Khidmat Helikopter di antara EBC - Lukla ditawarkan dari beberapa airlines. Airline yang dimaksudkan adalah Mountain Helicopter, Simrik Airlines, Fishtail Air dan Dinasty Airlines. Helikopter jenis Ecureuil single engine turbo, 6 penumpang menjadi pilihan semua syarikat helikopter.
Semua helikopter ini berpengkalan di Khatmandu Airport. Helikopter akan ke Lukla Airport setiap hari untuk manawarkan khidmat Lukla - EBC. Penerbangan Lukla ke EBC memerlukan transit di Periche. Setiap pagi helikopter akan bawa 1 dozen tong minyak dan ditinggalkan di Periche. Dari Periche helikopter akan ke EBC.
Di EBC hanya 3 penumpang boleh dibawa turun ke Periche. Foktor udara yang kurang di EBC membuatkan muatan maksimum untuk berlepas berkurang separuh. Adakalanya beberapa bagasi terpaksa dicampak keluar bila helikopter gagal terbang.
Di Periche barulah 6 penumpang akan dibawa turun ke Lukla berserta beberapa bagasi. Sama seperti di EBC. Adakala bagasi terpaksa dicampak keluar bila helikopter gagal terbang. Helikopter akan berulang-alik ke EBC dari Periche selagi cuaca cerah. Minyak helikopter tadi ditambah bagi membolehkan beberapa trip ke EBC-Periche.
Menjelang tengahari barulah ada penerbangan Periche ke Lukla.
Mountain Helicopter & Fishtail Air biasa juga digunakan untuk kerja menyelamat ke kem1 Everest. Fishtail dipandu oleh seorang Pilot berbangsa Itali dan agak gila-gila. Mountain ada beberapa helikopter dan agak kerap ke EBC sepanjang musim pendakian. Dinasty menawarkan pakej ekslusif EBC - Khatmandu.
Apa kerenah khidmat helikopter ye!
Harga satu helikopter 6 penumpang berbeza-beza mengikut syarikat helikopter. Harga dari agen juga berbeza-beza bagi syarikat yang sama. Inilah kerenah awal khidmat helikopter.
Kerenah seterusnya, tiada kepastian pada janji. Perbagai alasan diberi bila hari yang sepatutnya kami terbang tetapi tiada penerbangan untuk kami. Cuaca yang cerah dikatakan teruk. Alasan helikopter pergi rescue, walhal kami tak nampak pun ada helikopter ke camp1. Helikopter ada ke EBC tapi ambil penumpang lain dikatakan helikopter rosak tiada penerbangan. 3 hari kami diperlakukan begini di EBC. Ada yang seharian menunggu di helipad dan jadi rutin harian selama 3 hari. Alhamdulillah apip masih boleh rehat di Dining Tent dan berlari ke helipad bila helikopter tiba. Tak perlu melanggok di helipad.
Kerenah penerbangan lagi. 9 orang dari kami tersangkut di Periche tanpa penerbangan ke Lukla. Dari jam 10 pagi bawa ke 6 petang. Turn kami yang dijanjikan tapi penumpang lain yang dibawa turun ke Lukla. Tiada kepastian. Terpaksa menyewa hotel untuk bermalam di Periche.
Simrik Air di Periche |
Dynasty Airlines di Periche |
Menantilah anda dengan sabar tanpa sebarang berita dari syarikat helikopter. Akhirnya setelah semua penumpang lain dah dibawa ke Lukla, tinggal pendaki-pendaki Felda sahaja. Giliran kami akhir sekali. 3 penerbangan diperlukan untuk bawa kami semua ke Lukla dari Periche. Jam dah dekat pukul 6. Cuaca tak menentu, kabus dah mula menyelubungi Periche dan tiada jaminan untuk penerbangan seterusnya.
Mountain Helicopter di Periche, cuaca berkabus menghalang penerbangan seterusnya |
Akhirnya datang lagi helikopter untuk penerbangan kami. Berlari kami ke helipad. Alhamdulillah, bila kita bagi peluang pada orang lain untuk trip awal, rezeki kita tetap ada. Ketiabaan kami di Lukla disambut girang teman-teman yang lain.
#Apip terasa lubang hidung macam besar bila menjejak kaki di Periche. Banyaknya Oksigen. Baru terasa nikmat ada Oksigen.
0 comments:
Post a Comment