Thursday 8 November 2012

Outdoor Talk - SRS Malaysia Raya

7 Nov 2012 - Sessi Temubual bersama Apip Embi - pesonaliti gunung. Jemputan dari Sdr Azhaar untuk duduk bersama Pasukan SRS Kg. Malaysia Raya, Sg. Besi, Kuala Lumpur. Selalu night talk / chit-chat sesama ahli Kelab OGKL, kali ni bersama peminat & pengiat rekreasi luar yang lain. 

























Program yang diadakan di markas SRS Kg. Malaysia Raya sendiri, iaitu di Pos 1 bermula jam 10 malam. 1 jam masa yang diberi macam tak cukup saja, bukan saja dari Apip sendiri, malah dari rakan-rakan SRS Kg Malaysia Raya juga. 



Suasana santai dijamu pula dengan sate menambahkan lagi rencah bual bicara malam tersebut. Topik bicara sudah semestinya hal gunung, pakaian, persiapan diri, pengalaman dan tak lupa sedikit panduan & nasihat dapat dikongsi bersama.

Progam yang turut mendapat tajaan voucher dari Lafuma Malaysia telah diserahkan ke SRS Kg. Malaysia Raya untuk memeriahkan lagi bual bicara ini. 
Voucher Lafuma dari YellowStone Sdn Bhd



Cendarahati disampaikan oleh En Hashim En Zainudin selaku Pengerusi

'buf'/headwear RaidLight ditaja oleh YellowStone Sdn Bhd
Semoga perkongsian ini dapat manfaat bersama.

1 comment:

  1. Jutaan terima kasih pada Sdr.Apip sanggup datang ke Pos 1 SRS KAMARA (singkatan Kg.Malaysia Raya), banyak pengkosian ilmu dan pengalaman yang kami dapat dari Apip, sebenarnya masa 1 jam tu memang tak cukup untuk berkongsi pendapat, mungkin kita akan adakan sesi lain kot. Maaf gambar yang apip terima cenderahati tu (pembetulan)Pengerusi KRT namanya En.Zainuddin Hj Amran bukan Hashim, yg post comment ni ialah Hashim yang berbaju kuning mengambil gambar pada malam tu. Insyallah saya berharap dapat berjumpa lagi dengan Apip dan saya berbangga apip dapat bersama kami di SRS KAMARA.

    ReplyDelete