Thursday, 11 July 2013

TEF2013-20 :: EBC - Kem Felda

Kem Felda antara kem yang didirikan di EBC pada musim mendaki 2013. Nama di EBC juga dikenali dengan nama Kem Malaysia sebab satu-satunya kem negara Malaysia. Nama lain bagi kem ini, Kem Ever Quest sempena nama syarikat yang menguruskan Ekspedisi Everest Felda 2013.

Berakhir sudah hidup kami (pendaki Everest Felda 2013) sebagai nomad, perpindah-randah dari satu penempatan ke satu penempatan di Himalaya ini. Kini kami bermukim di EBC. Kem Felda. Seorang ketua kem dari kalangan anak Felda dilantik, Ideris Ramli dari Felda Palong, lebih glamour dengan panggilan Palong Bothe sebagai ketua kem / Kem Sadar.
Kem Sadar didepan Khemah Utama
Kem Felda yang berada di satu penjuru EBC agak terpencil dari kem-kem lain. Kem Felda bukan tempat orang melintas atau lalu-lalang. Beberapa tasik yang wujud disini menjarakkan lagi Kem Felda dengan jiran berdekatan. 
Keseluruhan Kem Felda 2013
Kem Felda telah pun didirikan (setup) sebelum kami tiba di EBC lagi. Alhamdulillah, kami cuma perlu menginap. Khemah tidur, Khemah dapur, khemah makan / utama, khemah komunikasi & barang, khemah surau, khemah sherpa (dining), khemat stor, khemah kencing (Pee tent), khemah berak (Toilet Tent) serta khemah mandi (Shower Tent) telah didirikan.
Bergambar di Kem Felda

0 comments:

Post a Comment