Kejayaan adalah ketetapan Illahi.
Kita sebagai manusia perlu berusaha dan setiap usaha mesti ada resepi. Ini resepi yang apip rasakan. Resepi asal kena tanya pada pengurus Ekspedisi, Qobin.
1. Pengurus yang berpengalaman - dalam menguruskan ekspedisi besar dan peringkat antarabangsa. Berjaya menguruskan dari mula mewujudkan program, mendapat dana, mendapat penyertaan hingga ke peringkat sambutan. Ada pengalaman dalam pendakian Everest menambah merit pengurus.
2. Pemilihan jurulatih yang tepat. Ada pengalaman mendaki di Everest dan gunung bersalji. Berfikiran positif. Berjaya melatih dalam tempoh 6 bulan dengan latihan intensif. Tahun 2013, Actor Nepal, Arjun Khaki berjaya mendaki Everest hanya berlatih selama 5 bulan secara intensif.
Am - mahir secara tektikal, jadual pendakian dari Lukla ke puncak Everest, penggunaan pakaian, kasut, tong gas oksigen, jadual summit attact.
Deeno - motivator dalam endurance, cekap melihat kelebihan dan kekurangan seseorang pendaki dan idea untuk mengatasinya.
3. Pemilihan yang tepat - kaedah pemilihan bermula dari Ujian Kecergasan Kebangsaan, Ujian Pesonaliti, diikuti ujian endurance dan sikap pendaki. Pemilihan pendaki sokongan jemputan berdasarkan personality & merit. Pemilihan Ketua Perubatan yang dedikasi dan berpengetahuan dalam Mountain Medicine.
4. Penajaan & sumber kewangan yang dicukupkan. Terima kasih penaja dan KE7B yang berusaha mendapatkan dana menjayakan ekspedisi ini. Cabaran dana termasuk semasa ekspedisi sedang berjalan dapat diatasi dan diuruskan dengan jayanya.
5. Pengisian yang baik dari pelbagai pihak, Dr Anuar Suun dengan ceramah kesihatan di Everest. Qobin & Am yang berkongsi pengalaman pendakian Everest.
6. Hubungan yang baik dengan mentor Everest seperti En. Fauzan dan Datuk Khalid Yunos yang turut menyuntik semangat serta tip-tip kejayaan.
7. Suntikan semangat dari Kerajaan Malaysia dan rakyat jelata. Tak lupa ahli keluarga terdekat.
8. Pemilihan operator yang baik - Ever Quest walau tidak mempunyai rekod operator Everest sebelum ini. Ever Quest berjaya mendapatkan sherpa-sherpa yang baik seperti Sir Lakpa - jurulatih Mountaineering dan sherpa-sherpa lain yang bukan bekerja dibawah Ever Quest. Ever Quest turut berjaya menyediakan fasiliti yang mantap, makanan yang memenuhi keperluan pendaki Everest Felda 2013.
9. Doa-doa yang berterusan, pimpinan dari saudara Ramli sebagai ketua biro Kerohanian dalam misi ini. Doa-doa dari rakyat Malaysia dimana saja.
10. Team work yang baik dalam mengurangkan beban pendaki utama di base camp. team work sesamea pendaki utama semasa di camp1, camp2, camp3 dan camp4.
11. Ketabahan pendaki sendiri - terhasil dari pemilihan pendaki dan latihan intensif.
Inilah antara resepi kejayaan dari pemerhatian apip. Nombor tidak menjadi turutan.
perancangan yang baik datang dari pengurusan yang baik dan membawa kepada kejayaan.
ReplyDeletekepada ALLAH juga kita berserah.
Syukur
ReplyDelete