Island Peak atau dalam bahasa Sherpa/Tibet disebut Imja Tse, berketinggian 6189m dpl. Pertama sekali didaki pada tahun 1953 oleh kumpulan yang sama menjejak kaki ke puncak Everest 1953. Island Peak diajdikan tempat latihan sebelum ke Everest.
Misi pasukan Everest Felda 2013 pun sama, Island Peak sebagai tempat latihan sebelum mendaki Puncak Gunung Everest. Kami sebagai pendaki sokongan Everest juga mendapat kesempatan mendaki Island Peak (kecuali seorang pendaki sokongan ditempatkan di Chukung atas faktor tidak cergas / degupan jantung pada kadar yang membimbangkan).
14 hb April, jam 1 pagi semua pendaki berkumpul di khemah Dining untuk mengalas perut dan misi ke Island Peak akan bermula. Kebiasaanya pendaki akan mula mendaki dari highcamp Island Peak (5600m dpl). Kami bergerak dari basecam bagi latihan endurance pendaki Everest sesuai dengan pendakian ke puncak Everest nanti.
Perjalanan dari basecamp ke Crampon point (tempat mula pakai crampon) melalui trail berbatu. Pendakian bukit berbatu yang hampir 90 darjah kecerunan. Trail yang panjang ini terasa seksa juga nak menyampai ke crampon point. Mula jam 2 pagi, jam 9-10 pagi baru kami tiba di crampon point (6000m dpl).
Crampon Point Island Peak - Puncak Island Peak tidak kelihatan dari sini |
Crampon point disini betul-betul memisahkan kawasan berate dengan kawasan ais. Disini kasut trekking ditukar dengan double boots / summit boots / Ice Climbing Boots. Crampon (kuku beruang) mula dikenakan para boots. #Double boots akan dihurai di posting lain.
Bermulalah pendakian teknikal di Island Peak. Kemahiran menggunakan crampon, ice axe dan rope amat diperlukan disini. Setiap pendaki kena pakai harness berserta juma (acender) untuk mendaki. Safety line / rope telah disediakan.
Pendakian di ais dengan mendaki tebing 45 darjah kecerunan, lalu di tepi cravers (jurang ais), naik beberapa slope hill hingga sampai ke satu kawasan agak mendatar yang cukup luas di ketinggian 6080m dpl. Dari sini dah boleh nampak jelas puncak Island Peak. Nampak juga vertical part (dinding 90 darjah) untuk ke puncak. Tak sangka begini route Island Peak, cukup berbeza dengan foto-foto yang ada ditunjuk dalam poskad dan iklan-iklan.
Antara view dari atas Island Peak |
Apip di Island Peak - 6080m dpl |
Boot pendaki utama dikeringkan selepas turun dari Island Peak |
0 comments:
Post a Comment