Nama Everest Base Camp (EBC) boleh dikatakan satu nama yang gah dikalangan pendaki gunung. Peluang untuk mendaki ke G. Everest mungkin hanya pada beberapa orang sahaja, tapi peluang untuk ke EBC terbuka lebih luas buat pendaki & pelancong.
Posting kali ini hanya pengenalan tentang EBC. Pengalaman hidup di EBC, suasana, budaya serta hal-hal lain di sekitar EBC termasuk tentang Kem Felda di EBC akan diceritakan dalam posting-posting seterusnya dengan lebih khusus.
Perjalanan dari GorakShep (5140m dpl) ke EBC (5364m dpl) tidaklah terlalu mencabar. Lebih banyak / panjang jalan mendatar (kami sebut sebagai highway) berbanding bukit yang perlu didaki. Bukit yang perlu didaki pula tak lah terlalu tegak. Tegak lagi KalaPattar (5550m dpl).
Laluan lurus Gorakshep ke EBC yang kami sebut highway |
4 KM sebelum tiba di EBC, kami dah boleh nampak khemah-khemah di EBC. 'Highway' ke EBC selari dengan Khumbu Glasier. Jajaran ais yang diselaputi pasir dan batu diatasnya. Beberapa tasik di glasier juga dapat dilihat.
EBC dari kejauhan |
EBC sebenarnya berada di sebahagian Khumbu Glasier dan khemah-khemah didirikan hingga kawasan Khumbu Ice Fall. Keluasan EBC mungkin lebih 20 KM persegi. Tahun 2013 sahaja EBC dihuni lebih dari 1000 orang, terdiri daripada pendaki G. Everest, Pendaki G. Lhotse, krew sokongan, sherpa, krew kem, Staf Nepal Tourism (Licence Officer), Penyelidik, Krew Pengambaran/TV, Ice Fall Doctor, Helipad Landing Officer, Doktor HRA (Himalaya Rescue Associate) dan sebagainya.
Foto EBC dari udara - National Geografi |
EBC ada landmark yang diletak di laluan masuk EBC. Seketul batu yang agak besar ditandakan dengan banner EBC. Bendera Sembahyang (Buddha Flag) direntang di batu ini. Pendaki atau pelancong yang ada trip ke EBC biasanya akan ke landmark ini, bergambar seketika dan pulang.
Pada musim panas, memang ramai pelancong dan pendaki ke sini (landmark EBC). Jam 7 pagi dah meriah di landmark EBC. Jam 6 petang pun kawasan ini masih lagi meriah. Ada pelawat yang tak kisah pulang lewat ke Gorakshep & tiba di waktu gelap.
Sempat juga apip jumpa 2 orang pendaki Malaysia dari Penang, Bro Stefan & pasangan di landmark EBC. Ada juga beberapa pendaki Singapura. Boleh kata pendaki setiap pelusuk dunia ada. Muka pendaki Eropah dan muka Jepun semestinya ada. Muka Afrika tidak pula terjumpa.
Mereka yang sampai di landmark EBC, ada yang muka ceria, cergas dan nampak bertenaga. Tak kurang juga mereka yang muka penat, tidak ceria, lelah. Apa pun bergambar di landmark EBC menjadi aktiviti wajib menandakan mereka tiba di EBC walau setakat di gerbang EBC.
Mereka yang dimomokkan dengan kata-kata pendaki sebenar adalah pendaki yang menjejak kaki ke EBC. Sekadar menjejak kaki ke landmark EBC, kehidupan di EBC tidak dapat dirasai. Malah tidak ada pergaulan dengan pendaki-pendaki professional Everest.
Terimbas kembali pertanyaan apip pada seorang pendaki yang pernah sampai EBC sebelum ini. "Uncle macamana EBC?" jawabnya. "Batu saja ada, pergi tengok batu, tangkap gambar balik".
Jawapan ini ternyata benar dan menggambarkan ekspedisi EBC yang biasa ditawarkan.
# Kem Felda Everest 2013 jaraknya kira-kira 20 minit berjalan dari landmark EBC.
0 comments:
Post a Comment