Foto untuk teman-teman

Annapurna Winter Santuary Trek.

Fotobook

Foto mendaki gunung tertinggi di Australia

Apip - Eryn

Saat-saat honeymoon di Annapurna Region.

ABC Winter

Foto shoot di Annapurna Base Camp on Winter.

ABC Winter

PIP in Person, Avid Hiker.

Friday 3 February 2017

Pesta Buih Pantai Senok

Pesta Buih Pantai Senok
Pantai Senak (disebut Pantai Senok) terletak di Kampung Pantai Senak, Bachok, Kelantan. Pantai yang dapat jolokan Nami Island Malaysia ini dipenuhi pokok ru yang ditanam berbaris-baris seperti di Nami Island, Korea Selatan yang terkenal dengan drama Winter Sonata.

ala-ala Nami Island
Pantai Senok dan pokok ru dah jadi sinonim. Orang ke sini semua nak berfoto dengan pokok ru. Ini pun objektif utama dan asal kami ke Pantai Senok. Siri Orang Gunung Tak Mendaki Gunung kali ni di Pantai Senak. Alang kepalang kami berada di sekitar Kota Bharu atas beberapa agenda. Agenda melancong di Nami Malaysia diselitkan biar pun di musim hujan (CNY 2017).

Musim hujan yang berpanjangan hingga hujung bulan Januari membatalkan hasrat anak-anak untuk mandi laut di waktu petang walau hari cerah dari pagi. Ke tepian laut kami sasarkan dulu. Ini kehendak anak-anak. Laut berombak tapi tak nampak ganas sangat. Al maklumlah laut lepas.
Mula ke tepian pantai
Mula-mula main di gigi air. Sedikit demi sedikit makin ke paras betis. Fenomena buih yang menghampar di pantai kira-kira 8 meter ke 10 meter dari laut agak menakjubkan kami. Konsep 'enjoy with nature' buat anak-anak tetap riang walau tak dapat mandi laut seperti biasa.

Lain macam buih dia
Buih-buih begini bukan boleh ada dikebanyakan pantai dalam negara yang kami lawati. Leka kami dengan buih yang menenangkan jiwa. Leka anak-anak dan akhirnya berpesta buih, lencun mandi buih.
Anak teruna jadi pengawal pantai 

Bagi yang mengikuti perkembangan Pantai Senok yang dikatakan penuh dengan sampah. Hah, cuma disekitar pokok ru sahaja ya. Di pantai bersih jauh dibandingkan dengan Pantai Kuta, Bali (pantai terakhir Apip lawati sebelum ke sini).

Tak rugi kami ke sini. Cuma tak sempat berjalan ke rumah api yang nampak menarik dan ramai orang berfoto.

Akan Datang: Betul ke Pantai Mek Mas Indah!