Wednesday 14 August 2013

TEF2013-38 :: EBC - Helipad Kem Felda Beroperasi

Helipad Kem Felda yang telah beberapa hari siap dimaklumkan akan mula beroperasi. Inilah saat yang kami tunggu-tunggukan. Melihat hasil tulang empat kerat diguna pakai.

Tanggal 14 Mei 2013. Tarikh kehadiran VIP dari Malaysia di Kem Felda dengan helikopter. Hari ini juga krew media akan hadir, juga dengan helikopter. Beberapa krew KE7B juga turut didatangkan bersama. 3 orang pendaki sokongan dikalangan anak Felda pula perlu pulang bagi memberi ruang pada mereka yang baru hadir. Kepulangan mereka juga dengan helikopter yang sama.

Kehadiran helikopter di EBC boleh dikatakan hal yang lumrah buat kami yang bermukim di EBC. Kehadiran helikopter yang turun di helipad Kem Felda sesuatu yang baru buat kami. Pendaratan helikopter di helipad Kem Felda yang berjarak kurang 10 meter dari khemah tidur apip amat dinantikan.
Kem Felda & Helipad Felda
2 jam sebelum pendaratan pertama helikopter, Helipad Landing Officer di EBC datang dan mula bertugas di helipad bagi memastikan pendaratan berjalan lancar. Helikopter hanya mendarat tanpa  mematikan enjin, kipas masih ligat berputar. Turunkan orang dan barang, naikkan penumpang dan barang. Seterusnya terbang semula.
EBC Helipad Landing Officer
Landing Officer on duty - dekatkan dia berdiri.
Helikopter take off
Helipad Landing Officer - hari lain
Keterujaan berada dekat dengan helikopter buat kami, tak dapat dinafikan. Masing-masing teruja dan tak melepaskan peluang bergambar.
Apip semasa Helipad Felda pertama kali beroperasi
Mejar (R) Mokhtarruddin & Qobin
Apip & Ramli

0 comments:

Post a Comment