Monday, 5 August 2013

TEF2013-37 :: EBC - Pasif Rest


Hampir dua bulan di EBC, hari-hari yang tak ada kerja diluangkan dengan aktivit-aktiviti ringan. Biasanya hari pendaki utama tiada di EBC (pergi mendaki untuk acclamatize) adalah hari rest kami pendaki sokongan. Lebih kurang 4 hari hari pasif rest pendaki sokongan.

Jadual pertama hari pasif rest adalah MANDI. Bukan semua hari boleh mandi. Pendaki akan dibekalkan dengan air panas dan suam untuk mandi. Ingat betapa sukar nak pikul air untuk kegunaan harian. Bilangan yang perlu mandi sehari perlu dihadkan. Pendaki sokongan hanya berpeluang untuk mandi semasa ketiadaan pendaki utama itupun andai cuaca panas.

#<foto sedang mandi dalam bilik mandi tidak diluluskan>

Jadual ke-2, basuh baju. Pendaki akan dibekalkan sebesen air untuk membasuh dan sebaldi air untuk membilas. Terpulang pada pendaki samada untuk membasuh pakaian masing-masing atau tidak. Hari-hari yang panas sahaja kami membasuh dan menjemur pakaian. 
Membasuh amalan kebersihan
Amalan membasuh turut ada dikalangan pendaki
Lawan basuh baju
Pingan-mangkuk dan periuk-miuk sentiasa dijemur selepas dibasuh. Tapi ini kerja kitchen sherpa. Kebanyakan hari yang panas membolehkan semua peralatan ini dijemur. Natural steril. Kebersihan  adalah keutamaan didalam pengurusan makanan.


Lakonan menjemur periuk dari Ramli
Bermain indoor game. Ada yang hantu main UNO, ada yang hantu main dam haji, ada yang tekun bermain catur. Ada yang leka main Jutaria (sama seperti $aidina). Ada yang hantu bermain tanpa sebarang kerja. Ada pula beberapa liga dan kategori diwujudkan. 

Liga C - Jutaria
Tengok Movie, andai hari panas penel solar charge seterusnya komputer pun dapat di charge. Selepas Insyak akan ada tayangan movie. Apa saja jenis movie asalkan ada. Cerita-cerita Melayu yang sering menjadi pilihan. Ada sekali siap ada rally tengok movie sampai waktu kejutkan pendaki utama untuk mendaki jam 3 pagi. 
Panel Solar untuk pasukan Everest Felda 2013
Buku menjadi bahan bacaan semasa di khemah utama. Pendaki-pendaki yang membawa buku meletakkan di sudut bacaan Kem Felda untuk bacaan umum. Ada beberapa genre buku. Buku keagamaan, buku pendakian, buku lawak jenaka, buku teknik-teknik rope & knob. Ada juga yang dibekalkan dengan buku novel percintaan yang menjadi koleksi peribadi. entah dibaca atau tak.
Antra koleksi buku di Kem Felda
Bersiar-siar, aktiviti ni tak berapa mendapat sambutan. Tak terlalu pasif dengan pergerakan dari khemah tidur ke khemah makan dan ke khemah tidur balik. Tak rugi bersiar-siar selain ke Khumbu Glasier, berjalan sekitar kem-kem di EBC juga boleh melapangkan minda. Ada beberapa kolam yang menarik diantara kem-kem dan berdekatan Landmark EBC.
Kolam yang menarik berdekatan EBC Landmark
Bila berjalan sesorang, sukar nak bergambar dengan latarbelakang.


0 comments:

Post a Comment