Fotobook

Foto mendaki gunung tertinggi di Australia

Tuesday, 18 October 2011

inspirasi untuk bikin rentis (trail) baru



Dah lama dah tagline ni dalam simpanan & jadi inspirasi untuk bikin rentis (trail) baru, "...Go instead where is no path and leave a trail".

2012 rentis baru...



Friday, 14 October 2011

SOS: guide my hike via phone


s :bang sa... ni, nak tanya starting point ke G. Cantik ikut mana,
    sekarang saya (& kumpulan) dah  ada di tepi tandas ni.
a:tandas, tandas mana ni.
s: tandas belakang chalet. parking dekat corner tu kan bang.
a: ok dekat Boh Study Center tu, kedepan sikit ada corner

    yang boleh park kereta.
s: hah ok bang.
a: pergi kat tangga Boh Study Center tu. naik terus aja,

    belah belakang tu ada laluan.
    chalet kau kabar tu chalet apa?
s: ada communication tower ni bang. tak jumpa pun

    tangga yang abang kata tu.
a: Comm tower yang tu aku tak tau, mungkin baru.

    Yg pasti Boh Study Center tu kau kena tuju.
s: saya ada gps ni, dia tunjuk G. Cantik 2 KM lagi.
a: kau dekat trail atau lari jauh dari trail dalam GPS tu.

    2 KM tu kira betul lah. Aiii balik nanti meh jumpa abang
    belajar baca peta  & GPS betul-betul.
.
dialog diatas contoh terkini, panggilan telefon untuk bertanyakan arah & guide ke gunung disaat melangkah ke gunung atau semasa telah berada di lapangan.
Apa yang nak didikongsi ni untuk panduan semua. 'S' memberi kedudukan semasa ditempat yang tidak dikenalpasti dengan tepat. 2 landmark yang tidak jelas dimaklumkan - 'tandas' & 'chalet'

Kebiasaannya di Malaysia, setiap bangunan mempunyai tandas, malah ada bangsal yang turut mempunyai tandas. Wajar ke tandas dijadikan landmark?

Chalet satu lagi landmark yang umum. Kebiasaannya Chalet ditandakan dengan nama atau nombor,  selain tu chalet juga mempunyai nama sendiri seperti Haji Deraman Chalet, Pantai Indah Chalet misalnya. Bagi kawasan pelancongan pesat pula chalet dinamakan lebih spesifik bagi mengelakkan pelawat keliru atau tersilap chalet misalnya Ravi Ringlet Resthouse, Raman Ringlet Chalet dan sebagainya.

Adakala sikap tak mahu bertanya sebelum buat sesuatu ekspedisi samada ingin merahsiakan ekspedisi boleh memakan diri sendiri. Ekspedisi yang mudah jadi mudah tersasar.

Sembang berdegar-degar;
Selamat ambil iktibar .

Monday, 10 October 2011

Catalog Review - SealSkinz 2011-12

Hujung minggu kaki outdoor dah tentu pergi outdoor. emmm tapi minggu ni berlibur di rumah sambil belek-belek katalog produk outdoor - SealSkinz.  2011-12 Range (Socks, Gloves, Hats). Jenama kalis air bagi 3 produk ni.




Seperti dijangkakan, setiap katalog baru, ada model baru. Kali ni produk stokin yang dah lama dikeluarkan SealSkinz tak lagi jadi perhatian. Beralih pada glove dengan tagline 'glove for great outdoor' Performance Activity Glove, dengan ciri warm-waterproof-breathable-windproof. Apa yang menarik glove ni tak terlalu tebal macam produk gore-tek. Ditambah pula insulation dari PRIMALOFT melengkapkan ciri performance product bagi glove ini.

Banyak lagi produk lain yang tak terlepas untk ditatap. Terima kasih YellowStone (Lafuma Malaysia) yang bagi katalog SealSkinz percuma. Bagi yang berminat beberapa produk telah ada di butik Lafuma @ Bangsar.

~enjoy the weather~