Sebut BMI atau Body Mass Index ramai yang tahu ini adalah ukuran / instrumen yang digunapakai dalam mengukur keadaan tubuh individu.Azam tahun baru, ramai yang lihat BMI sendiri dan meletak sasaran BMI mengikut Skala BMI.
Insan yang gemuk / obesiti mahupun berisi sedikit cuba untuk capai sasaran BMI mengikut ketinggian sedia ada. Mereka yang sakit seperti, kencing manis, gout, darah tinggi cuba capai tahap kesihatan berpandukan instrumen BMI. Mereka yang kurang cergas juga ada yang ingin fit dengan sasaran BMI. BMI adalah ratio ketinggian berbanding berat.
Ujian Segak bagi sekolah di Malaysia juga menggunapakai BMI selain ada ujian kecergasan. Sasaran utama adalah BMI. Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK) sepatutnya lebih dititik beratkan.
Apa semua ni? Kita dididik, anak-anak sekolah dididik untuk capai BMI ideal.
TAHUKAH ANDA, ADA INSTRUMEN UKURAN TUBUH.
Model fokus pada BMI
Athelet fokus pada BMR.
Tubuh yang cantik, persis model baik lelaki mahupan wanita kena ikut instrumen BMI.
Tubuh yang cergas, baik bagi seorang atlet, pendaki gunung, sesiapa kerja memerlukan kecergasan amat perlu diukur dengan instrumen BMR.
APA ITU BMR?
BMR - Basal Metabolic Rate juga dikenali sebagai metabolisma badan. BMR adalah kadar kalori yang dibakar badan untuk berfungsi baik diperingkat dasar (basal).
Secara kasarnya beginilah, kita mengawal jumlah kalori yang diambil bagi kegunaan pembakaran kalori kita.
BMR menggambil kira tinggi anda, berat anda, umur serta peringkat aktiviti anda. Aktif, separa aktif, terlau aktif, tidak aktif atau lansung tidak aktif.
Bagaimana nak capai BMR. Anda kena tahu dahulu kadar metabolisma anda. Adakah anda dibawah kadar atau mempunyai kadar yang tinggi.
BMR juga mampu menurunkan berat badan anda.
Kebiasaan insan yang cepat gemuk atau dah gemuk mempunyai kadar metabolisma rendah. Tambah pula pengambilan kalori yang tinggi tidak berkadar dengan pembakaran kalori. Hah bukan sahaja jadi gemuk malah makin tidak cergas. Nasib tak baik bertambah penyakit dari lebihan pemakanan.
Piawai ukuran statik tubuh
Nak naikkan berat badan, makan lebih kalori dari yang kamu bakar.
Nak turun berat badan, makan kurang kalori dari yang kamu bakar.
Dengan BMR kita kawal pemakanan kita sesuai dengan kerja yang akan kita buat pada hari tersebut. Perlu kerja keras makan lebih. Hari rehat diet makanan berubah. Hari accalamatise nak makan apa ye?
Kita nak cergas / fit bukan jadi model (yang ramai pun tak capai) kemudian tak cergas.
BMR adalah instrumen yang lebh tepat digunakan sekiranya kita mahu cergas berbanding BMI.
Jadi, pilihlah anda ingin tubuh cergas atau tubuh model.
Bacalah juga bagaimana meningkatkan kadar metabolisma, BMR calculator, Calories burn formula, Harris-Benedict formula.
Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan dalam menentukan kecergasan pendaki
-apip embi-
0 comments:
Post a Comment