Nak pergi ABC trek kena buat permit dan ada kos permit. Ini yang kami faham hasil pembacaan dan maklumat awal.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sebelum tu Apip nak cerita, trip ni trip backpacker kami. Apip sebenarnya dipelawa bersama ikut trip ni dari Cikgu Yusuf. Cikgu Yusuf dan tujuh lagi teman backpacker telah merancang ke ABC pada cuti sekolah. Rata-rata semuanya cikgu sekolah dan bukan pendaki tegar dan ada yang baru berjinak mendaki.
Manis mulut Cikgu Yusuf, akhirnya Apip setuju sertai bersama isteri, Eryn. Hanya satu permintaan Apip, tarikh mereka perlu anjak atas faktor-faktor kerja. Akhirnya dapat satu kata sepakat, ikut salah satu pilihan tarikh cadangan Apip. Empat backpacker tetap akan teruskan dengan tarikh asal manakala Cikgu Yusuf berempat lagi ikut tarikh Apip. Jadi kami semua berenam. Tarikh kami hanya selisih seminggu. Hari akhir trip asal dan trip Apip bertindih hari akhir dan hari pertama kami di Kathmandu.
Apip seterusnya diminta jadi ketua trip sebab pengalaman bertapa di EBC. Apip sedikit tak selesa nak ambil alih perancangan orang lain hanya terima jadi ketua treking dan keputusan akan diambil secara kolektif. 3 orang dari sahabat ni pernah ikut trip bawah kepimpinan Apip, trip-trip yang Apip
sendiri baru pertama kali jejak.
Bermulalah study perancangan asal mereka, rujukan blog yang digunapakai untuk trip ni. Apip hadam kesemuanya dan tambah beberapa rujukan. Bikin pula ringkasan trip ikut rujukan serta kos. Bila mix & match beberapa rujukan, Hah! complicated jadinya. Memandangkan tujuan asal trip nak backpacker dengan kos murah (ada baget yang dirujuk) tapi saiz kumpulan tak sesuai untuk kos solo backpacker. Satu lagi impian untuk tak naik bas loncat-loncat atau local bas dari Kathmandu ke Pokhara sudah tentu kos berbeza dan bertambah.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Muncul tentang PERMIT dan jadual. Kebiasaan permit diurus oleh operator samada operator Malaysia (ada ke?) atau Operator Malaysia sub ke operator tempatan. Rujukan tentang ni dari rakan-rakan pendaki Malaysia sememangnya sukar jumpa. Ada backpacker (solo) Malaysia yang buat permit di Pokhara tapi berdepan masalah pejabat permit buka selepas jam 10 pagi. Ketiadaan/kehabisan borang permit, ini menambahkan lagi masa proses permit.
Akhirnya kami ambil keputusan, buat permit di Kathmandu dan perlu sehari tinggal di Kathmandu. Info keperluan permit seperti foto, passport dan sebagainya kami ambil maklum.
Hari buat permit, bermula bila jam 9 pagi kami semua berkumpul depan kedai outdoor Black Yak. "Nak naik teksi ke berjalan?" tanya Apip. Setelah bagi info kos teksi serta jarak jalan kaki. Akhirnya kami berjalan. Bukalah kami googlemap. #tips bagi yang nak berjalan kaki guna google map, peta offline tak membenarkan mode jalan kaki. jauh jadinya jalan kenderaan. Sila pastikan ada dataline pada handphone.
Seronok pula jalan kaki, lalu lorong-lorong peniaga dan lalu pasar. Masa sepatutnya 20 minit jadi sejam sebab kami asyik memerhati suasana. Bagus untuk street photography. Jualan-jualan murah harga tempatan buat kami terleka sedikit menelik barang seperti glove, down, jaket, snow hat dll.
Tiba di Jabatan Pelancongan Nepal, Kementerian Kebudayaan Pelancongan dan Penerbangan Awam Nepal kami terus buat permit. Sebenarnya perlu buat permit dan Individual Trekker Card. Kedua-duanya ada kos. Kos semasa sila rujuk di laman rasmi jabatan berkenaaan. Dua benda ni perlukan foto saiz passport. Tiba-tiba kalut seorang dari kami kabar tak cukup foto passport. Hah sudah takkan nak menapak balik ke Thamel dan datang semula. Tanya punya tanya, dalam pejabat jabatan ada bantuan buat foto dan cetak gambar. Apa lagi, terus ambil peluang ni. Kos PERCUMA, gunting foto sendiri. Kami yang masing-masing ada kos buat gambar hanya mampu tersenyum dengan penjimatan baget kawan ni. Rezeki dalam kekalutan.
Dah cukup foto, perlu isi borang sendiri. Aiik! dalam senarai trek TIADA TREK ABC yang selalu orang sebut. Banyak trek yang ada antaranya Poon Hill Trek, Ghoreopani Ghandruk Circuit Trek, Round Annapurna Trek, Annapurna Circuit Trek, Ghandruk Circuit Trek dan lain-lain lagi yang kami pasti bukan trek yang kami hendak pergi. Jadi kami pun pilih trek yang agak-agak rare Annapurna Santuary Trek.
Inilah alkisah bikin permit. Nak backpacker, kena masing-masing usaha buat permit.
Posting sebelum ni ::
ABC: Prolog
apip embi
0 comments:
Post a Comment