Fotobook

Foto mendaki gunung tertinggi di Australia

Wednesday, 26 December 2012

Abotshop

Abotshop.com

Nama abotshop kini kian popular dikalangan warga gunung tempatan. Kunjungan ke kedai Abotshop akan dikongsi bersama. Sebenarnya dah berkali-kali Apip berkunjung ke kedai Abotshop. Sejak awal pembukaan di Kg Sg. Ramal Dalam hingga ke premis baru. Atas permintaan dari pemilik Abotshop sendiri, komentar tentang Abotshop ditangguhkan sehingga premis ini benar-benar bersedia untuk diketengahkan.

Abotshop yang dimiliki oleh Abot atau nama sebenar Firdaus Zulkifli memulakan langkah perniagaan pakaian outdoor (mendaki & memancing) secara online. Media Facebook antara medium yang digunakan. 

Bagi rakyat Malaysia, agak tak sah andai tidak berkunjung ke kedai untuk mencuba pakaian atau sekadar melihat, merasa fabrik sesuatu pakaian. Ada yang berusaha berkali-kali untuk sampai ke Abotshop. Kedai yang dibuka jam 10pagi hingga 9 malam. Juga tutup waktu solat Jumaat, usah datang waktu ini.

Kedai yang terletak di tengah-tengah deretan rumah kedai Taman Kajang Impian berhampiran Lebuhraya SILK agak mudah dicari. Land mark utama, bangunan Redwork Restaurant yang bertentangan dengan deretan rumah kedai ini.

Red Work Restaurand
Mana satu kedai Abotshop, perhatikan papan iklan Abotshop & stiker di pintu kaca kedai. Bagusnya parking di sini tidak dikenakan sebarang bayaran sebab Taman Kajang Impian masuk dalam jajahan Bandar Baru Bangi, dan sebahagian Seksyen 7.

Premis Abotshop yang menggunakan separuh dari saiz rumah kedai ini agak sarat dengan pakaian terutama seluar, t-shirt, kemeja dan jaket. Jenama utama yang ada Browning Mossy OakColumbia, Jack WolfSkin, The NorthFace ,Arcteryx, Mammut, Salomon, Cohike dan beberapa jenama lain.
Jaket-jaket

Fitting room atau lebih tepat disebut 'the corner, cover with blind curtain' disediakan buat mereka yang ingin mengenakan pakaian dibadan. 

Mahal ke barang di Abotshop? 10% diskaun untuk pembelian online. Namun pembelian dikedai juga tak kurang rancak. Harga barangan sederhana. Al maklumlah barangan diimport. Bagi barangan factory reject seperti t-shirt Salomon, harga agak murah. Barangan ini diasingkan dari barangan yang bukan factory reject. Defect reject adakalanya agak sukar dikesan. Item ini harus beli di kedai bagi mengelakkan rasa tidak puas hati dengan defect yang ada.
Kemeja & t-shirt

Kasut & lain-lain item
Apa lagi barang yang ada di Abotshop. Outdoor gear seperti hammock, topi, hat, kasut, sunglass antara  yang turut dijual disini. 

Abotshop online juga boleh dikunjungi di FB https://www.facebook.com/abotwholesale 




Abot disamping FB

UPDATE:NOV 2016
Premis abotshop telah ditutup dan semua jualan hanya atas talian di http://www.abotshopgear.com/

Monday, 17 December 2012

Kisah ekspidisi di sebalik Media


Apip berbaju oren bersama ahli ekspedisi

Kisah ekspedisi di Media minggu sudah di media Utusan Malaysia, sisipan .com slot Lasak & Santai. Mungkin ramai yang sudah membaca tulisan Faizal atau lebih glamour dengan jolokan FBK. Judul merintis laluan G. Basor tak banyak mengisahkan tentang kisah merintis dengan lebih dramatik. 

Ada tak insan yang nak tau kisah disebalik kisah. Ada tak ahli ekspedisi yang tak kisah nama dia tak termasuk dalam alkisah. Apa pun setiap panglipur lara ada heronya. Berkisahlah mengikut kisah masing-masing asalkan bukan satu dongengan (walau kisah dongeng & mitos pun ada yang nak baca).

Sedar tak sedar tahun 2012 sudah hampir ke penghujung. 2012 rupanya Apip belum mengetuai mana-mana ekspedisi dalam negara. Menjadi Pengarah Program, Penasihat Program aktiviti kelab dah kerap. Rindu untuk menjadi mengetuai program dari kerja-kerja belakang tabir hingga selesai program ada dihati. 

Rata-rata AJK OGKL telah pun diberi peluang menjadi Pengarah Program atau Ketua Ekspedisi. Cabaran mendapatkan barisan pendaki tidaklah sesukar mana sebab ramai dah aram untuk mendaki gunung ini dari awal terbitnya kalendar serta barisan pendaki G. Noring yang dah pasang azam untuk ke sini. Syarat guide yang meletakkan barisan pendaki mestilah yang setara dengan barisan pendaki G. Noring OGKL sebagai syarat diadakan ekspedisi ini dalam masa 2 hari. 

