Friday, 2 August 2013

TEF2013-36 :: EBC - Melawat Kem Lain

Kalau sebelum ni Kem Felda terima pelawat, kali ni giliran kami pula melawat kem lain. Lawatan balas dan lawatan suka-suka hati.

Jemputan Mejar Sunil Rathor - Ketua kem Joint India Army - Nepal Army tidak disia-siakan. Bukan senang nak terjah kem askar tanpa undangan. Peluang yang ada tak dilepaskan.

Apip, Aliph & Aziq mewakili Kem Felda ditemani Sir Lakpa pergi ke Kem Indo-Nepal Army selepas kami makan tengahari. Indo di Nepal bermakna India. Kehadiran kami disambut baik Mejar Sunil dan ahli kem yang lain.
Di Kem Joint India - Nepal  Army
Memandangkan kami telah makan tengahari dan menolak perlawaan makan tengahari. Kami dijamu dengan air jus. Bangku dibawa keluar dari Dining Tent untuk kami duduk bersembang diluar khemah. Kemudian kami diperkenalkan dengan doktor kem ini.

Seterusnya kami dibawa melawat kawasan kem. Medic Tent yang sebesar khemah utama Kem Felda. Khemah ini yang penuh dengan ubat, peralatan bantuan kecemasan, katil pesakit, khemah tidur doktor juga didirikan dalam khemah ini.


Aliph memerhati beg bungkusan manusia di Medic Tent
Entertainment Tent, khemah untuk indoor game, ada meja main terup, Yang menarik perhatian kami botol coca-cola berbarel-barel. Cinema Tent, khemah ini lebih 2 kali ganda khemah utama kami. TV 60 inci (kalau tak silap) diletak siap dengan sound system. Kanvas dalam khemah pula hitam dengan corak bintang glow in the dark. Alas lantai khemah pula lebih tebal. Sungguh menakjubkan. Kami turut dipelawa untuk datang dimalam hari menonton cinema.

#Foto di kem ni tak banyak, kami mulanya takut tak dibenarkan bergambar, almaklumlah kem askar. Satu lagi segan pula macam orang perak. 

Habis lawatan kami lepas diluar khemah bersembang-sembang dengan krew yang ada. Sempat juga jumpa Pengurus syarikat yang mengendalikan pasukan ini, Rima. Ada pula warga Nepal yang pernah bekerja di Malaysia, masih boleh berbahasa Malaysia. Kehadiran kami disambut dengan suasana silaraturahim dan ramah-tamah.
Beramah-mesra
Selesai lawatan balas, masa yang masih awal kami gunakan untuk melawat kem lain pula. Sir Lakpa masih mengiringi kami. Kami melawat pula Kem Sashatra Seema Border (SSB). Kem yang terdiri dari pasukan India-Tibet Border Police. Pasukan ini juga akan mendaki G. Everest.


Depan Kem SSB
Snow Shower yang turun tiba-tiba buat kami lebih lama di SSB Camp. Teh panas dijamu pada kami. Perbualan kami berkisar tentang pasukan masing-masing. Sir Lakpa sempat menceritakan memperkenalkan orang Malausia menyebut sugar / patupani dengan istilah GULA. Dalam bahasa tempatan membawa maksud kemaluan lelaki.

Prasang Sherpa, sherpa bagi pasukan ini, turut menguruskan Everest Marathon yang akan berlansung dihujung musim pendakian. Marathon kali ini akan diadakan dari EBC ke Namche Bazar. Yuran penyertaan foreigner yang terlalu tinggi buat kami membatalkan niat untuk mendaftar dan memiliki bib larian.

Inilah antara pengalaman kami melawat kem lain di EBC.

0 comments:

Post a Comment