Tuesday 24 April 2018

7 Gaya berfoto dengan Bendera Malaysia anda patut tahu

Bangga dengan negara sendiri. Bangga dengan Malaysia. Pencapaian diri juga sebahagian dari negara. Bangga bawa nama negara. Bangga dengan foto dengan bendera negara, Jalur Gemilang.

Ada beberapa gaya yang anda perlu tahu. Sebelum tu sedikit informasi berkenaan saiz bendera.
1. Saiz Piawai (standard) - 3 kaki lebar, 6 kaki panjang. Ni saiz rasmi untuk tiang bendera.
2. Saiz bendera rumah (biasa) - 2 kaki lebar, 4 kaki panjang, guna untuk pacak bendera di rumah atau bukan urusan Rasmi.
3. Saiz Besar (disebut Bendera Sedang) - 4 kaki lebar , 8 kaki panjang, bendera ni digunakan untuk tutup keranda sebagai penghormatan negara yang diberi pada si mati
4. Saiz kecil (bendera meja / kereta) - 0.5 kaki lebar, 1 kaki panjang, selain diguna di meja atau kereta juga kibaran bagi para hadirin sesuatu acara.

Gaya pertama
Depa kedua belah tangan dan pegang bendera dibelakang badan, Biar bendera berombak. Sesuai bila ada sedikit angin. Gaya ni juga biasa pada atlet balapan. Kita kan atlet gunung. Boleh guna Bendera saiz besar atau bendera saiz biasa.


Gaya kedua
Guna bendera kecil, angkat tangan tinggi dari bahu. Kibar bagi bendera nampak penuh. Kalau tak nampak bendera penuh nanti orang ingat benda lain dan tak berapa memberansangkan. Walau pun bendera ni kecil, tiang plastik dia kena jaga masa bawa mendaki, kalau patah tengkuk tak cantik dah nak berfoto.


Gaya ketiga
Gaya ni mungkin agak biasa, pegang kedua-dua penjuru atas bendera dan bentangkan didepan anda. Foto diatas dengan saiz bendera standard. boleh guna saiz biasa. Gaya begini sedikit menutup diri sesuai bagi nak cover diri tu dari saiz tertentu, hahaha. Bagi insan saiz xs pula elakkan guna bendera saiz standard. Nanti nampak kasut, bahu dan kepala aja. Gaya begini banyak menutup pemandangan di belakang berbanding gaya pertama.


Gaya keempat 
Gaya sebai dibahu, gaya ala-ala atlet lepas penat. Gaya begini sedikit menutup pakaian tapi tak menutup pemandangan lansung. Bila tak ada angin boleh guna gaya begini. Bagi media pula, gaya begini kurang mendapat pilihan.


Gaya kelima
Gaya dengan tiang bendera, Bendera diikat pada tiang atau seumpamanya, buluh, kayu, treking pole. Bendera dibiarkan berkibar. Andai tiada angin kena bagi sedikit berkibar. Foto akan teruk bila bendera tak berkibar lansung. Ingat ye, di negara orang, Bendera negara asing tidak boleh lebih tinggi dari bendera negara berkenaan. Juga bendera asing tidak boleh lebih besar dari bendera negara berkenaan. Jangan pacak Bendera Malaysia tak tentu pasal di negara orang. Kita bukan menjajah.


Gaya keemam
Gaya ni tak masuk dalam etika berfoto dengan Bendera Malaysia. Gaya selimut sebahagian badan dengan bendera. Tidak kira samada kita kesejukan dan lupa bawa gebar. Usah jadikan amalan dan bermegah pula dengan foto begini.


Foto ketujuh
Bendera Malaysia diselubung sepenuhnya pada diri. Biasanya pada si mati. Mengimpikan mendapat penghormatan negara adalah baik. Apa pun jangan main-main iya.

Selamat beroutdoor, selamat mendaki, Berbanggalah dengan negara, Bergayalah dengan Bendera Malaysia, Jalur Gemilang.

apip embi

#pipTHINK
#pipTIPS

1 comment: