Sg.Pisang), tempat-tempat ini sekadar contoh dan kalau nak disenaraikan banyak lagi.

Ada sampah, buat program pembersihan gunung, pembersihan tempat rekreasi sampah akan lenyap. SEMENTARA sahaja. Sampai bila hal ini perlu berlaku. Sampah menyebabkan ketidakharmonian alam dan masyarakat. Bukan sahaja alam tak indah dan bersih. Wujud pula suasana tak harmoni dikalangan segelintir manusia. Yang tak pernah mendaki ke puncak G7 mendakwa pendaki G7 yang buang sampah. Yang tak pernah mendaki ke luar negara, mendakwa pendaki yang ke luar negara yang buang sampah, yang rasa dia pendaki mendakwa pendaki pelancong yang buang sampah. Segelintir yang rasa dia hebat, menempelak mereka yang tak bersama dengan kerja amal mereka. Hebat pendakwa tak kemana. 

Usah biarkan mereka yang terlibat dengan kerja-kerja pembersihan gunung, bukit dan alam ini sendirian. Usaha-usaha mereka ini yang kini makin banyak kumpulan membuat kerja-kerja amal ini boleh dikatakan masih bersendirian. Negara Malaysia, Filipina dan Indonesia antara yang masih parah dalam hal sampah di gunung. Negara-negara maju pula lebih terawat dari sampah seperti Australia, Jepun, Korea Selatan, New Zealand. Taman negara di Nepal pula boleh dikatakan terkawal dengan sampah dan najis manusia.

Sukarelawan pembersih sampah di kawasan rekreasi alam - Foto Ihsan Wee
Mempelajari bagaimana negara maju menangani isu sampah di gunung. Tiada tong sampah diletakkan di Gunung Fuji, Jepun termasuk di kawasan letak kenderaan Stesen5. Tiada papan tanda tentang sampah. Tiada sekatan terhadap pelancong gunung yang majoriti melawat dan mendaki ke puncak. Tiada pemeriksaan sampah seperti di Taman Negara Tahan. Isu sampah ditangani dalam sanubari masyarakat. Sistem pendidikan anak-anak telah dititikberaktan tentang sampah. Sistem masyarakat juga telah ditekankan tentang sampah. Siapa yang terlibat dalam hal ini. 

Usah biarkan mereka bersendirian membersih gunung. Mereka mengutip sampah sarap dengan sukarela. Mereka mengingatkan tentang sampah pada kelompok yang dah sedia jadi pendaki. Siapa perlu menyekolahkan rakyat Malaysia. Siapa pembuat dasar pendidikan. Siapa penguasa sistem kemasyarakatan. Usah biarkan kelompok sukarela pembersih gunung ini sendirian. 

Mana perginya pendaki-pendaki dan pecinta-pecinta alam yang lama? Hampir 20 tahun dulu, mereka ini antara sukarela pengutip sampah yang buat secara berkelompok. Hasilnya kini kerja yang sama diganti oleh kelompok yang baru. Mungkin juga 15 tahun lagi kelompok yang baru ini juga tidak lagi berbuat demikian bila isu sampah nampak tidak berkesudahan dan mereka bersendirian rupanya. 

Pendaki-pendaki lama yang masih aktif ada yang beralih cara membersihkan gunung. Yang dah ada platform berceramah giat menyelitkan tentang sampah dalam setiap ceramah. Yang ada kumpulan pendaki sendiri, menerapkan tentang pelaksanaan mendaki tanpa meninggalkan sampah. Yang mempunyai media dengan saluran media. Buatlah mengikut tahap masing-masing tanpa memperlekah mereka yang tidak terlibat dengan aktiviti sukarelawan mengutip sampah semasa anda membuatnya. Usaha-usaha ini sebenarnya masih belum cukup. Mereka masih bersendirian. 

Puncak Gunung Trusmadi tahun 2006 penuh dengan sampah, selepas satu aktikel dan surat aduan disampaikan ke pihak perhutanan sana, kini Trusmadi sudah terawat. Ini antara tindakan awal yang boleh diambil di negara kita dengan menguatkuasakan peraturan sebelum masyarakat sampah dapat dipupuskan.

AYUH memerdekakan negara kita, alam kita dari sampah.
Tangani sampah; tiada sampah di tempat rekreasi dan rehlah kita.