Monday, 2 September 2013

TEF2013-43 :: EBC - Emosi Menanti Berita Pendaki



Kejayaan pasukan lain dah didengar.
Kejayaan pasukan sendiri pula dinantikan.
Apa cerita pasukan KE7B Everest Felda 2013.
21hb Mei 2013 tarikh yang cukup mendebarkan.

Debaran bermula sejak langkah pertama untuk ke puncak Everest dari South Col atau Camp 4 pada tanggal 20hb Mei jam 8 malam. Komunikasi yang terhad melalui walkie-talkie ke basecamp diharap disusuli dengan berita-berita gembira.
Menanti berita melalui walkie-talkie
Malam ni kami kebanyakan kami tidur di Dining tent, walkie-talkie diletak berdekatan untuk mendengar status dari pendaki. Communication Tent pula dipenuhi dengan sherpa yang turut ingin berdamping dengan radio komunikasi. Masing-masing tidur-tidur ayam.
Tidur di Dining Tent yang menjadi Khemah Utama
Carta kedudukan pendaki dan masa berada disesuatu check point didirikan di Dining Tent. Berita kejayaan pendaki pertama amat mengharukan. Sayu rasa dihati. Agaknya ini juga yang dirasa oleh teman-teman lain di EBC. 
Siaga
Hari yang penuh emosi ini nampaknya tak cepat tamat. 23hb Mei, sekali lagi kami menanti kejayaan pendaki, Anis dengan penuh debaran dan emosi. Kali ini kami lebih yakin kejayaan pasti tiba. Baik kami pendaki sokongan mahupun sherpa di EBC semua menanti penuh debaran.

Lebih mengharukan, Aziq yang sepatutnya menjadi pendaki utama, terpaksa melepaskan peluang ni kerana mengalami frosbite. Kecergasan Aziq tak perlu dinafikan lagi. Keupayaan pendaki lain berjaya membawa makna Aziq juga dah boleh berjaya. Kami memeluk Aziq bagi meredakan emosi dia. Kami pun tak terlepas dari mengalir air mata.
Terharu - gembira bercampur sedih
TAHNIAH pendaki-pendaki Everest negara.


Giliran Kem Felda merai kejayaan dengan paluan periuk-miuk
Ada yang menari gembira

Bergambar untuk media - Kejayaan Malaysia


0 comments:

Post a Comment