Fotobook

Foto mendaki gunung tertinggi di Australia

Tuesday, 26 May 2015

Rohingya di Gunung Perlis

Rohingya di Gunung Perlis, Banjaran Nakawan, Perlis. Pendedahan pihak berkuasa Malaysia penemuan 28 kem haram & 138 kubur di puncak Gunung Perlis mengejutkan warga Malaysia dan antarabangsa. Warga pendaki gunung Malaysia juga mungkin terkejut.

Signage tulisan Thailand
Gunung Perlis adalah salah satu gunung tempat pendaki menjalankan aktiviti rekreasi. Puncak gunung ini yang bersempadan antara Malaysia - Thailand hanya dijaga oleh renjer hutan dari Jabatan Perhutanan yang turut menjaga Taman Negeri Perlis di kaki Gunung Perlis, Banjaran Nakawan.

Kawalan sempadan di Banjaran Nakawan tidak seperti yang selalu dimomokkan dalam media, berpagar 2 lapis serta berkawat duri. Sama seperti sempadan negeri dalam Malaysia, hanya batu sempadan ditanda. Permatang Banjaran Nakawan adalah sempadan Malaysia - Thailand.

Imbas kembali soalan yang diaju ke Renjer Hutan semasa pendakian ke G. Perlis tahun 2012.
"Kenapa tak ada kawalan dari tentera Malaysia atau Thailand di sini?"
jawab renjer
"Siapa nak seludup barang di banjaran ni, nak kena mendaki, jenuh nak pikul barang."
hemmm memang pun lurah yang dalam menyukarkan kerja merentas sempadan baik dari Thailand mahupun dari Malaysia. Masa ni tak terfikir pun selain barang, manusia sendiri boleh dijadikan bahan seludup.



Batu sempadan Malaysia - Thailand ditengah Banjaran Nakawan

Masih selamatkah aktiviti rekreasi gunung di Gunung Perlis buat pendaki gunung? Adakah akan dipagar sempadan di Banjaran Nakawan. Puncak Gunung Perlis akan menjadi kawasan larangan. Rugilah siapa yang belum jejak ke puncak ini.
OGKL di puncak Gunung Perlis

#SaveRohingya