Posting kali ini apip nak kongsi sedikit tips kesihatan yang dipelajari semasa di EBC.
1. Elakkan tidur di Dining Tent yang ada heater. Pembakaran memerlukan Oksigen dan sebahagian Oksigen dalam khemah digunakan semasa proses pembakaran. Hanya sebahagian Oksigen tersisa untuk anda bernafas. #Tips ini amat penting terutama buat mereka yang dalam proses acclamatize.
2. Minum air yang cukup untuk badan berkumbuh. Ramai juga yang minum air cukup sekadar tekak tak kering. Memeluk botol 2 liter berisi air panas semalaman semasa tidur tanpa meminum air sekurang-kurangnya 1.5 liter bertentangan dengan nasihat perubatan. Sakit pecah mulut dan bibir kering tak akan pulih dengan kaedah memeluk air panas sahaja. Acclamatize juga memerlukan minum air yang cukup bukan sahaja cukup tidur.
#Dr Anuar Suun menasihatkan minum air 5 liter sehari.
3. Bertindak aktif / aktifkan badan memudahkan proses acclamatize. Pasif atau sentiasa meletakkan badan dalam keadaan 'shutdown' (tidur) menyebabkan badan berkerja secara 'default' untuk mendapat Oksigen serta proses-proses lain dalam badan.
#Pakai down jacket semasa suhu menurun, sub-zero. Guna konsep layering. Tambah layer / lapisan pakaian berkadar dengan penurunan suhu. Alasan takut nampak gemuk bila mengenakan down jacket dan menyebabkan diri kesejukan serta memudaratkan kesihatan patut dielakkan.
Khemah menunggu di HRA |
'doktor' merawat pesakit |
0 comments:
Post a Comment