Kelebihan pendaki G. Noring OGKL amat cerah. Cabaran kini nak menapis barisan pendaki lain yang gusar tak menepati syarat guide. Peluang sama rata buat yang layak, kepantasan bertindak mengikut arahan (hubungi AJK) yang melengkapkan pendaki dalam barisan G. Basor.

Pendakian yang disangka amat mencabar ini, bertukar menjadi agak relaks bila dibarisi pendaki mantap & AJK yang pantas membuat kerja. 2 hari ekspedisi bukan masa yang lama, namun sudah boleh menonjolkan sikap seseorang itu. Siapa yang sudi membantu kawan, siapa yang lebih pentingkan urusan diri sendiri. Siapa yang sudi menebas, siapa yang memasang impian trip-trip menebas tapi segan dengan parang. Siapa yang rajin rakam video rakan-rakan menebas. Semua terserlah hingga ke ruang dapur. 

Secara peribadi, G. Basor amat sesuai untuk pendakian hujung minggu, buat mereka yang masih baru untuk mendaki. 

Thursday, 13 December 2012

Kasut Trekking II


Kasut Trekking II

Nike ACG - foto hiasan
Bicara awal bab Kasut Trekking rupanya masih tak lengkap dan habis. Perlu lagi beberapa penjelasan. Terima kasih buat yang membaca Kasut Trekking, respon dan mengutarakan lagi soalan-soalan berkenaan kasut trekking serta tak kurang juga yang jadikan rujukan untuk hal kasut. 

Mungkin ada lagi cebisan ilmu yang tak dicurahkan. Harapan serba sebanyak dapat jadi panduan buat kalian tanpa Apip prejudis / bias pada mana-mana jenama.

Soalan: 
1.Ada ke bukti kasut getah tak elok? 
Buat mereka yang kena arthritis Kebiasaannya Doktor akan menasihatkan anda memakai kasut yang berkusyen. Lihat difarmasi hospital, selipar Croc adalah item barangan kesihatan. Sebab apa? Sandal ini ada kusyen berbanding selipar kebanyakan selipar lain.
Artikel ini telah membincang berkenaan Lutut Dan Kasut.
2. Ada beza ke kasut trekking lelaki dengan kasut trekking perempuan?
Soalan berkaitan lain, Saya perempuan bolehkah beli kasut lelaki sebab kaki saya agak besar dan tiada saiz dalam model perempuan. Saya lelaki tapi suka warna kasut tertentu (pink misalnya) dan hanya ada pada model kasut perempuan. 

Beza utama kasut trekking perempuan berbanding kasut trekking lelaki adalah warna. Warna-warna untuk perempuan lebih feminine seperti pink, light blue, light purple dan sebagainya. Ciri kedua perbezaan adalah saiz kasut wanita biasa dari saiz UK4 - UK7 manakala lelaki dari saiz UK6.5 -UK12. Di Malaysia kasut wanita saiz UK7 dan kasut lelaki saiz UK11 dan UK12 agak terbatas dan kurang diimport saiz ini. Betulkah kasut wanita lebih tirus dihujung? Kasut sukan mungkin ia tapi rata-rata kasut trekking tidak mengutamakan ciri ini (tirus untuk nampak gaya feminin), ciri performance dan boleh pakai lebih lama yang diutamakan. Istilah lain, keselesaan keutamaan. 

3. Saya beli kasut jenama outdoor tapi agak mengecewakan.
Ingatlah setiap jenama outdoor sebenarnya bukanlah pakar dalam semua produk. Karrimor adalah jenama outdoor yang pakar dalam haversack, kini mula menceburi produk kasut dengan teknologi tapak tersendiri. Soalan kenapa kasut Karrimor saya lebih mengecewakan dari kasut Timberland saya. Tak dinafikan Timberland adalah antara pengeluar kasut yang telah berzaman lamanya berbanding Karrimor.

4. Saya suka kasut getah sebab tapak dia nipis dan dapat rasa permukaan batu.
Perdebatan pakar-pakar kaki diantara Trail shoes versus Barefoot shoes telah lama ada. Andai anda memilih barefoot shoes, antara pilihan selain kasut getah cubalah dengan Inov-8 bareGrip, Merell barefoot dan yang paling asli Vibram fivefinger Barefoot.

5. Boleh bagi pandangan adidas kanadia tr 4 dan asics gel enduro 8
Kedua-dua produk ini Apip tak pernah guna untuk outdoor (tak berkesempatan & tidak berpeluang).  Rakan-rakan terdekat Apip lebih ramai yang pernah pakai Kanadia untuk aktiviti trail yang lasak. Secara pemerhatian nampak amat memuaskan.  Kedua-dua jenama sukan ini boleh dipercayai. Keselesaan pemakai semasa dikedai mungkin boleh dijadikan ukuran. Asics Gel Enduro, tumit (Heal)lebih tinggi dari hujung jari, cuba sendiri dan jenis begini amat sesuai untuk larian, trail running. Manakala Adidas Kanadia tumit kurang tinggi berbanding hujung jari dan umpama tidak menggalakkan larian dan sesuai untuk trekking jangka panjang.  Lain-lain aspek seperti, tali, fabrik, design, tapak boleh dianggap setara. Utamakan keselesaan kaki dengan gaya trekking anda.

