Dua bulan bersama, ada beberapa pendaki yang tarikh ulangtahun kelahiran berada dalam tempoh ekspedisi. Nak tak nak, sambutan wajar diadakan.
Tanggal 14 April, hari lahir apip. Masa ni kami berada di Island Peak Basecamp. Hari mendaki ke Island Peak. Pulang lewat petang ada yang sampai ke basecamp awal malam. Ramai yang skip makan malam sebab terlalu penat. Rupanya Zahid & Sharul dan berurusan dengan Ketua Chef untuk buat kek. Lepas sarapan pagi esoknya baru disambut hari lahir dengan kek keju.
20hb April, Ketua Ekspedisi, Qobin. Tapi masa ni Qobin dah balik ke Malaysia. Kami di Lobuche hanya menyampaikan MMS semasa tiba di Gorakshep. Tiada sambutan lain dari kami. Nak makan besar kira mimpilah.
Apip secara tak rasmi jadi Birthday Coordinator di EBC dengan kerjasama dari Sharul. Penyimpan senarai birthday boy dan birthday girl ahli ekspedisi. Hari birthday, Ketua Chef disuruh buat kek untuk sambutan birthday. Su yang lahir 24 April diraikan selepas makan malam dengan kek keju berkrim siap ada lilin lagi.
Rasa seronok malam-malam ada kek, ada makanan tambahan. Ada majlis, ada keraian. Minggu seterusnya Apip bikin sambutan untuk Abg Ramli. Ramli yang lahir 5hb satu (Januari)/ 5/1 disambut 1hb lima (Mei)/ 1/5. Tersalah tarikh, janji nombor satu ada, nombor lima ada. Malam ni sekali lagi kami dihidangkan dengan kek. Kek Pai Epal.
Ketua Jurulatih, Pa'am atau lebih dikenali dengan M Bro disini, disambut lewat memandangkan masa hari lahir dia tak berada di EBC. Mendaki untuk acclamatize. Yang pasti semua birthday boy/girl ada diraikan. Semenjak tahu Chef boleh bikin Epal Pai. Kek keju dah ditolak dari menu.
Kek meraikan VIP, sekali lagi Epal Pai diminta. Kali ini toping pai dibikin lebih menarik. Agaknya banyak makanan Malaysia yang didatangkan bersama kehadiran VIP. Tak terhabis kek ini.
Akhir sekali Acap atau nama sebenar Ashraff Halim, wira Everest diaraikan di EBC selang beberapa hari selepas hari lahir sebaik sahaja kembali ke EBC turun dari puncak Everest. Masa ni Chef dah tak ada mood nak buat kek. Entah dah kemas kut peralatan kek. Desak punya desak. Akhirnya ada juga kek. Kali ini keraikan bukan sahaja untuk ulang tahun kelahiran, tapi penuh makna sebagai wira Everest.
terima kasih abang apip sebagai coordinator birthday party.
ReplyDeletehehe
sama-sama, hal kecil aja ni.
Deletebikin party ada ration lebih utk sendiri gak. hehehe
Thnks jugak..dapat merasa sambut hari lahir di EBC...terharu...
Delete