Tuesday, 4 December 2012

Kembara NSW-Sydney - Tips Solat


Kembara NSW-Sydney - Tips Solat



Ekspedisi di negara orang yang agak asing dari negara sendiri, Malaysia. Banyak tips dari blogger lain yang melancong ke Australia dan Sydney khususnya. Pengembaraan di negeri New South Wales (NSW) dan ibu kotanya Sydney. 

Solat, satu kewajipan yang tak boleh tak dilaksanakan bagi penganut agama Islam. Persediaan sebelum menjejak kaki ke sini. Semak Waktu solat & arah kiblat. Laman IslamicFinder boleh digunakan.

Kompas & alas solat perlu ada. Mereka yang guna kompas kiblat pastikan anda tahu nombor yang patut ditunjuk oleh kompas kiblat. Urusan wuduk dapat dimudahkan lagi bila ada botol. Memadai botol kecil 500ml. Mudah guna untuk basuh kaki ditandas yang tiada paip air.

Sepanjang perjalanan dari Airport Sydney ke Thredbo Snow Mountain agak sukar untuk bertemu dengan masjid. Rest Area di lebuhraya boleh saja dibentang alas solat dan bersolat. Begitu juga di tempat-tempat letak kereta awam. Pastikan kita tidak menghalang lalu lintas.

Di Sydney City Center juga kami tak jumpa masjid / musollah walau ada pekerja-pekerja dari Timur Tengah disini. Cara mudah untuk bersolat, pergi ke mana-mana park yang agak terselit di dalam bandar, solat. 

Alhamdulillah tiada yang menggangu. Ada ketika Apip & isteri sempat berjemaah di Hyde Park beberapa meter dari Gereja St James. Usah risau, sentimen keagamaan tidak kejam disini. 

Satu lagi kelebihan kami yang menetap di tengah-tengah CIty Center, pulang sekejap ke tempat menginap, Mudah wuduk di bilik air, solat di bilik.

Bumi Australia - bumi tuhan. Kita hamba yang melata di bumi tuhan perlu mejalankan tanggungjawab dimana saja kita berpijak.

0 comments:

Post a Comment