Tuesday, 23 July 2013

TEF2013-29 :: EBC - Sumber Air


EBC yang berada diatas glasier, adakalanya ais cair dan mengalir diantara khemah. Namun proses mengambil air sebagai sumber kegunaan kem bukanlah sebegitu mudah.

Tinggal di atas glasier bermakna aktiviti menyahkan sisa kumbuhan juga diatas glasier. Pee tent (khemah buang air kecil) yang didirikan diatas glasier hanya sebagai pengadang dari pandangan mata. Sisa air kencing dibiarkan serap ke glasier. 
Bagi memastikan sumber air untuk kegunaan harian dan juga minum adalah bersih serta tidak tercemar. Air untuk kem akan diambil dari sumber yang dipercayai bersih sebelum dimasak. Dipercayai bersih sahaja tau, bukan dianalisis bersih.

Tugas mengambil air ini akan dipikul oleh kitchen boy, water manager atau trekking sherpa yang bertugas di kem. Air ini kemudian akan dimasak oleh tukang masak atau pembantu dapur.

Air akan diambil dari kolam-kolam yang lebih jauh dari kawasan khemah terutama khemah kencing (pee tent). Setiap kem ada kolam yang menjadi sumber air masing-masing. Kolam yang dipilih kebiasaanya agak berdekatan dengan kem masing-masing.
Kolam sumber air Kem Felda. Khemah masak kem Felda berwarna biru bersebelahan khemah kuning.
Ada juga yang mengambil air di kawasan Khumbu Ice, di sungai-sungai yang terjadi di kawasan berais. Sungai yang menjadi sempadan kawasan berbatu dan kawasan ais pula tidak dijadikan sumber air untuk kegunaan kem.

Teknik mengambil air dikolam memerlukan lubang ditebuk dikolam yang permukaannya beku. Air dari bawah kolam diceduk dan dimasukkan dalam bekas besar. 
Tugas mengambil air ini makin sukar bila air dibahagian bawah kolam turut beku terutama bila cuaca dingin dan bersalji beberapa hari berturut-turut. Mereka terpaksa mengambil ketul-ketul ais telah diketuk dan dibawa pulang untuk dicairkan.
Kolam membeku bila suhu menurun.

# Jangan sesekali meletak jari anda di air yang mengalir. Dinginnya akan membuat jari anda kebas. - pengalaman peribadi apip.
Apip nak merasa kedinginan air.

0 comments:

Post a Comment