Jam Columbia Headstream, jam dari jenama outdoor terkenal Columbia. Jam ni pilihan alternatif bagi peminat jam outdoor yang inginkan fungsi ABC (Altimeter, Barometer & Compass).
Fungsi yang ada pada jam ni seprti dibawah. Cedok dari website Columbia.
FEATURES:
- Altimeter
- Barometer/temperature
- Compass
- Sail Timer with audible alarms
- 100 hour chronograph; lap memory; 5 interval timers
- Water-resistant to 10 ATM; one atmosphere (ATM)=32 feet of water
- Imported
Mengena Headstream pada tangan memang satu kelainan, apatah lagi di Malaysia rata-rata memakai jam Suunto dan Casio.
Mungkin sukar nak bandingkan kesemua jam yang apip pakai / review sebelum ini, Casio, Timex, Suunto, Garmin dan Columbia. Kesemua jenama yang mempunyai ciri ABC ini dah ada beberapa model. Agak tidak adil nak bandingkan model yang lama dengan model yang baru.
Apa yang apip rasa best pada Columbia Headstream ni.
Dari mata jatuh ke hati. Rupa yang sesuai dikenakan dihari kerja pejabat, semasa pakaian kasual dan sesuai dengan lapangan outdoor. Nampak mewah sikit dengan badan jam yang crome. Cermin yang besar dan memenuhi ruang jam. Kombinasi warna Kelabu-biru pada tali jam menjadi tarikan.
Butang berbentuk klasik pada Headstream |
Keselesaan semasa memakai, tali getah yang tidak terlalu lembut dan tidak keras. Sedap dikenakan pada tangan. Review masa masih baru ni. Lilitan tali jam kemas walaupun dipakai pada lubang terkecil jam. Sesuai dengan yang (diameter) tangan kecil. Rongga yang besar di kedua belah pangkal tali jam ini banyak memberi ruang untuk kulit bernafas. Pengunci tali jam. Satu ciri baru bagi model-model baru sekarang ini.
Pengunci tali jam |
Headstream yang didatangkan dengan pakaging menarik, berkotak besi. Manual yang ringkas dan mudah dipelajari. Harga yang ditawarkan kompetetif untuk model yang setara dari jenama lain.
Klik untuk Butir Lanjut Headsteam
Mana nak cari accesories jam columbia ?
ReplyDeleteebay
Delete