2012 Baru nak uji & review produk ni, boleh dikira bukan lagi produk baru. Bukan juga baru di Malaysia. Produk yang dibawa masuk oleh Outdoor Dynamic ini, telah diberi untuk AJK OGKL pakai & review sejak hujung tahun 2010 lagi. Giliran Apip agak jauh untuk dapat uji haversack ni.
Antara yang pernah uji haversack ni, Deeno, Tok Gajah, Adzmin, Ajib Kuyad, Hadri, WanPojie, Jan Rock, Razman, AJ dan kini giliran Apip. Rasanya agak lewat tapi insan paling awal bikin ulasan Product Review. Sebelum sempat dapat giliran, sempat juga dengan komen peribadi mereka yang pernah uji haversack ni. Tiada komen dari Deeno & Adzmin, Tok Gajah pula tak dapat bagi gambaran sebenar performance haversack ni sebab dia pikul masa beg ni jadi beg porter dengan overload. (Pikul beg porter semasa porter terkena patuk ular di G. Arayat, Filipina).
Komen-komen yang lain banyak yang negatif seperti, tak sedap pakai, beg tertalu kurus & beg terlalu tinggi. Betul ke? Tengok foto memang betul amat tinggi melepasi kepala pemikul. hemmm ni yang Apip cadang guna di gunung-gunung Indonesia yang tidak berhutan dan tidak perlu menyusup bawah buluh atau balak tumbang.
Hal pertama yang Apip buat semasa dapat haversack ni, selaraskan harness mengikut saiz tulang belakang dan bahu. Sedikit terkejut, bila cuba galas dan haversack tak terlalu tinggi melepasi kepala. Dalam hati terasa, adakah pemakai-pemakai terdahulu tak selaraskan harness & haversack jadi terlalu tinggi serta tak sesuai untuk pemakai. Hal ini yang boleh merosakkan badan pemikul. Pemikul rasa tak berapa selesa, beban ke atas tulang belakang tak seperti sepatutnya. hemmmm
Ekspedisi 2M1L (G.Merapi-G.Merbabu-G.Lawu) menjadi medan ujian. Merapi & Lawu hanya daypack. Medan ujian sebenar di G. Merbabu dengan pendakian 2 hari 1 malam, berkhemah di kemsite savana 4. Pikul khemah, pikul air, pikul kelengkapan diri dan sedikit ration. Jumlah berat lebih kurang 18kg (sebahagian peralatan sudah lightweight).
Di G. Merbabu ujian boleh dikatakan dapat dilaksanakan dengan amat baik. Ada masa trek landai, ada masa trek mencanak dan ada masa menuruni curam. Masa yang ada diguna untuk berlari dengan haversack selain trekking perlahan-lahan. Pinggang 28cm Apip nampaknya tak mengundang masalah untuk haversack rapat diikat pada pinggang. Sedikit ketidak selesaan cuma pada padding dibahu, mungkin sebab produk dah berusia sedikit.
Ruang utama tidak memberi sebarang masalah, agak besar walau sudah menggulung karimat sebagai rangka haversack ini. Bahagian sisi yang boleh diselit botol air atau apa saja agak terlalu ketak bila ruang storan utama telah diisi padat. Apa pun pengikat barang di sisi masih boleh diguna samada mengikat karimat, khemah atau apa saja (Apip tak praktikkan begini semasa ujian sebab semua barang dah muat didalam ruang utama & untuk meningkatkan keseimbangan haversack).
Lain-lain feature haversack ini boleh dibaca di official web Lowe Alpine sendiri.
FOTO: Arey ~ Di Gunung Merbabu, Indonesia
Lowe Alpine TFX tidak mengecewakan dan presepsi Apip berubah bila mencuba haversack ini sendiri berbanding mendengar komen orang lain. Mungkin bukan semua insan berkeupayaan menguji & mengulas produk outdoor. Harap komen ini dapat perhatian mereka yang bercadang untuk menggunakan haversack ini.
0 comments:
Post a Comment