Treking dengan bergaya, hapuskan seksa. Catatan kali ni sengaja tidak ditulis 7 teknik treking ABC semasa winter dengan bergaya.
Betul ke orang kata pendaki baru yang ada level fitness moderate boleh sahaja melepasi cabaran ABC!
Ahli kumpulan kami ada pelbagai level dan tak terkecuali pendaki baru dengan level fitness moderate. Ini perlu diimbangkan dan dikawal supaya dapat turut berjaya dan bergaya. Al maklumlah Apip selalu terapkan mendaki biar bergaya.
|
Treking dengan pikul haversack pun boleh nampak bergaya, Baru 12-13kg |
Nak bergaya ni bukan semata keluarkan duit untuk pakaian/penampilan. Kena juga melangkah serta bergerak dengan bergaya. Nampak mantap melangkah. Treking sambil senyum, tak mahu muka kelat, muka lelah dan separuh nyawa lagi-lagi bila bergambar.
Treking di trek ABC ni, satu hari sahaja kita akan lintas beberapa guest house restoren. Paling menarik sudah tentu restoren di penempatan besar, Chomrong (penempatan ke-3 terbesar Kaum Gurung, Pertama Gandruk, ke-2 Landruk). Coffee House dan Apple Pie pun ada.
Di Chomrong kami berhenti treking untuk minum rehat pagi. Kira-kira jam 10:30pg. Bergaya bukan walau masing-masing ada bekal termos air panas untuk rehat masa treking. Restoren dengan pemandangan yang terbuka mengadap Mardi Himal menjadi pilihan atas saranan Mr Bahadur.
|
Berehat minum pagi di Center of Chomrong |
|
Sambil-sambil tu berfotolah |
|
Lagi waktu rehat dan waktu berjemur. |
Tempoh masa rehat & slow pace treking perlu dikawal. Ini semua dalam pemantauan ketua ekspedisi. Rehat perlu ditempat-tempat yang sesuai. Lagi baik ditempat-tempat indah untuk berfoto.Jadi taklah 2 kali berhenti. 2 dalam satu. Berhenti aja foto indah. Nampak bergaya. Dan asal indah aja perlu berhenti.
|
Air terjun yang membeku |
|
Sungai yang masih mengalir di musim salji |
Betulkah tanpa crampon boleh berjalan atas salji. Bila masa nak mula pakai crampon. Porter yang lintas tak pakai crampon pun. Sudahlah pakai kasut sport, bukan jenis but tak pakai crampon pula. Sebaliknya disarung stokin yak diluar kasut. Pelik bukan!
|
Porter yang treking tanpa crampon berserta beban. |
|
Beginilah gaya stokin diluar kasut ramai porter-porter guna. Foto kurang sharp, Apip mohon ambil foto kaki, porter ni menari pula macam kita nak bikin video. Ginilah cakap ayam dan itik. |
Mula dari Himalaya, permukaan trek dipelapisi salji nipis, ada sesetempat salji dah cair. Masing-masing tak pakai crampon selagi tak disuruh Apip. Sebenarnya nak bagi semua merasa berjalan tanpa crampon. Lagi pula salji masih nipis dan risiko tergelincir agak kecil.
|
tanpa crampon |
Dah 2 jam berjalan, baru ada tanya, boleh tak pakai crampon sebab rasa agak licin. "OK crampon ON". Apip arahkan dan ajar pemasangan crampon dan sedikit gaya melangkah agar seluar tak koyak kena crampon. No cat walk ye. Bila dah pakai crampon baru masing-masing melangkah dengan lebih yakin & bertambah bergaya. Yang crampon putus sebelah pula masih boleh teruskan langkah.
Tengahari awan gelap sudah mula berarak dari lembah ke arah atas. Kami perlu turut bergerak pantas, lari dari dikejar awan gelap. Samaada hujan atau hujan salji (snowy). Apa pun cuaca begini akan bagi cabaran yang lebih. Walau masing-masing ada baju hujan / waterproof jacket, cabaran sejuk agak perit. Nak berfoto pun tak nampak bergaya. Nak keluarkan handphone atau DSLR bermandikan air lagilah rasa sayang. Penempatan seterusnya perlu berhenti. Dah 2 hari mendaki separuh hari. Ada juga kumpulan yang terus mendaki dari MBC ke ABC dengan keadaan berkabut, visibility 20 meter.
|
Mengharungi snowy seketika. |
Treking pulang / turun dari ABC melalui trek yang sama. Sekali lagi treking dan berfoto tak terlepas. Diam tak diam lebih 1000 foto juga hasil snap. Biar dah berhari pakaian tak berbasuh, jaket yang sama, penampilan tetap perlu bergaya.
#pipTips: Pendaki yang level fitness tinggi pula kena kawal dari AMS bila treking dengan laju.
|
Gaya kain pelikat selepas subuh di Bamboo |
|
Gaya baju treking di Bamboo |
-apip embi-
Posting sebelum ni ::
0 comments:
Post a Comment