Baca Lagi: Berkenalan Dengan Summit Boots


Kasut Adidas AdiStar yang dipakai di Gunung Sibayak





Tuesday, 4 December 2012

Kembara NSW-Sydney - Tips Solat


Kembara NSW-Sydney - Tips Solat



Ekspedisi di negara orang yang agak asing dari negara sendiri, Malaysia. Banyak tips dari blogger lain yang melancong ke Australia dan Sydney khususnya. Pengembaraan di negeri New South Wales (NSW) dan ibu kotanya Sydney. 

Solat, satu kewajipan yang tak boleh tak dilaksanakan bagi penganut agama Islam. Persediaan sebelum menjejak kaki ke sini. Semak Waktu solat & arah kiblat. Laman IslamicFinder boleh digunakan.

Kompas & alas solat perlu ada. Mereka yang guna kompas kiblat pastikan anda tahu nombor yang patut ditunjuk oleh kompas kiblat. Urusan wuduk dapat dimudahkan lagi bila ada botol. Memadai botol kecil 500ml. Mudah guna untuk basuh kaki ditandas yang tiada paip air.

Sepanjang perjalanan dari Airport Sydney ke Thredbo Snow Mountain agak sukar untuk bertemu dengan masjid. Rest Area di lebuhraya boleh saja dibentang alas solat dan bersolat. Begitu juga di tempat-tempat letak kereta awam. Pastikan kita tidak menghalang lalu lintas.

Di Sydney City Center juga kami tak jumpa masjid / musollah walau ada pekerja-pekerja dari Timur Tengah disini. Cara mudah untuk bersolat, pergi ke mana-mana park yang agak terselit di dalam bandar, solat. 

Alhamdulillah tiada yang menggangu. Ada ketika Apip & isteri sempat berjemaah di Hyde Park beberapa meter dari Gereja St James. Usah risau, sentimen keagamaan tidak kejam disini. 

Satu lagi kelebihan kami yang menetap di tengah-tengah CIty Center, pulang sekejap ke tempat menginap, Mudah wuduk di bilik air, solat di bilik.

Bumi Australia - bumi tuhan. Kita hamba yang melata di bumi tuhan perlu mejalankan tanggungjawab dimana saja kita berpijak.

Monday, 3 December 2012

Berjalan ke Outdoor Shop di Sydney City Center


Berjalan ke Outdoor Shop di Sydney City Center



Bagi mereka yang ke Sydney dan ingin ke kedai-kedai outdoor. Apip sarankan berjalanlah di Kent Street bermula dari persimpangan Liverpool Street, agak berhampiran Chinatown. Hasil google menyenaraikan 2-3 kedai outdoor sahaja.

























Impian untuk membeli kasut jenama yang tiada di Malaysia terpaksa dibatalkan memandangkan baru sahaja beli kasut. Apa pun rancangan jelajah kedai outdoor diteruskan. Tak sangka pula kedai outdoor berselang kiri kanan jalan. Habis semua diterjah, windows shopping.

Antara kedai yang ada, Paddy Pillin, kedai tempatan yang turut mengeluarkan jenama sendiri dengan label Pillin selain turut menjual jenama outdoor lain. Kedai Macpac yang banyak memasarkan jenama Macpac sendiri. Kedai Kathmandu, jenama pilihan Dr Mafeitz, sayang kedai ni tengah tutup untuk season sale 2 hari lagi. Menariknya jaket Kathmandu ni, design fabrik bercorak. 























Lain kedai seperti Shoeologies, Mountain Design, Larry Adler Ski & Outdoor yang banyak memasarkan barangan jenama Marmot. Boleh dikatakan barangan yang berwarna hitam atau tidak ceria tidak ada di kedai ini. Lihat foto, betapa cerianya warna-warna barangan yang dipamerkan. Kedai berikutnya Mountain Equipment yang fokus pada aktiviti mountaineering, jenama Lowe Alpine antara yang dipasarkan disini.




SNOWGUM kedai ski & outdoor turrut menawarkan pelbagai barangan untuk  pendaki dari kepala hingga ke kaki. Kedai terakhir yang sempat dikunjungi Colombia. Tak semua produk Columbia yang ada di sini dibawa masuk ke Malaysia. Sempat sambar kemeja satu untuk Eryn dalam misi berjalan ke Outdoor Shops di Sydney City Center.




#Pembelian barangan gore-tek di Sydney Outdoor Shops lebih murah berbanding di butik-butik Malaysia & season sale (tamat musim sejuk) bermula hujung November.