Topik kali ini sengaja didedahkan bukan untuk mendorong pendaki-pendaki melakukan pendakian di gunung yang ditutup, tapi untuk mendedahkan situasi sebenar dunia pendakian.
Artikel terbaru Ekspedisi 2M1L turut tidak melindungi berita Gunung Lawu, Indonesia ditutup tapi pendakian tetap diteruskan.
Bagi yang terlepas baca artikel ni rujuk dibawah.
Isnin 22 Oktober, Warna-Warni, Utusan Malaysia |
Bagi gunung-gunung dibawah pengawasan pihak tertentu, kebiasaannya gunung akan ditutup apabila keadaan linkungan didapati tidak selamat untuk didaki. Antara sebab keselamatan yang dimaklumkan:-
- Binatang buas sedang mengamuk seperti kes harimau menerkam pencari hasil hutan, harimau tersebut masih belum dijejaki.
- Tanah runtuh dan keadaan cuaca masih dalam musim hujan
- Tanah longsor - musim hujan dan struktur tanah tidak kukuh.
- Hutan terbakar - Hutan ditutup sebab terbakar dan juga masih ditutup sebab tempoh penutupan belum lagi tamat.
- Gunung berapi meletus
- Gunung berapi berada di tahap waspada disebabkan aktiviti valkanologi meningkat.
Sejauh mana bahaya mendaki gunung yang ditutup? Perlu selidik & tahu situasi sebenar sebelum menerjah ke sesuatu gunung itu dan mengambil keputusan meneruskan pendakian.
Tips:
1. Pandangan masyarakat setempat. Adakalanya hal begini tidak menakutkan masyarakat setempat. Selagi ada masyarakat setempat yang sedia ke puncak gunung tersebut, amat besar kemungkinan keadaan tidak merbahaya (dari pandangan masyarakat setempat).
2. Sedia berundur jika situasi benar-benar bahaya. Usah terus mara ke depan bila mendekati bahaya & dikenalpasti bahaya. Pihak berkuasa jarang membenarkan pendaki mendekati kawasan dikatakan bahaya. Peluang untuk jejak puncak akan cerah bila mendekati kawasan yang berisiko tetapi tiada lagi risiko seperti diwartakan.
3. Ajak pasukan penyelamat (SAR-Search And Rescue) bersama ke puncak gunung. Selagi mereka berani mendaki, selagi itu peluang untuk anda mendaki gunung tertutup ada.
Ana Man (wartawan), turut bergambar dengan notis penutupan G. Lawu, 2012 |
Macamana nak redah bila gunung ditutup?
1. Runding dengan pihak berkuasa - tulis surat permohonan berserta kesediaan terima segala risiko tanpa melibatkan pihak berkuasa.
2. Rundingan dengan pihak yang bekerja di bahagian penguatkuasaan.
3. Mencari jurupandu arah setempat dan laluan alternatif seperti jalan kampung/jalan kebun (laluan tikus).
4. Meredah laluan sedia ada semasa penguatkuasa sedang tidur.
Bak kata seorang pendaki tegar dari Napak Giri "Udah namanya petualang, pendakian mesti diteruskan walau ada halangan"
Situasi 'Gunung Ditutup" hanyalah satu cabaran buat pendaki, tidak semestinya halangan. Lawan tetap Lawan. Dinasihatkan buat pembaca, jangan redah membuta tuli atau secara bodoh. Kenali dulu situasi sebenar. Bahaya tetap ada dalam rekreasi mendaki.
Berusaha untuk Berjaya.
~apip embi~
0 comments:
Post a Comment