Fotobook

Foto mendaki gunung tertinggi di Australia

Tuesday, 17 March 2015

Skechers GOrun Ultra Extreme on Rainforest Test

Skechers GOrun Ultra Extreme menjadi pilihan kasut trail apip kali ni untuk permulaan pendakian di 2015. Skechers GOrun Ultra Extreme!!! Ada ke orang guna Skechers GOrun Ultra Extreme untuk mendaki? ...mendaki dan masuk trail hutan di Malaysia? 

Kasut yang telah digunakan


Pemilihan kasut Skechers GOrun Ultra Extreme ni untuk mendaki, tanpa rekemen dari pendaki, yang ada rekemen dari pelari marathon. Pun tak ada lagi review dari mana-mana web yang dibaca sesuai dengan trail hutan hujan Malaysia. Skechers belum lagi pilihan trekker / hiker / pendaki di Malaysia buat masa ini. Jadi apa kata dicuba dulu.

Ciri-ciri asas kasut multi-trail mesti dipenuhi sebelum dinilai dan dijadikan untuk mendaki. Asasnya kasut mesti lasak, tidak mudah lekang terutama tapak, tapak bercirikan multi-trail/all-trail. Selesa semestinya. Ini pertimbangan asas di kedai.

2015 bermulalah misi menjengah butik Skechers, mula dari Skechers di Setia City Mall, Setia Alam kemudian ke Skechers di IOI City Mall, Putrajaya. Tiada yang berbeza pun kedua-dua butik ni. Melangkah masuk, kasut trail atau multi-trail ditanya. Sketches banyak keluarkan kasut running. Mungkin agak pelik bila kasut trail yang ditanya. Model Skechers GObionic Trail sekilas pandang tidak berapa menepati ciri-ciri kasut multi-trail, tapak kasut ini lebih sesuai untuk balapan atau biasa dikategori sebagai 'training shoes'.

RINGAN, BERKUSYEN, GOdry (mudah kering) antara ciri yang menarik hati bila memegang Skechers GOrun Ultra Extreme. Tapak multi trail yang sudah memenuhi kasut yang dikehendaki ditambah pula dengan berkusyen. Ciri Extreme 'all-weather protection' yang turut dilambangkan dengan salji, hujan dan panas menambah merit untuk memilih kasut ini. 


Kasut jenis softshell ini, bukan dari fabrik GoreTek mahupun OutDry. Tapi ciri-ciri fabrik Sketchers ini, atas nama GOdri dengan 3 lapisan fabrik. 
Layer1 - Water-resistant protective exterior barrier
Layer2 - Microporous membrane allow air to pass through while keeping water out
Layer3 - Form-fitting and moisture-wicking mesh interior
Ciri 'bernafas (breathable)' pada asas kasut GOrun Ultra melengkapkan asas keselesaan untuk penggunaan yang extreme.


Dah beli, apa lagi mestilah cuba di lapangan untuk trip yang agak extreme. Ekspedisi Trans Inas salah satu ekspedisi yang makan masa 4 hari 3 malam, merentasi banjaran gunung dari Sg. Selama di Selama ke Sg. Lawin di Grik. Dua puncak gunung didaki, G.Titiwangsa 1730m & G. Inas 1801m. 

Trail Trans Inas yang perbagai, jalan balak lama, rentis hutan, river trekking, mendaki, menurun lurah, rentis atas permatang, laluan berselut, laluan tanah kematu, tanah gambut yang polos. Ini semua melengkapkan ujian Skechers GOrun Ultra Extreme. 

Water Resistant:: iya sama seperti kasut fabrik GoreTek atau OutDry. Air tidak masuk walau kasut terendam 3/4. Ujian ni masa diawal ekspedisi dan begitu juga diakhir ekspedisi walau ada calar pada bahagian luar kasut. Berapa lama ketahanan ini tidak dapat dipastikan. Setakat ini masih berpuas hati dengan ketahanan water resistant.

Quick Dry :: Melintas sungai dan juga river trekking yang memerlukan keluar masuk ke dalam air sungai di hari ke-2. kasut kering dikaki tanpa disalai pada malam hari ke-2. Kusyen yang lembut dan tidak pula memberatkan kasut bila menyerap air. Perah ala kadar dan boleh terus guna untuk trekking.
Outsole / Tapak :: tapak yang cembung dan tinggi, memudahkan pecutan semasa trekking. Tapak yang berkusyen juga nampaknya mengurangkan kesan hentakan pada lutut semasa memecut/berlari turun dari G. Inas. Cengkaman tapak semasa melangkah dan melompat di atas batu sungai juga di tahap yang baik sepanjang river trekking.
Info tapak Sketchers GOrun, 
Stack Height: 34mm/27mm heel, 26mm/23mm Farefoot.


Softshell :: walaupun kasut ini jenis softshell dibahagian hujung jari, keupayaan untuk lasak tidak kurang. Malah dapat gunakan kelebihan ini untuk rehatkan jari kaki selepas turun dari cerun. Ada ruang untuk menggerakkan jari kaki. Ada senaman kecil jari kaki semasa memakai kasut.


Reflector :: Ciri yang ditambah pada beberapa bahagian kasut ini. Nampak gayanya tak sesuai atau tak lasak untuk aktiviti lasak. Lihat foto dibawah. dah lekang.


Bagi wanita, potongan kasut Skechers agak tirus didepan berbanding kasut Skechers lelaki. Pilihan saiz pula UK semua nombor bulat. Tiada UK7.5, 8.5 misalnya. Yang ada 6, 7, 8, 9 hingga 12.

Secara keseluruhan, kasut Skechers GOrun Ultra Extreme sesuai untuk multi-trail dan diguna oleh pendaki-pendaki di hutan hujan negara kita. Harapnya selepas ini kasut Skechers GOrun Ultra Extreme antara pilihan pendaki.


-apip embi-

#skechers