Foto untuk teman-teman

Annapurna Winter Santuary Trek.

Fotobook

Foto mendaki gunung tertinggi di Australia

Apip - Eryn

Saat-saat honeymoon di Annapurna Region.

ABC Winter

Foto shoot di Annapurna Base Camp on Winter.

ABC Winter

PIP in Person, Avid Hiker.

Thursday 23 April 2020

Penemuan gunung ketiga dan kelima tertinggi di Malaysia



Arena pendakian gunung dikalangan warga pendaki negara digemparkan dengan penemuan gunung baru di Sabah dan lebih mengejutkan gunung ini berdiri tinggi mengatasi Gunung Tambuyukon yang selama ini dikenal sebagai gunung ketiga tertinggi. Sebelum pendedahan ini, lima gunung tertinggi Malaysia dicatat seperti berikut.

PERTAMA : G. Kinabalu 4095m
KEDUA         : G. Trusmadi 2642m
KETIGA         : G. Tambuyukon 2579m
KEEMPAT : G. Murut 2442m
KELIMA : G. Mulu 2376m

Ekspedisi penerokaan ini, sebenarnya bukan sahaja menemui satu gunung malah turut menjumpai satu lagi puncak gunung yang dipanggil Puncak Sinsing dengan ketinggian 2603m, puncak Gunung Kaingaron pula berketinggian 2482m. 

Gunung Kaingaron
Puncak Sinsing dan G. Kinabalu dari kejauhan
Mengimbau kembali penerokaan ke permata alam yang tersembunyi ini, Kelab Pendaki Cap Kapal Sabah yang menerajui ekspedisi penerokaan ini pada tahun 2018, turut disertai rakan-rakan pendaki perintis berasal dari Semenanjung Malaysia, pendaki-pendaki dari Tambunan dan wakil Jabatan Perhutanan Sabah. Menurut orang kuat ekspedisi ini, Lt Madya Maritim Thinaraj atau selesa disapa Thina dikalangan pendaki-pendaki gunung di Semenanjung, sehingga kini (artikel ini ditulis, April 2020) masih belum digazetkan ketinggian sebenar G. Kaingaron dan Puncak Sinsing sebagai G. SinSing oleh Jabatan Ukur & Tanah (JUT), Sabah. 

Papan tanda puncak G. Kaingaron/Kaingaran yang diletak pada tahun 2019
Harap juga papan tanda G. Kaingaron yang baru dibina dapat ikut nama asal seperti di peta rasmi negara.

G. Kaingaron
Apa Sebab tidak digazetkan.
Tambah Thina lagi, ekspedisi rintis mereka tidak disertai wakil JUT. Jab Ukur & Pemetaan Malaysia (JUPEM) pula hanya akan menerima pengesahan ketinggian berdasarkan alat GNSS (sejenis alat GPS yang diguna untuk proses ukur tanah & tinggi dengan ketepatan dibawah 6m). Ketinggian yang 
digunapakai pasukan ekspedisi rintis pula hanya hand-held GPS. Kertas kerja lengkap dokumen rentis ekspedisi ini telah pun dihantar ke Jab. Perhutanan Sabah pada 2019 agar dapat majukan ke JUPEM.

Mari kita menelaah asas yang kita mesti setuju dengan penemuan ini.

PERTAMA : G. Kinabalu 4095m
KEDUA         : G. Trusmadi 2642m
KETIGA         : G. Sinsing - 2603m
KEEMPAT : G. Tambuyukon 2579m
KELIMA : G. Kaingaron 2482m

Gunung Sinsing atau Puncak Sinsing tidak digazet dalam peta, puncaknya sememangnya ketara dan amat sesuai dipanggil gunung. Kewujudan puncak ini walau sebaris atau sama banjaran dengan Gunung Trusmadi dan G. Kaingaron, ia tetap boleh dinamakan gunung. Ambil contoh G. Gayung dan G. Korbu yang berdekatan dianggarkan 2 KM jarak antaranya. Keduanya berada diatas banjaran yang sama. Puncak Sinsing ke puncak G. Kaingaron sekitar 4KM. Contoh lain, Banjaran Tahan sendiri penuh dengan gunung-gunung lain yang sebaris, malah keratan rentas gunung-gunung ini umpama anak Gunung Tahan. Itulah G. Gedung, G. Tangga Limabelas, G. Padang dan sebagainya. 



G. Kaingaron sememangnya telah dilabelkan didalam peta. Cuma tiada titik ketinggian yang dilabel atau digazetkan. Mari kita teliti peta. Puncak gunung ini berada atas dari garis kontur 2460m ketinggian gunung ini mestilah diantara 2460m sehingga 2500m. Sekiranya ada ralat bacaan hand-held GPS, gunung ini tak mungkin berada dibawah 2460m atau melebihi 2500m melainkan JUPEM meminda peta sediaada dengan mengurang atau menambah kontur pada peta. Apa pun gunung ini tetap kelima tertinggi di Malaysia.

Kiraan garis kontur G. Kaingaron

Puncak G. Sinsing dan G. Kinabalu
Persoalannya sekarang, bilakah JUT / JUPEM akan membuat kerja ukur & gazet semua ini. Adakah kita nak tunggu negara luar melalui Discovery Channel atau National Geography bertandang. 

Apip Embi
-Bekas Guide Trusmadi 2007-2012
-Pengiat Aktiviti Ekspedisi Gunung

Foto Ihsan: Jay Hamid