Wednesday, 11 September 2013

TEF2013-49 :: Lawatan Tempat Pelancongan


Rum Doodle Bar - menawarkan minuman percuma
buat semua pendaki Everest
Kembali berada di Khatmandu kali sementara menanti hari penerbangan pulang. Kali ini kami tinggal di salah satu hotel di Thamel Road. Aktiviti menziarah kedai-kedai berjalan kembali. Ada yang bertujuan membeli, ada sekadar untuk berborak-borak dengan pekedai. Window shopping memang tak akan sudah.

Beberpa hari di Khatmandu rasa rugi andai tak melawat ke mana-mana dan 5 hari pun macam tak jemu kalau berjalan di Thamel Road. 3-4 kali masuk kedai yang sama pun ada. 

Satu hari apip dan beberapa orang pendaki bercadang ke tempat pelancongan yang agak menarik dan tidak berapa jauh dari Thamel Road. Rancang asalnya nak ke Monkey Tample tapi rupanya agak jauh untuk berjalan kaki. Destinasi pertama yang kami sampai, Hanuman-dhoka Durbar Square. Kira-kira 15 minit berjalan kaki dari hotel kami.
Gaya depan Hamunam Durbar
Binaan yang seakan candi-candi di Indonesia
Hanuman Durbar adalah kelompok binaan lama dibina sejak kurun ke-12 terdiri dari beberapa kuil Hindu dan Istana lama yang kini dijadikan muzium. Durbar ini turut dilabel sebagai World Heritage Site dan pelancong asing dikenakan bayaran Rs750.00. Terdapat beberapa binaan yang berbeza mengikut zaman dibina. 

Dataran Hanuman yang ada beratus burung merpati antara tarikan disini. Keunikan binaan-binaan lama sememangnya menjadikan tempat ini daya tarikan pelancong luar. Pelancong tempatan pula sibuk dengan urusan kerohanian.
Alang-alang dah sampai kami masuk juga ke muzium. Peninggalan barang-barang diraja Nepal dipamerkan. Seperti biasa foto tidak dibenarkan dalam muzium. Petugas-petugas muzium semuanya tidak beruniform. AWAS.
Separuh hari dah tamat lawatan di sini. Masa lapang yang ada di Khatmandu apip teruskan lagi ke tempat lain. Kali ini terpaksa bergerak seorang diri bila tiada lagi yang sejiwa. Ramai yang lebih suka bersiar di Thamel Road. Ada yang suka melawat ke saloon, facial, massage center dan tak kurang juga yang layan internet di hotel.
Berhias di Saloon
Belaian rambut
Sebahagian lagi tangga untuk sampai ke Monkey Tample
Monkey Tample - Kuil yang mengalami pertembungan dua agama, Buddha & Hindu. Akhirnya apip sampai ke sini setelah lebih kurang 5 batu berjalan kaki seorang diri.Misi biar sakit dikaki dari sakit di hati mendorong apip terus berjalan. Seorang pun seoranglah. Rupanya tiada yang berjiwa traveler dalam kelompok kami, semua berjiwa tourism

Monkey Tample agak besar dan berada diatas bukit. Hutan di lereng bukit menjadi habitat monyet. Tak pasti berapa ratus anak tangga perlu didaki untuk sampai ke kuil diatas. Kuil disini nampaknya penuh dengan item Buddha tapi masyarakat Hindu turut bersembahyang disini. 
Kelibat monyet di Monkey Tample
#AWAS anda mungkin diganggu oleh monyet-monyet yang agak agresif disini.

Menariknya di atas bukit ni, seluruh Lembah Khatmandu dapat dilihat. Ada view point siap dengan plat informasi beberapa landmark Khatmandhu. Susah pula nak bergambar seorang diri. Pasangan merendek juga turut banyak datang ke sini diwaktu petang. Kedai-kedai survenir turut ada disekitar kuil. Lewat petang baru tutup kedai.

Memandangkan kuil ni kuil Buddha, masyarakat Sherpa mudah ditemui dikaki bukit ini samada berjogging, bersiar keliling bukit dan disekitar kedai-kedai. 


Antara stupa yang ada di Monkey Tample


0 comments:

Post a Comment