Cuaca di EBC semasa musim panas adakalanya berubah menjadi 'Snowy' atau 'Windy'. Hari-hari biasa adalah panas disiang hari dan dingin dimalam hari. Suhu antara 30 darjah celcius ke -16 darjah celcius.
Bila cuaca berubah pada 'snowy' - snow shower, salji turun. Adakalanya berlarutan hingga 2 hari. Ketebalan salji mencecah 5 inci. Khemah-khemah diselaputi salji. Suhu akan turun lagi rendah. Tengahari dah ada yang request pasang heater.
|
Kem Felda dipenuhi salji |
|
Khemah tidur kami dilitupi salji |
Aktiviti harian di luar khemah akan terbantut sedikit. Tiada aktiviti bersantai di luar khemah. Waktu begini jadi hari bukan untuk membasuh pakaian. Kebanyakan dari kami akan duduk dalam khemah. Pakaian lebih tebal dikenakan pada badan.
Kami yang biasa bersandal di kawasan kem, terpaksa pakai kasut untuk berjalan dari khemah tidur ke khemah utama. Permukaan laluan akan lebih licin dan ada risiko tergelincir andai tidak berhati-hati. Apip dan beberapa krew yang duduk di khemah paling atas (bukit) lebih sukar bila kena berulang-alik ke khemah.
|
Licin nak turun- naik dari khemah tidur ke khemah utama (kuning) |
Windy - hari yang berangin. Sebenarnya setiap hari ada angin. Cuma ada hari-hari tertentu angin lebih kencang dan buat keadaan jadi lebih dingin. Windy adakalanya sekali dengan kabus & berawan. Hari yang cerah jarang berangin kencang.
Kebiasaanya waktu tengahari ke petang bila ada yang nak duduk dalam khemah tidur terpaksa letak sleeping bag atas khemah. Sleeping bag kena ikat kalau tak habis diterbangkan angin kencang. Bila angin mati, duduk dalam khemah tidur rasa panas macam dalam sauna, buka zip dan lubang angin khemah. bila datang angin pula, rasa sejuk, tutup lubang angin dan tarik zip khemah. Apip & Ramli berjiran, saling tarik zip-off, zip-on setiap kali angin mati berselang-seli dengan berangin.
|
Panas melampau - terpaksa letak sleeping bag untuk peneduh khemah |
|
Sleeping bag boleh terbang semasa windy |
Snowy & Windy, kedua-dua keadaan cuaca ini sedikit sebanyak membawa cabaran hidup di EBC.
|
Waktu windy |
|
Waktu snowy |
0 comments:
Post a Comment